Portal Pengiklanan Homestay Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Tahun lepas, aku mengikuti rombongan mendaki Gunung Kinabalu bersama staf-staf hospitalku. Oleh sebab kami ramai, kami menyewa sebuah rumah atau homestay yang terletak di Kundasang. Boleh memuatkan 20 orang dengan kelengkapan bilik, tandas dan dapur yang selesa. Harga yang diberikan juga berpatutan. Suasana yang sejuk, nyaman dan pemandangan tanah tinggi yang menarik cukup menenangkan hati dan fikiran.

Bercakap tentang homestay, sekarang ini, terdapat sebuah portal pengiklanan Homestay percuma untuk rakyat Malaysia diwujudkan iaitu MalaysiaHomestays.org. Kalau korang ada rumah yang nak disewakan atau dijadikan sebagai Homestay untuk percutian, boleh iklan kat laman ni. Kalau nak cari homestay pun, boleh cari kat portal ni. Kalau kat Sabah, memang banyak Homestay.

Malaysia Homestays

Portal ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai memilih pelbagai jenis homestay dengan memaparkan harga sewa masing-masing. Usaha murni pihak ini perlu aku puji sebab aku rasa pihak Malaysia Homestays memudahkan aku mencari rumah homestay di Malaysia bila-bila masa nak bercuti nanti.Heee.

Namun, sedikit komen dan cadangan dari aku kepada pihak Malaysia Homestays yang mungkin perlu ditambahbaik lagi. Hanya sekadar pendapat.

  • Aku setuju dengan Titan, ruang chat di sidebar kanan laman tersebut seperti cbox perlu dibuang kerana kelihatan tidak profesional dan hanya menambah komen spam.
  • Aku cadangkan agar pihak Malaysia Homestays cuba tidak menggabungkan Bahasa Melayu dan Bahasa English pada masa yang sama kerana ia juga kelihatan tidak profesional. Contoh, Categories/ Panduan Pengiklanan/ Terma & Syarat Iklan etc.
  • Iklan banner yang terlalu banyak dan tidak berkaitan dengan homestay kelihatan tidak sesuai dipaparkan di laman Malaysia Homestays.
  • Aku juga mencadangkan agak pihak Malaysia Homestays membuat promosi secara offline,contohnya, edar pamplet kepada orang ramai supaya lebih ramai boleh mengiklankan homestay mereka.
  • Aku ada semak kat Carian Google, antara keyword yang selalu digunakan oleh pengguna internet adalah Cari Homestay. Boleh tengok screenshot di bawah. Keyword-keyword ini penting untuk SEO website. Mungkin pihak Malaysia Homestays boleh gunakan keyword-keyword di bawah iniKeywords Cari Homestay:

 

Aku rasa itu sahaja  sedikit cadangan untuk memperbaiki laman web ini, Harap Malaysia Homestays terus berkembang dan maju.

P/s: Siapa-siapa yang berminat nak cari duit tambahan, boleh layari Malaysiahomestays.org untuk melihat tawaran mereka .

12 thoughts on “Portal Pengiklanan Homestay Percuma Untuk Rakyat Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge