Permohonan Daftar Innity Berjaya Dalam 1 Hari

Permohonan Daftar Innity Berjaya Dalam 1 Hari? Alhamdulillah, rezeki Allah, akhirnya permohonan Innity ku berjaya dalam masa 1 hari. Macam terasa diambil kerja kerajaan pula.. Hehehe

Pendaftaran Innity Berjaya

Apa itu Innity?

[quote]Innity adalah syarikat pengiklanan dan pemasaran internet sejak tahun 1999. Innity adalah syarikat pengiklanan yang meluaskan pasarannya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina. Malah negara China juga turut terlibat bersama pengiklanan INNITY.[/quote]

Tak sia-sia aku cuba amalkan 12 Tips Lulus Permohonan Iklan Innity . Alhamdulillah. Mudah-mudahan rezeki Allah lebih melimpah dan aku boleh buat duit dengan Innity. Amin

Sebelum ini, memang boleh buat duit dengan Iklan Nuffnang, cuma tak banyak. Jadi sekarang ini, nak mencuba nasib dengan Iklan Innity pula.

Jangan risau, rakan pembaca dan blogger juga boleh lulus daftar Innity.com. Aku pernah gagal permohonan Innity 5 tahun lepas disebabkan masa itu trafik tak tinggi lagi. Jadi tak salah aku memohon semula setelah trafik blog ini telah mencapai lebih 5000 pelawat blog sehari dan lebih 500,000 pageviews sebulan.

Bagi rakan-rakan blogger yang nak memohon iklan Innity untuk blog masing-masing, boleh baca dahulu 9 Syarat Daftar Innity 2015 ye.. Semoga anda pun sukses juga. 🙂

13 thoughts on “Permohonan Daftar Innity Berjaya Dalam 1 Hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge