Pilihan Skim Pencen VS KWSP adalah Muktamad

Hari ini aku nak kongsi info buat rakan pembaca semua bahawa keputusan pemilihan skim KWSP atau Pencen selepas bersara adalah muktamad.

Lima hari lepas, aku ada post tentang Bagaimana cara tukar skim KWSP ke pencen? So aku pun bertanyalah kepada pihak jpa melalui jpapencen.gov.my.

Kumpulan wang simpanan pekerja

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan, Simpanan Masa Depan – Klik Sini

Masalah aku

Selamat pagi.. Saya Norbayah, bekerja sebagai pegawai perubatan di Hospital dalam 3 tahun. Saya telah tersalah pilih skim KWSP sebelum ini, Bagaimana caranya supaya saya boleh bertukar kepada Pencen? Dengan siapa saya ingin berhubung?
Harap dapat membantu..

Jawapan yang aku terima dari pihak JPA

Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa pemilihan opsyen untuk memilih skim pencen atau mencarum kepada KWSP adalah muktamad dan tidak boleh dipinda. Perkara tersebut juga telah diterangkan dalam opsyen pemilihan tersebut. Oleh itu, permohonan untuk bertukar dari skim KWSP kepada skim pencen tidak layak dipertimbangkan. Harap maklum.

Sebarang pertanyaan lanjut,sila hubungi 03-88854906/4475/4476.

Terima kasih.

Bahagian Pasca Perkhidmatan


Jadi apa yang nak tekankan di sini bahawa keputusan pemilihan opsyen mana-mana skim adalah muktamad . Sebab tu, pastikan korang fikir dan buat pilihan yang tepat. Masing-masing ada kelebihan untuk mana-mana skim saraan.

Aku terima keputusan ini dengan redha sebab aku yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hanya Tuhan yang tahu.

Skim Pencen VS Skim KWSP ? Apa pandangan korang?

9 thoughts on “Pilihan Skim Pencen VS KWSP adalah Muktamad

  1. aku jg seorg guru..yg frust sgt tu kerani yg bt silap..tp aku yg tanggung akibatnye..frust n sdh sgt..:-( mcmn la aku x sdh..dr awal lg mmg aku nk pilih pencen..kerani tu buat bersetuju pilih skim kwsp..sdh..silap aku sbb x cek semula borg tu sblm kerani hntr kpd spp..aku blm cukup 3 taun bkhdmat..aku try buat surat bgtau tu kslpn teknikal..tp hampehhh.mn hak kt sbg guru..diketepikn cmtu je..bg kes2 yg x sgja mcm aku ni xkn dorg xblh nk reconsider kot..sdh3..nhs pn x gune..

    1. Memang frust kalau macam tu.. tapi just fikir setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. mungkin ada kebaikan disebalik tidak memilih pencen. InsyaAllah, tenang tu..

  2. Saya seorang guru pn tersalah pilih skim, tp saya pn mm doktor yakin ada hikmah nya…mule2 rs frust la gak……nk bt mcm mane……saya tersalah isi form…..jd kwn2 sila bc semula dokumen yg dhantar berkaitan pencen………….

Leave a Reply to adnan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge