Penambahbaikan BloggerWanita.com

Tajuk post ni macam penambahbaikan rumah je kan? hehe.. Tapi betullah juga, penambahbaikan rumahku di alam maya. 🙂

Sebenarnya, aku rasa dah 3 hari blog Bloggerwanita.com ditutup buat sementara waktu. Sebabnya, aku ada update dan install beberapa plugin untuk blog ini.

Antara perubahan blog ini adalah:

  • Aku upgrade theme Swiftthemes percuma kepada Premium.  Aku memang dah lama guna theme ini, memang aku suka dan dah selesa dengan template ini. Orang kata, ini salah satu theme wordpress yang ringan dan pantas untuk loading. Bila dah upgrade theme ini, seronok gak sebab banyak kelebihannya.
  • Aku upgrade wordpress 3.1.2 kepada wordpress versi 3.3.1 . Baru minggu ini dapat upgrade. Yelah sebelum nak upgrade, kena gak backup dulu database blog, risau ada masalah plak masa install tu.
  • Selain itu juga, aku install plugin W3 Total Cache ke blog ini supaya speed loading blog meningkat. But seriously memang meningkat , sebabnya Google Page Speed Bloggerwanita.com meningkat dari score 85 kepada 92/100 selepas install plugin ini.
  • Aku pun ada install plugin YARPP atau Yet Another Related Posts Plugin. Jadi, aku dah tak guna plugin linkwithin. Boleh tengok contoh kat bawah post ini.
  • O ye, aku dah tak guna Cbox kat widget sebelah ini, sebabnya untuk kurang loading homepage dan kurangkan spammer. 🙂 . so sapa-sapa nak bertanya, berhubung, bergosip, hehe, boleh kontek melalui ruangan Hubungi di atas.
  • Sapa-sapa rakan pembaca yang nak follow artikel kat blog ini, boleh follow melalui email , google+, twitter atau facebook BloggerWanita.com seperti screenshot kat bawah ini, widget ini pun, baru aku pasang.

subscribe-bloggerwanita

 

Sebenarnya,aku dah lama nak buat penambahbaikan ini, cuma takda masa yang terluang untuk buat benda ni betul-betul.Huhu

Tak banyak sangat perubahan yang dibuat, tapi aku berharap sangat agar rakan-rakan pembaca dan blogger dapat memberi pendapat tentang blogku ini sama ada dari segi warna theme, speed dan loading performance, susunan dan kekemasan blog dan apa-apa komen yang boleh membantu membaiki kekurangan blog ini, pendapat rakan-rakan semua sangat-sangat dihargai.

15 thoughts on “Penambahbaikan BloggerWanita.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge