Pendarahan Banyak Selepas Bersalin Punca Kematiannya

Hari ini aku nak kongsi perasaan yang tak hepi aku sebab seorang pesakitku meninggal dunia pagi tadi disebabkan Post-partum Haemorrhage (PPH) . PPH? apa tu? Nanti aku explain ye..

Lebih kurang pukul 9.45 pagi tadi, seorang wanita berumur 38 tahun tiba di dewan bersalin dengan tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Beliau telah dibawa oleh suami dan keluarganya. Aku dan staff yang lain tergesa-gesa membuat rawatan kecemasan dan CPR kepadanya. Pesakit kelihatan begitu pucat dan sejuk. Aku intubate pesakitku, aku masukkan bantuan hos pernafasan. Air ditambah ke dalam badannya. Walaupun, setelah 30 minit rawatan kecemasan dilakukan, tapi masih tidak mampu mengembalikan nyawa pesakit. Pesakit meninggal dunia pukul 10. 30 am, dengan meninggalkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel seberat 3.1kg.

Pendarahan banyak selepas bersalin

Gambar Hiasan : Credit to collections.infocollections.org

 

Maklumat lanjut tentang cerita pesakit diambil melalui suami dan adiknya. Menurut mereka, pesakit tidak berklinik di mana-mana Klinik Kesihatan dan telah bersalin pukul 6 pagi di rumah mereka. Walaupun bayi telah selamat keluar , namun uri bayi atau placentanya masih tertinggal di kantung rahimnya atau kita panggil uterus. Pendarahan yang banyak telah keluar dan membasahi hampir 3 kain nya ketika di rumahnya.

Patutlah, pesakit datang dengan begitu pucat sekali. Kami juga cuba mengeluarkan placenta tersebut tapi hanya separuh yang dapat dikeluarkan.

Si ibu ini telah meninggal dunia pada usia 38 tahun dan meninggalkan 6 orang anak yang masih kecil. Sedih bila melihat jenazah dan setiap kali melihat pesakitku yang meninggal, akan terlintas dalam fikiran, bagaimanalah pula aku meninggalkan dunia ini.

Kenapa aku nak kongsi kisah ini? sebabnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Memang betul ajal dan maut di tangan Tuhan. Namun kita manusia berusaha mengelakkan sesuatu yang tidak baik berlaku.

  • PPH atau post partum haemorrhage adalah pendarahan yang banyak melebihi 500 ml dari kemaluan selepas bersalin. Banyak sebab  boleh berlaku, antaranya Uterus tidak mengecut dengan kuat  dan juga Uri bayi masih tertinggal dalam rahim.
  • Pastikan kita membuat pemeriksaan yang teratur ketika mengandung di mana-mana Klinik Kesihatan supaya sebarang masalah boleh kita kesan awal.
  • Janganlah bersalin di rumah. Banyak juga risikonya. Datang awal ke hospital kalau duduk jauh sangat.
  • Bawa segera ke hospital jika ada sebarang masalah.

Kisah yang aku kongsikan ini mungkin juga berlaku kepada sesiapa sahaja. Nauzubillah.

Harap dapat memberi kita sedikit kesedaran betapa pentingnya kita mengelak berbanding merawati. Betul tak?

30 thoughts on “Pendarahan Banyak Selepas Bersalin Punca Kematiannya

  1. Salam Aya.. Thank 4 info. Saya juga pernah mengalami pendarahan yg byk ketika bersalin.. Ini disebabkan rahim tidak mengecut. Anak Saya meninggal dlm kandungan (32 Minggu).. Adakah pendarahan ini Akan berulang pd waktu bersalin seterus nya? Apakah antara langkah2 yg perlu dilakukan bg mengelakkan kejadian ini berulang? Sekiranya Hamil lagi.. Perlukah mendapat rawatan di hospital yg sama?

  2. Erm…PPH ….saya dah mengalaminya sewaktu melahirkan anak ke 4 pada 12/5/2012 lalu.Ngeri apabila mengingatkan terpaksa dibawa ke hospital kali ke dua (bersalin di klinik perbidanan)selepas bersalin 30 minit. Doc kata mungkin ada poc dlm uterus…maybe cebisan placenta .Tapi uterus yang axnak mengecut walaupun selepas di ‘massage’ oleh doc n nurse.Namun bersyukur saya masih dapat bernafas di bumi Allah ini walaupun bp sewaktu kritikal hanya tinggal 73/52..Allahuakbar…

  3. assalamualaikum wbt..leh saya tanye,PPH disebabkan rahim x mengecut ni, memberi kesan x pada kehamilan yang seterusnya?maksudnya,leh x PPH berlaku lagi selepas bersalin utk seterusnye.

  4. Aya…sya bru je 11 hari melahirkan anak ke 5 dan selama 3 hari sya d msukkan ke ICU sbb kes yg sma iaitu pndrhan slp bsalin…

    1. biasanya, lebih ramai anak, lebih berisiko pendarahan selepas bersalin.. kalo dapat bertindak cepat, insyaAllah dapat diselamatkan..

    1. Tahniah Syeeikh,, rezeki yang Allah bagi kena di jaga sebaiknya… mesti berklinik.. mesti berimunisasi…

  5. innalillahiwainnalillah hiroji’un…

    saya pulak bayi meninggal dalam kandungansetelah cukup 9 bln dlm kandungan. 3hari sblm due date bayi sihat. Tiba harinya, tiada tanda bersalin. 2 hari kemudiannya barulah keluar tanda lendir….tp bukanlah lendir darah, lendir bewarna hijau. terus ke hospital.bila cek jantungnya, sudah tiada…x percaya dan sedih rasenye lebih-lebih lagi bila berpantang tanpa bayi..Kene kuatkan semangat! walaupun setiap bulan pemeriksaan bayi dilakukan dan tidak mengalami darah tinggi dan kencing manis..Allah lebih berhak ke atas hamba-Nya..:)

    1. Suhaila kena sabar ya..semua pasti ada hikmahnya. Kemungkinan bayi telah buang najis dalam kandungan sebab tu dia lemas. Lendir warna hijau tu kita panggil meconium iaitu najis bayi sendiri. Bayi mengalami susah nafas dalam kandungan dan boleh membawa maut. Sebab tu bila dah dekat-dekat nak bersalin kena selalu periksa pergerakan bayi, mesti lebih 10 kali dalam masa 12 jam, kalo kurang kena cepat2 ke hospital untuk pemeriksaan jantung bayi dalam kandungan.

      1. Betul tu kak aya.Mati kerana melahirkan anak ni mati syahid,iaitu syahid akhirat.Syahid akhirat ni terlepas dari seksa kubur.

        Kalau saya silap tolong betulkan ye.Satu lagi zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu dah,boleh bersalin di rumah.Ibu saya dulu melahirkan anak dirumah je.

        1. Samalah.. Aya pun dilahirkan di rumah gak..hehehe.. tapi dulu-dulu mungkin tak banyak masalah kot…

      1. Pn. Aya, saya mengalami tumpah darah 15min lepas melahirkan bayi di hosp. hingga koma 5 hari. doc kata tiada masalah dgn uri @ rahim, tp lepas post natal checkup doc scan katanya salur darah pada rahim sebelah kanan saya besar berbanding sebelah kiri. ketika bleeding jg dari bahagian kanan. adakah risiko saya akan alami masalah sama pada kandungan ke 2?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge