Pemanis Gula Tanpa Kalori! Terbukti Secara Kajian Saintifik!

Pemanis Gula Tanpa Kalori | Assalamualaikum & Salam Semanis Stevia buat semua rakan pembaca.

 

Tak lama lagi, hari raya Aidilfitri.. Pasti banyak makanan dan minuman yang manis-manis. Betul tak?

Ramai yang mungkin ada penyakit kronik seperti Kencing Manis atau Obesiti, pasti akan risau tentang kenaikan paras gula dalam darah dan juga risau kalori berlebihan dan kenaikan berat badan.

 

Haa, hari ini, kak Aya ingin kongsi, pemanis gula tanpa kalori iaitu pengganti gula pasir yang terbaik untuk mereka yang mungkin berminat.

Kenapa kak Aya katakan ia pengganti gula pasir terbaik?

  1. Pemanis semulajadi yang berasal dari Daun Stevia Rebaudiana
  2. Pemanis gula tanpa kalori
  3. Terbukti selamat digunakan melalui kajian saintifik
  4. Sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
  5. Boleh digunakan pada makanan dan minuman sama seperti gula pasir

Pemanis gula sihat yang kak Aya katakan adalah pemanis gula Stevia iaitu pemanis gula tanpa kalori.

Daun Stevia Pemanis Gula Tanpa Kalori

Apa itu Stevia?

Stevia adalah pemanis semulajadi yang berasal dari daun Stevia Rebaudiana. Dikenali sebagai Gula Sihat & Gula Tanpa Kalori

Stevia juga dikenali sebagai daun manis (Sweetleaf), daun gula ( sugarleaf) dan juga herba manis (sweet herb).

Daun Stevia ini berasal daripada keluarga bunga Matahari (Asterecea).

Daun Stevia sebenarnya telah digunakan oleh Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun dahulu sebagai pemanis semulajadi dan juga sebagai rawatan gula.

Di Malaysia, rakyatnya semakin ramai yang bertukar kepada pemanis Stevia demi khasiat kesihatan.

 

Anda tahu pengambilan gula pasir berlebihan, amat membahayakan untuk kesihatan. Purata pengambilan gula di Malaysia adalah 26 sudu teh sehari. Sedangkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mencadangkan hanya 6 sudu teh sehari.

 

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, boleh lihat sendiri penerangan oleh Doktor Pakar Kesihatan Awam dan Kesihatan Pekerjaan melalui Video Fakta Stevia Manis Yang Menyihatkan di bawah ini:

Hanya klik dan anda boleh lihat secara PERCUMA.

Video Fakta Stevia Manis Yang Menyihatkan

KLIK SINI

 

Semoga info ini bermanfaat kepada semua rakan pembaca. ^^

2 thoughts on “Pemanis Gula Tanpa Kalori! Terbukti Secara Kajian Saintifik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge