31 Tahun & 5 Tahun Professional Blogger Malaysia

Assalamualaikum semua, rakan pembaca dan rakan blogger..

Hari ini adalah 20 Mac 2015, Genaplah sudah penulis BloggerWanita.com berumur 13 Tahun… Opps Silap, 31 Tahun. Hehehe

Dan pada hari ini juga, BloggerWanita.com telah berusia 5 tahun. Alhamdulillah..

Ya, Aku telah menjadi Professional Blogger Malaysia atau nama singkatannya Problogger.

[quote]Apa maksud Profesional Blogger atau Problogger? [/quote]

[quote]Banyak maksud yang diberikan oleh blogger-blogger tentang apa itu Problogger atau Profesional Blogger. Namun, bahasa yang mudah boleh Aya katakan adalah, anda hidup dengan dunia blogging. Anda menjana pendapatan sebagai blogger.[/quote]

[quote]Contoh Professional Singer atau penyanyi profesional, mereka hidup dan menjana pendapatan melalui lagu dan nyanyian. Samalah juga seperti atlet yang profesional, mereka hidup dan memperolehi pendapatan melalui sukan. [/quote]

Walaupun berkerja sebagai seorang doktor, namun disebabkan minat dalam dunia internet dan blogging, Aku berjaya menjadi seorang blogger wanita dan menjana pendapatan sampingan dengan kerja sambilan sebagai seorang blogger. Ada juga plan nak jadi Blogger Sepenuh Masa tapi mungkin belum lagi dalam masa terdekat..

In Sha Allah, dengan izin Allah, tiada yang mustahil jika kita benar-benar berusaha dan mengejar impian dan minat kita.

professional blogger malaysia

Alhamdulillah, semenjak Blog Bloggerwanita.com berada di dunia blogging. Trafik blog ini telah mencapai lebih 1 juta pelawat unik dan lebih 5 juta pageviews. Trafik percuma sentiasa sampai ke BloggerWanita.com melalui Google dan Yahoo. Hari ini sahaja, trafik blog ini telah mempunyai lebih 4-5 ribu pelawat blog sehari. Target trafik adalah lebih 10 ribu sehari. In Sha Allah.

Alhamdulillah, aku telah berjaya buat duit secara sambilan melalui blog ini. Antaranya:

  • Buat duit dengan affiliate
  • Buat duit dengan jobdirumah
  • Buat duit dengan pengiklanan blog
  • Buat duit dengan menulis blog dan review
  • Buat duit dengan bisnes gula Stevia
  • Buat duit dengan supplemen Shaklee
    dan banyak lagi.

Blog ini menawarkan perkhidmatan pengiklanan blog sama ada melalui iklan banner, iklan baris, atau iklan review produk atau servis. Pengiklanan di blog adalah pengiklanan internet secara santai. Tidak perlu penulisan yang formal dan sebenarnya jauh lebih mudah memperolehi prospek sama ada melalui pembaca blog atau enjin carian seperti Google.

[box icon=”info”]Alhamdulillah, selama 31 tahun hidup ini,

  • Aku telah menjadi seorang anak dan adik kepada keluarga yang ceria dan supportive
  • Aku telah menjadi seorang isteri kepada suami yang bertanggungjawab.
  • Aku telah menjadi seorang ibu kepada anak yang bijak dan comel, Si Bulat Awish
  • Aku telah menjadi seorang doktor kepada pesakit-pesakitku yang memerlukan bantuan dan rawatan
  • Aku telah menjadi seorang professional blogger malaysia dan internet marketer kepada mereka yang memerlukan bantuan pemasaran internet
  • Aku telah menjadi seorang usahawan wanita yang cuba membantu masyarakat menjadi komuniti yang lebih sihat.
  • Aku telah menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.[/box]

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar

Syukur..Syukur..Syukur..

Terima kasih buat rakan pembaca dan rakan blogger yang sudi menjenguk blog BloggerWanita.com selama ini. Semoga ada manfaat yang boleh diperolehi melalui blog ini. Minta maaf jika ada terkasar bahasa atau ada buat salah ye.. Keep blogging semua…

16 thoughts on “31 Tahun & 5 Tahun Professional Blogger Malaysia

  1. Hai Dr. Thnx datang ke blog saya hari tu. Tahniah ya. Saya sangat suka menulis dan berbelog juga. Pernah berhenti dan berbelog semula. Semoga mudah perjalanan Dr. dan best of luck untuk Bloggerwanita.com 🙂 .
    diana recently posted..21 Best Moments In LifeMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge