Pasangan Wanita Lesbian Muslim Pertama Berkahwin?

Terkejut gak baca info ini, apa dah jadi dengan kedua-dua wanita lesbian yang beragama Islam ini?

Inilah yang berlaku di UK sekarang ini. 2 wanita Islam yang berasal dari Pakistan telah mencipta sejarah apabila mereka berkahwin dan telah berdaftar secara rasmi di UK. Mereka adalah pasangan lesbian muslim pertama yang berkahwin di UK. Dan mereka telah memohon perlindungan politik kerana mendakwa hidup mereka berada dalam bahaya jika kembali ke negara asal mereka.

Wanita lesbian muslim berkahwin

Rehana Kausar, 34 tahun dan Sobia Kamar, 29 tahun mula bercinta sejak setahun yang lepas sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Sejak berita tentang perkahwinan mereka tersebar, kedua-dua lesbian ini telah menerima pelbagai ancaman bunuh dari Pakistan dan juga UK

Kenapa mereka memilih untuk berkahwin?

Mereka kononnya adalah pasangan homoseksual yang saling mencintai satu sama lain. Mereka berpendapat UK adalah negara yang memberi hak kebebasan kepada mereka untuk memilih pasangan masing-masing untuk berkahwin. Ini adalah hidup peribadi mereka dan bukannya urusan orang lain.

-Macam-macam je sekarang ni.Macam mana lah kalau perkahwinan gay dan lesbian dibenarkan di Malaysia? Boleh huru hara jadinya Malaysia. Nauzubillah.-

16 thoughts on “Pasangan Wanita Lesbian Muslim Pertama Berkahwin?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge