Baru balik dari kerja malam, terus buka laptop dan layan blog kesayanganku ini.
Apa itu on-call?
Dalam perubatan, term ini biasa kami guna. Oncall tu maksud nya aku ditugaskan kerja lebih masa di hospital selepas habis masa pejabat ( office hour ), iaitu selepas jam 5.00pm.
Contohnya Hari Isnin,
Masuk kerja sebelum pukul 8.00 am dan habis kerja dalam pukul 5.00 pm. Rakan-rakan doktor yang lain balik rumah sebab dah habis masa bekerja tetapi aku yang ditugaskan oncall, aku kena stay kat hospital bermula dari pukul 5.00pm sampai 8.00 am esoknya dan seterusnya sambung semula kerja office hour sampai pukul 5.00 pm.
Begitulah kalo doktor ditugaskan oncall. Penat? Of course penat.. terutamanya kalau kerja di hospital daerah iaitu hospital tanpa doktor pakar, maka oncall , kena jaga satu hospital , unit kecemasan, wad bersalin dan wad-wad yang lain adalah di bawah jagaanku.
Aku masih ingat lagi, sebab terlalu penat kerja, sampai tekanan darah aku rendah, hanya 90/46 mmHg masa itu, siap pening-pening lagi. Nasib baik tak pengsan . Itupun kena sambung kerja juga. Apa boleh buat… Tapi takpalah jika kita buat kerja dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah, tuhan balas gak. kan?
Photo credit to : SakiraLicious
Apa pula term Post-Call atau Post-Oncall ?
Maksudnya aku baru je habis oncall. Baru habis kerja malam, macam hari ini lah. Post tu maksudnya selepas.
Post-Oncall = Selepas Oncall.
Apa pula Pre-Call atau Pre-Oncall ?
Maksudnya , Sehari sebelum Oncall. Pre- Oncall = Sebelum Oncall
Apa bendanya pula Active Oncall dan Passive Oncall?
Active Oncall maksudnya doktor yang bertugas kena sentiasa standby di Hospital. Jika Doktor yang active oncall memerlukan bantuan, then doktor yang passive Oncall dipanggil.
Mesti korang tanya, kenapalah aku nak cerita term-term ini? takda kaitan pun kan…
Aku saja je nak bagi info, mana lah tahu ada adik-adik teringin nak jadi doktor. So kena bersedia mental dan fizikal untuk bekerja keras ye. 🙂 . OK..
owh baru saya tahu..selalu dengar orang sebut-sebut jer
saya MLT je, on call jarang2 haha~~
khairilz recently posted..Cara Memagar Rumah *Mesti Baca*
owh.baru sy tahu.apa maksud on- call.sy pun minat gak jadi doktor sejak kecil lg.slepas baca blog kak Aya ni,buatkan sy lebih smngat untuk capai cita2 sy.esok sy akan smbung blajar kt msia je.
Adik belajar rajin2..dapat result bagus..boleh sambung perubatan…:)
Penat juga pekerjaan seorang doktor ni. Tak tentu masa. sampai kesihatan sendiri pun terabai. Apa nak buat, kesihatan pesakit harus diutamakan 🙂
mekar recently posted..Kolestrol oh Kolestrol
Memang macam tu. kerja doktor ni mencabar… Yang penting kita mesti ada perasaan empathy.. dan rawat pesakit seperti keluarga kita.. barulah pesakit senang hati dan kita pun rasa puas hati…
onkoll ka,yg penting ikhlas..bru org suka..
sy suka org onkoll
napa suka pula? 🙂
betul tu.. janji ikhlas…
Salam admin,
Tapikan kalau doktor oncall tu tidakkah akn membahayakan pesakit yang dirawat?Yelahkan bekerja macam tu punya lama akan menyebabkan letih,nanti silap ula bagi atau suntik ubat.
PakarBuahPinggang recently posted..Awas serangan Kanser Prostat
memang bahaya..tapi apa boleh buat..dah kerajaan yang suruh macam tu… emmmm… 🙁
mesti tak cukup doktor kat malaysia ni kan?
mekar recently posted..Kolestrol oh Kolestrol
Memang tak cukup lagi Mekar… kadang-kadang kalo ramai pun tapi kualiti tak okey pun, susah gak kan…