Pengalaman Sekolah Rendah dan UPSR

Hari ini, adik-adik darjah enam masih menduduki peperiksaan UPSR, iaitu dari 13/9/2011 sehingga 15/9/2011. Bila cakap pasal UPSR, aku teringat pula zaman kanak-kanak aku, zaman sekolah rendah. Masa tu asyik-asyik berhingus je..hehehe..

Aku datang dari keluarga yang susah. Sebab susahlah, Emak aku sangat mengutamakan pelajaran. Dia nak kami adik-beradik semua berjaya. Walaupun my mom, belajar tak habis, tapi aku sangat bangga sebab dapat emak yang sangat tegas dalam pendidikan sehingga kami berjaya menjadi manusia hari ini. Alhamdulillah. Aku ingat lagi emak aku kata,

” Hanya pelajaran yang cemerlang mampu buat kita sekeluarga senang, Harta boleh habis, tapi ilmu akan kekal”

 

Masa sekolah rendah dulu, aku sedikit ulat buku, sebab takut kat mak..hehe.. Kalau tak dapat nombor satu, dua atau tiga dalam kelas, emak akan pukul, sebab malas belajar. Huhu. Jadi setiap hari mak paksa aku belajar. Walaupun malas masa tu, tapi kena ikut juga cakap mak. Alhamdullillah, UPSR aku dapat 4A. Masa tu kami ada 4 subjek je.. Dari kecil lagi, aku memang suka sangat subjek Matematik. Subjek Matematik memang aku power skitlah, selalu kena puji oleh Cikgu. Kembang kempis hidungku bila kena puji. Maklumlah zaman kanak-kanak, pantang kena puji skit…hehehe..

Tips nak hebat Matematik: Kena rajin buat latihan Matematik yang diberi. Buat sampai berjaya dalam masa yang singkat.

gambar-ulat-buku

Memang seronok zaman sekolah rendah ni, tak banyak fikir, makan, tidur, main, belajar dan peperiksaan. Itu je. Dah besar panjang ni, banyak sangat nak fikir dan banyak tanggungjawab. Betul tak?

Seronok kan zaman sekolah rendah?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

7 thoughts on “Pengalaman Sekolah Rendah dan UPSR

  1. masa sekolah rendah memang best..zaman kanak2 yg paling indah..

  2. best betul time skolah rendah.. blajar mmg seronok. hihihi

  3. tu la kan, rindu sgt2 masa budak2 dulu…kakaya ok la dpt 4a..tp sofia dpt 4b je…tu pom ada 1 d..hehehehe, kdg2 kelakar kalau dingatkan balik..

    • semua tu kenangan…keputusan tu hanya pada kertas je kan… yang penting kita enjoy life kanak-kanak kita.. 🙂

  4. teringat masa belajar dan ambil exam upsr dulu. Memang rindu sangat.
    titan recently posted..Komisen kedua dari PakarCoklat.comMy Profile

    • zaman sekolah rendah.. yang banyak difikir.. main..main dan terus main… belajar tu bila kena paksa mak ayah je…hehehe

  5. dorongan ibu bapa sangat penting utk berjaya. Kesusahan faktor ramai daripada zaman kita lebih bersungguh daripada murid2 zaman sekarang.
    d. angel recently posted..Dhaka Bangladesh – Somalia: Berat Mata Memandang….My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge