Penat Kerja..

Hari ini, aku sangat penat. Kerja sejak pagi semalam, start 8.00 am dan baru habis 5.30 pm. Dipanggil sebagai on-call.. Begini lah hidup sebagai penjawat awam yang makan gaji je.. :). Apa-apa pun, aku tidak menyesal menjadi penjawat awam kerana dengan gaji yang aku dapat setiap bulan mampu menampung ibubapaku dan keluargaku. Walaupun tak mewah tapi Alhamdulillah mencukupi. Jadi, jangan mengeluh ye.

Pagi ini sebab terlalu sibuk sampai makanan sarapan pagi pun di makan masa tengahari. Nasib baik makanan tak basi..huhu… Kerja non-stop, nasib baik staff aku baik hati bagi sebiji coklat untuk tambah energy. Rezeki…rezeki…

Apa yang menarik berlaku hari ini?

Tak ada apa-apa pun yang menarik tetapi hari ini aku belajar banyak benda . Ramai pesakit yang aku tengok dengan pelbagai penyakit terutamanya pada ibu-ibu mengandung. Antaranya:

  • Ibu mengandung dengan penyakit Hepatitis B
  • Ibu mengandung dengan Syphilis
  • Ibu mengandung dengan pecah air ketuban 3 hari tapi tak pergi hospital
  • Ibu mengandung dengan pendarahan
  • Ibu mengandung dengan bayi dalam kandungan sudah keluarkan najis ( meconium )
  • Ibu mengandung dengan pramatang kontraksi ( premature contraction )
  • dan banyak lagi…

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah yang timbul.

Nasihat untuk ibu-ibu mengandung: Jika ada masalah pada kandungan, cepat-cepat jumpa doktor ye….

P/s: Nasib baik ada blog BloggerWanita.com ini, adalah tempat untuk aku meluahkan perasaan yang penat ini.. hehe..good nite bloggers….

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

5 thoughts on “Penat Kerja..

  1. penat menolong orang@pesakit..berbaloi-baloi..

  2. Dr Blogger pulak bila nak jadi ibu ? .. gurau jer..

  3. Salam Aya, pertama kali mekar tinggalkan komen sini. Sblm ni jenguk2 manja dulu.hehe.

    Best nya kerja. Dapat kenali & temui pelbagai kerenah orang2 di luar. Patut la penat. Tak dapat saya gambarkan pekerjaan seorang doktor yg bekerja tak tentu masa. Anyway semoga sukses dlm bidang yg diceburi.

    psst : ada tak pesakit aya masuk kat blog ni?
    .-= mekar´s last blog ..Bagaimana bermula dengan wordpress =-.

    • Salam perkenalan Mekar.. terima kasih sudi singgah kat teratak buruk Aya ni. Walau penat macam mana pun, hobi jangan dilupa..

      Rasanya takda kot pesakit Aya yang tengok blog ni, sebab Aya stay kat pedalaman sedikit ni. hehe. Mesti seronok mekar jadi surirumah kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge