Hari ini dah hampir 6 bulan lebih aku menjadi seorang isteri. Rasa kelakar pula bila imbas semula masa mula-mula nak nikah dulu.
Bila kata nak kahwin, macam senang je didengarkan, tapi proses sedikit sebanyak memerlukan kesabaran. Pengalamanku sebelum bernikah ingin kukongsikan bersama rakan pembaca. Aku fikir aku takkan nervous sgt, tapi sebaliknya.
Dua hari sebelum nikah, kami ada pergaduhan yang besar yang membuatkan kami hampir tak jadi nak nikah. Tapi inilah dugaan yang perlu kita hadapi sebelum mendirikan rumahtangga. Syaitan akan menggoda kita untuk tidak membina masjid kebahagiaan. Nasib baik kami masih berfikir secara wajar dan berfikir ini hanyalah godaan syaitan. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti biasa.
Pagi sebelum majlis pernikahan, aku sangatlah berdebar-debar. Aku rasa hampir 10 kali aku ke tandas sebab i felt so nervous..hehe. Tangan dah seram sejuk dah.
Paling lucu, masa nikah, aku fikir aku jak yang nervous, rupanya suami aku pun lagi nervous. Sampai masa akad nikah, mas kahwin yang sepatutnya satu ratus ringgit (RM100) disebut satu ringgit, tertinggal perkataan ratus. Semua orang gelak di majlis tu. Hehe.. Lafaz kedua, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

4hb Julai 2012, Hari aku bergelar sebagai seorang isteri. Status dari Bujang bertukar menjadi Berkahwin. Hidup ini ingin dikongsi bersama orang yang disayangi. Semoga kebahagian kekal hingga ke alam barzakh. Amin
Tips: Buat rakan pembaca yang lain, kalau ada sebarang dugaan sebelum bernikah, kita kena bersabar sebab itu semua godaan dari syaitan. Bersabar dan banyak berdoa agar majlis sentiasa berjalan dengan lancar. Tapi yakinlah, kalau si Dia memang jodoh kita, semuanya akan berjalan dengan baik.
Bagaimana pula pengalaman korang? bolehlah share sebagai panduan buat pasangan yang lain. ![]()


Twitter: afievy
says:
macam-macam pengalaman sebelum bergekar isteri yang sah..
salam kenal,,:
hati mana yang tak nervous,,, menikah menyempurnakan separuh agama, dulu sendiri kini berdua, buat yang belum nikah ada tips yang sangat bagus dari imam ahmad supaya tak nyesal/malu kalau mau melamar tanya dulu kecantikannya baru tanya agamanya
Twitter: nazra
says:
isteri berdebar kalau2 suami tak dapat lafaz. suami berdebar kalau tak dapat lafaz jugak. hehe. yg penting, kena banyak2 sabar, kena banyak2 isghtifar. ada yg pernah sampai 5kali lafaz pun ada
Tapi betullah.. masa kursus kahwin sblm ni, penceramah ada bagi tau, ada lelaki tu langsung tak boleh lafaz, terpaksa sambung esoknya..
Aya recently posted..Tips 3 : Jika Anda Jumpa Doktor
akad nikah memang perkara paling berdebar dalam hidup.
tahniah dah bergelar isteri.
salam aya
ingat ayie lagi tak? hehe….dari aya bujang sampai sekarang aya dah pun selamat bergelar seorg isteri…dari ayie mula2 bina blog dulu..skrg sudah pun masuk 2 tahun…ayie berblog.
tapi dlm bab perkahwinan ni ayie x leh komen byk2..sbb x ada pengalaman…ayie ahli kelab pendekar bujang lapok…
Salam Ayie.. mestilah Aya ingat.. nama pun hampir sama..Ayie dan Aya..hehe..apa-apa pun, insyaALlah xlama lagi tu tak jadi pendekar bujang lapok da..hehe
Aya recently posted..Video Paling Banyak Ditonton di YouTube, Lebih 1 Billion View?
amiin…
terima kasih aya sudi doa kn ayie…
Twitter: eiela86
says:
takde pengalaman lagi.. huhu
xlama lagi tu eiela…hehe
salam…
ermm..banyak yang nak di kongsi, tapi saya prefer
“biarlah rahsia” apa yang hanya perlu suami isteri je
tahu..berumahtangga bukan sehari dua, mungkin setahun
mungkin 2 tahun, mungkin selama-lamanya..banyak yang
nak di tempoh..kunci utama, sabar dan selalu mengalah
antara satu sama lain
Thanks Bro Zulkbo.. betul tu, ada beberapa perkara yg perlu dirahsiakan dalam rumahtangga.. dan Aya setuju gak yang paling penting sabar. Alhamdulillah, Aya dapat suami yang penyabar.. mudah-mudahan kekal hingga ke akhirnya..
Aya recently posted..Bunga Berbentuk Muka Monyet
kumpul duit banyak2 dulu baru kawin, xmahu ada masalah kewangan masa da kawin nti.
waireen recently posted..Promotion percuma Airasia datang lagi 15hb 2013
Semoga sukses waireen..

Aya recently posted..Bunga Berbentuk Muka Monyet
Twitter: titaniumhijau
says:
gua takde pengalaman lagi. waaa…
titan recently posted..Cara blogger otai buat duit dengan blog?
xpa titan.. insyaAllah x lama lagi tu..
takut gak ek nak kahwin, harap tak ada ‘setan’ kacau masa nak2 kahwin ni, kang tak jadi kahwin, malu, faham2 lah mulut orang kampung bermacam macam bagai. hm. saya doakan selamat masjid itu

nazray recently posted..Mata tak berhijab | Zulkifli Ahmad Idrus
Amin, mudah-mudahan semua selamat ye nazray… doa dan usaha..
Wahh… bukan senang nk bergelar sebagai seorang isteri. Banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan

Nazran recently posted..Ganja Dikawal Oleh Buaya
Betul tu Nazran.. banyak yang kena kita sesuaikan diri dan banyak kena berkorban untuk suami..
kami kenal kejap sangat, 3 bulan dah dikenalkan dgn keluarga, bertunang. lepas 3 bulan berkahwin.
tempoh bertunang tu adalah satu peristiwa yang sgt mendebarkan..dia ternampak seseorg yg pakai baju hampir sama bergambar dgn seorang lelaki lain.
cemburu gile…cemburu buta kot. nasib baik dia tak buat apa2 tindakan bodoh,..rupanya itu org lain yg pakai baju kak jie…teman serumah.
dia cerita benda ni selepas kami dah kahwin.
Kujie recently posted..Gajah Sama Gajah Tak Bergaduh
Cemburu tu maksudnya sayang tu kak Jie..hehe.. alhamdulillah. nasib baik semuanya berjalan dengan lancarkan.. sekarang ni kak jie dah bahagia bersama suami dan anak-anak kan.. mudah-mudahan Aya pun dapat macam tu..Amin..