10 Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

Alhamdulillah, aku telah tersenarai sebagai salah seorang TOP 10 Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 anjuran Ohduit.com. Alhamdulillah, aku juga satu-satunya blogger wanita yang tersenarai sebagai TOP 10 Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Kalau aku tak silap ya.. Betul kan jika salah.

senarai pemenang contest seo malaysia best blog 2015

Maksudnya di sini, Wanita pun boleh menguasai SEO. Mengikut pengalamanku sebagai blogger dan internet marketer selama lebih 5 tahun, dunia blogging, perniagaan internet dan SEO , banyak dikuasai oleh kaum lelaki. Setuju tak?

Sebenarnya tak kisah pun lelaki atau perempuan, apa yang paling penting kita rajin menuntut ilmu berkaitan SEO. Banyak teknik Blackhat SEO dan Whitehat SEO yang boleh dipelajari. Tapi aku lebih suka teknik SEO yang TOPI Putih.. Bukan Qu Puteh ya…hehehe

Tidak sia-sia aku keluar dari pertapaan selama ini, ada juga nampak hasilnya walaupun bukan PEMENANG UTAMA. Aku rasa ia satu permulaan yang baik.

Bagi rakan-rakan pembaca dan blogger yang baru mengenaliku, Mesti tertanya-tanya,

Siapalah makcik ini? ..”

Mungkin boleh baca biodataku yang ringkas di bawah ini. Teringat zaman-zaman sekolah dulu, buat diari biodata dengan kawan-kawan. Seronok je…

[box icon=”info”]

Nama samaran: Aya Norbayah .Nama glamour dalam dunia online.

Umur: 13 Tahun.. Sila terbalik nombor tersebut. Heee

Status: Ibu seorang anak, dan makcik kepada 6 anak saudara.

Kerjaya Hakiki: Doktor Perubatan. Telah berkhidmat lebih 6 tahun.

Kerjaya Sambilan: Blogger, Internet Marketer, Affiliate Marketer, Enterpreneur

Kerjaya Di Rumah: Isteri dan Ibu

Minat: Blogging, Grafik, SEO, Pemasaran Internet & Perniagaan Internet[/box]

Boleh kenal diriku di Facebook, Google+ atau di Twitter.

Aku suka berblogging. Kita akan membina lebih banyak hubungan persahabatan alam maya dengan ramai orang. Antara rakan blogger yang selalu jenguk blog aku dari mula-mula dulu adalah Titan dan Akubiomed. Hero Borneo juga selalu singgah komen ke sini. Tapi ramai juga yang jadi silent reader kan.. Terima kasih semua..

Baiklah, berbalik semula kepada Senarai Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015.

SENARAI PEMENANG CONTEST SEO MALAYSIA BEST  BLOG 2015

Pemenang Utama Wang Tunai RM1500:

1. http://www.blogginspired.com/malaysia-best-blog-2015.html

Pemenang Wang Tunai RM50:

2. http://www.bloggerlelaki.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

3. http://www.hasrulhassan.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

4. http://calrasepatrick.blogspot.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

5. http://syahrilhafiz.com/blog/malaysia-best-blog.html

6. http://rahsiakuasaminda.com/yang-mana-satu-malaysia-best-blog-2015/

7. http://lamansesawang.com/contest/malaysia-best-blog-2015.html

8. http://www.bloggerwanita.com/malaysia-best-blog-2015/

9. http://panduanpercuma.info/malaysia-best-blog-2015/6619/malaysia-best-blog-2015/

10. http://www.sensasi2020.com/2015/01/malaysia-best-blog-2015.html

Tahniah! Kepada Juara Utama dan rakan pemenang-pemenang lain ya. Harap-harap lepas ini, lebih ramai lagi menganjur Contest SEO 2015 dan lebih ramai persaingan.

Oh ye, sesiapa ada menganjurkan CONTEST SEO lagi, boleh nyatakan di Senarai Contest SEO Malaysia 2015

7 thoughts on “10 Pemenang Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

  1. Tahniah! Saya sempat join, sempat tulis satu artikel tapi tak bagi komitmen untuk menang. Huhu…

    Doktor Aya antara doktor pertama yang saya jumpa aktif menulis blog! Banyak informasi menarik dalam bidang perubatan ada dalam blog ini. Bagus, saya puji sebab ianya sebagai medium memandaikan bangsa tentang bidang perubatan melalui blog.

  2. Hebat! satu satunya Doktor semua boleh buat..hehe Salam kenalan dari saya 🙂

    Tahniah sebab jadi salah seorang pemenang contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ni..
    Nak jadi pengamal SEO tegar ni, satu je…kena rajin..rajin timba ilmu SEO, dan rajin update entri #eh
    Syahril Hafiz recently posted..Mari Fahami Apa Itu GSTMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge