Penyanyi Wanita Pukul Dan Bunuh Suami. Siapa?

Sekarang ni, bukan suami je yang boleh pukul isteri sampai mati, tapi si isteri pun boleh pukul suami sampai meninggal dunia. Macam-macam je dunia sekarang.

Terkejut gak dengar berita Buletin Utama TV3 malam tadi, mengatakan seorang artis wanita sekitar 1990-an telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu membenarkan suaminya bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Siapa penyanyi atau artis wanita ini?

Gambar Nouri Ramli
Sumber: mStar

Rupa-rupanya, penyanyi wanita ini adalah Nouri Ramli, penyanyi wanita yang pernah memenangi Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999. Lagunya yang popular adalah Hadirmu Yang Terakhir.

Gambar Nouri Ramli bersama suaminya
Gambar Nouri Ramli bersama suaminya . Sumber: Nescafeais

 

Nouri Ramli dan 2 anak saudaranya yang membantu mengikat kaki dan tangan suaminya sebelum dipukul, ditahan reman dan akan disiasat  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suaminya, Khairul Azmi Jaafar, 39 meninggal dunia dipercayai disebabkan serangan jantung selepas dibelasah.

– Kalau benar Nouri Ramli didapati bersalah sebab membunuh, maka anaknya sendiri pun, dia tak dapat jaga nanti, Betul tak? –

15 thoughts on “Penyanyi Wanita Pukul Dan Bunuh Suami. Siapa?

  1. depa ni dah bercerai ke ape sampai tak bg nak jumpa anak sendiri.

    kalau ikut undang2 memang hak penjagaan tu hilang la kan, harta untuk pewaris pun tak dapat.. tu kalau undang2 yg saya tgk dlm drama detektip jepun la. hehe
    fariq recently posted..Katil Antik Berusia 400 tahunMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge