Alhamdulillah, syukur.
Nikmatnya dapat bercuti pada hujung minggu, dapat menghabiskan masa bersama anak dan keluarga tersayang.
Kalau sebelum ni, sememangnya agak susah bersama keluarga pada hujung minggu, sebab biasanya akan oncall pada hari Sabtu dan Ahad. Namun, sejak bertugas di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, walaupun sibuk pada hari bekerja, namun ada masa untuk berehat pada hujung minggu.
Baiklah, bercakap tentang dunia doktor. Info dan panduan ringkas buat adik-adik lepasan SPM yang berminat belajar perubatan dan pembedahan mengikut pengalaman kak Aya.
INFO & PANDUAN RINGKAS KERJAYA DOKTOR
Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), adik-adik perlu menghabiskan masa:
1. Setahun di Matrikulasi atau Pusat Asasi. Mungkin 2 tahun bagi pelajar STPM.
2. Jika keputusan Matrikulasi atau STPM cemerlang, maka adik-adik perlu menghabiskan masa 5 Tahun belajar dalam bidang Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Tempatan. Mungkin 6 Tahun belajar doktor di beberapa Universiti Luar Negara.
3. Setelah lulus ijazah, adik-adik memasuki dunia Housemanship iaitu selama 2 tahun sebagai doktor pelatih. Jika lulus sebagai doktor pelatih, barulah adik-adik boleh diiktiraf sebagai doktor yang sah untuk berkhidmat di mana-mana hospital Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sebagai doktor pelatih, adik-adik adalah dalam kategori kumpulan profesional dan pengurusan UD41. Setelah 2 tahun bertugas sebagai doktor pelatih, maka adik akan dinaikkan pangkat ke Gred UD44 jika tiada sebarang masalah.
Selama 2 tahun berkhidmat sebagai doktor pelatih, adik-adik lepasan SPM ini, tidak boleh berhenti dari kerajaan dan keluar berkhidmat di swasta kerana belum diiktiraf sebagai doktor. Hidup sebagai HO atau doktor pelatih sememangnya agak sukar dan mencabar. Tapi ambil peluang 2 tahun tersebut untuk menimba ilmu dan pengalaman sebanyak yang mungkin dan jangan mudah berputus asa ye.
Adik-adik hanya boleh resign setelah menjadi MO atau pegawai perubatan yang sah.
4. Setelah 5 tahun (termasuk 2 tahun HO) berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, adik akan dinaikkan pangkat Gred UD48. Semasa MO, adik-adik juga boleh memohon untuk menyambung pelajaran dalam bidang kepakaran masing-masing, jika berminat. Contohnya, doktor pakar sakit puan, pakar kanak-kanak, pakar kesihatan awam dan banyak lagi.
5. Jika berminat belajar doktor pakar di universiti tempatan, adik-adik perlu belajar selama 4 tahun lagi.
Ini adalah antara info ringkas kerjaya doktor berdasarkan pengalaman Kak Aya sendiri. Semoga info ini berguna buat adik-adik lepasan SPM yang berminat jadi doktor. 🙂
Info yang lebih tepat, boleh layari laman web rasmi KKM ni: Pembangunan Kerjaya Pegawai Perubatan
Ada adik-adik yang berminat ke?
Akak saya nak tanya… kalau nak ambil kursus tentang doktor kanak-kanak macam mana???
Salam dik Laili. kena sambung belajar perubatan secara umum dulu dalam 5 tahun macam tu.. bila dah kerja.. boleh apply untuk doktor pakar kanak-kanak.
Aya Norbayah recently posted..500 Internal Server Error – Kenapa?
perubatan secara umum??? maksudnya??? saya tak faham….
Assalamualaikum..ada x syarat2 lain nk jadi Dr ni…cnthnya byk org ckp nk jadi Dr x blh pakai cermin mata betul ke..
Walaikumsalam.. akak pakai cermin mata juga..hehehe
Syaratnya yang penting result cemerlang untuk ambil course doktor.. Kalau ada duit lebih sikit, boleh sambung Universiti Swasta.
Aya Norbayah recently posted..500 Internal Server Error – Kenapa?
assalamualaikum…doktor , informasi tentang kerjaya doktor ni sangat berguna untuk saya . terima kasih . Saya sangat berminat dengan kerjaya perubatan ni , tapi result spm saya hanya 5A 4B . subjek bio fizik kimia dan addmt saya b . saya nak tanya , seandainya saya dapat masuk matriks dan berusaha utk dpt keputusan yg cemerlang di matriks , masa nak mohon bidang perubatan nanti , diorg akan tengok balik ke keputusan spm kita yang lepas ?
Walaikumsalam dik Julia..
Dulu, masa SPM, biologi akak B je.. tapi akak struggle matrix dan dapat gred 4.00.. diorg akan rujuk result matrix juga..
Aya Norbayah recently posted..Permohonan Daftar Innity Berjaya Dalam 1 Hari
Boleh tanya . Matrikulasi belajar doktor lepas tu jadi doktor pelatih . Matrikulasi ni belajar dalam BI atau BM ke?
Salam.. matrikulasi tu belum spesifik belajar doktor lagi,.masih umum lagi.. kalo lulus matrikulasi..dapat masuk universiti untuk perubatan .. lepas 5 tahun belajar perubatan, baru jadi doktor pelatih. doktor pelatih biasanya 2 tahun . Bahasa BI dan BM juga dalam matrikulasi tu..
Aya Norbayah recently posted..KOMISEN KE-1 : Kerja Part Time Jual Gula Stevia
salam doktor, i really interested to be a surgeon . tapi tak jelas lagi lepas spm kena buat macam mana,uni mana yang tawarkan kursus berkaitan surgeon ?
Salam liyana.. to be a surgeon.. adik kena masuk bidang perubatan di mana2 universiti.. lepas tu, adik boleh sambung kepakaran dalam pembedahan.
Aya Norbayah recently posted..31 Tahun & 5 Tahun Professional Blogger Malaysia
kak.. kalau terus sambung study dari asasi sc hayat terus sampai master boleh ka kak??
tak boleh dik.. mesti masuk bidang perubatan di universiti dulu.. dah ada pengalaman kerja, boleh sambung kepakaran.. tp kalau belajar di oversea, mungkin lain sikit..
Aya Norbayah recently posted..31 Tahun & 5 Tahun Professional Blogger Malaysia
kalau study terus sampai master dari pre u boleh ka??
Kalau di Malaysia.. kena kerja dulu.. baru boleh sambung master..
Aya Norbayah recently posted..KOMISEN KE-1 : Kerja Part Time Jual Gula Stevia
Salam, doktor. Saya nak tanya, klu belajar medik ni total year dia around 10 tahun la kan? jadi mcmana nak ada duit dlm masa tu ? ada elaun ke atau time pelatih tu dah dibayar gaji? and macam mana dlm tempoh beljar tu nak berkhawin? time cuti ke? haha saya nak sgt tahu. and dlm time beljar tu biasanya duduk rumah sendiri atau tempat diorg? dan lagi satu kenapa skrg ni banyak doktor tapi tak kaya pun? and sometimes saya lihat doktor tu(pakcik saya) mcm tak bekerja pun. relax saja. adakah sbb hospital skrg ni hanya mahukan doktor phd sahaja? jadi klu nak jadi doktor peringkat apa yg paling dijamin ye doktor? Terima Kasih.
Salam adik Zarifshah.. akak dah jawab soalan tu melalui artikel di bawah ini:
http://www.bloggerwanita.com/soalan-tentang-kerjaya-doktor-pelatih/
Aya Norbayah recently posted..KOMISEN KE-2 : Kerja Part Time Jual Gula Stevia
betul ke utk mendapatkn kelayakan mnjd doktor dy akan refer result spm balik??
Masa akak dulu.. diorang tengok result matrix dear..
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015
kalau result spm ad yg c n time matikx dy 4.0 flat…dy still layak ke nk jd doktor?
maksud saya untuk mendptkan sijil doktor yg diiktiraf
In Sha Allah, kalau result 4.0 flat..takda masalah nak jadi doktor.. tp bergantung pada persaingan juga dik.. kalau ramai 4.00 flat masa tu. mungkin akan bersaing juga tu..
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015
Kak kalau..form 4 n 5.. dh ambk subjek eko n pd .. blh x tkr kpda sains tulen kt matrik??
Emm.. ya tu akak kurang pasti.. tp masa akak dulu.. orang sains tulen, boleh tukar ke fizik.. sbb masa zaman akak, ada kelas biologi dan kelas fizik
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015
Assalamualaikum kak Aya Norbayah . Saya sgt suka bidang radiography dan tringgin nk jdi doktor.Saya telah ditawarkan dalam dip in radiography. Cuma saya nak tnya saya boleh dpt title doktor tu x ? klau saya further pelajaran saya ke peringkat lbih tinggi ..
walaikumsalam adik Hayaty.. radiography dan perubatan berbeza.. title doktor tu kalau adik ambik perubatan atau kedoktoran.. tp sekarang ni, apa2 course pun, ambil PHD, boleh dapat gelaran doktor.. 🙂
Adik ambik apa yang adik minat ya… radiography, peluang kerja pun bagus juga..
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015
Salam.
Sya ingin melanjtkan plajaran dlm bidang medic.Sya adalh lpasan spm dan result sya agk sedrrhana,6A,3B.Tp…sya risau akan kos pembelajaran selama 7 tahu dkat U dan berapakah pointer minimum utk mengekalkan diri kta lyk berada kekal dlm fakulti perubatan?
Sekian…
Hi.. Adik Petersten.. 1st, adik boleh daftar utk matriks atau asasi. tp pastikan pointer tinggi untuk layak masuk perubatan. sbb persaingan semakin tinggi sekarang. So adik memang kena work hard. Untuk kekal dalam fakulti perubatan, zaman akak, xguna pointer, yang penting lulus atau gagal.
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015
sy minat nk jdi doktor,tpi result SPM x berapa,jdi sy nk smbung matriks.dan sy tekad untuk peroleh kptsn cemerlang.jadi,boleh kan saya msuk bidang perubatan ni lps hbs matriks?
In sha Allah, boleh dik..akak masuk perubatan pun sbb result matriks..
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015
Salam. Sy pljar lpsan spm. Alhamdulillah sya mndapat 11a dalam spm. Sy bmnat untuk mymbg pgajian dalam bidang perubatan. Tetapi,apa yg saya risaukan adalah nanti dalam bidang kerjaya. Adakah semua bidang kedoktoran ini melibatkan pembedahan? Adkah sy akn melakukan pembedahan sebelum mgmbil bidang yg khusus dalam kedoktoran? Sbb sy risau laa psal bedah2 ni.. Hehe. Mohon pencerahan.
Salam adik Asyiqin.. Tahniah akak ucapkan sebab berjaya dapat 11 A..memang hebat..
Dalam dunia perubatan, semasa belajar dan kerja. Kita wajib membuat pembedahan. Memang mula2 kita akan takut dan risau. tapi lama-lama ia akan jadi seronok. Tapi selepas habis jadi doktor pelatih dan jadi doktor yang tetap, kita sebenarnya boleh memilih untuk bidang kedoktoran yang bukan pembedahan seperti pakar kanak-kanak, pakar perubatan keluarga, pakar perubatan , pakar radiologi dan banyak lagi yang tidak melibatkan pembedahan. Kalau nak jadi pengarah hospital pun boleh. 🙂
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015 , Siapa 10 Blog Pilihan Terbaik?
Mekasih. Tapi sy risau pasal biasiswa. Sy in shaa allah kalu bleh nk smbg kat jordan. Tp sy tlpas biasiswa jpa n mara. Jd sy xtau camne skg. Kalau bleh xnk tggg sendiri. :'(
Mungkin boleh try tanya semula pihak JPA atau MARA untuk penyelesaian mungkin.. tp sambung kat dalam Malaysia pun okey juga.. xperlu keluar negara pun..
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015
Doktor belajar 5 tahun dokto tu senang takk? perasaan saya berbolak balik laaa takut x dpt adapt
Senang? hehehe.. susah juga sis Ferra.. tp semua tu dari sendiri juga.. kalau kita positif, in ShaAllah dipermudahkan…
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015 , Siapa 10 Blog Pilihan Terbaik?
Elly really interested to be a doctor… tapi result spm x straight A… bio A tapi fizik ngan chemist problem….ade x cara lain nak jadi doktor?
Hi adik Elly, boleh apply masuk matrix atau stpm untuk score, kalo dah score, boleh apply doktor. other option, boleh apply perubatan di luar negara
Aya Norbayah recently posted..Malaysia Best Blog 2015 , Siapa 10 Blog Pilihan Terbaik?
Klu di matrikulasi n universiti mmg blaja dlm BI ke?….klu doktor dulu, lps SPM dpt tawaran br blh msk matrik ke?
ape syarat untuk masuk matrikulasi
Hi tira.. tira boleh rujuk syarat untuk masuk matrikulasi yang terbaru 2015 di sini: http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/min_o.cfm
Assalam..kalau tkut nak bedah, blh jd Dr. sakit puan tk? 🙂 n ada tk yg tk lulus lps jd dr. platih slama 2 thun? 🙂
Aira recently posted..Kawan, Kekasih atau Bakal Suami?? Bab 15
Salam aira.. kalo nak jadi dr.sakit puan.. kena pandai bedah.. lagi satu, adalah beberapa org yang quit sbb stress jadi doktor.. sbb tu kalo kita xminat, mungkin sedikit susah nak teruskan dunia perubatan.. 🙂
Aya Norbayah recently posted..Aku, BloggerWanita.com dan 2014
hye sis, i would like to ask you if a nurse can be a doctor? could it be?
hi Shima.. generally cannot, unless after u finish your study of nursing and have a very good grade.. then u can apply for medical student.. but u need to study again .. 🙂
one of my friend had a degree of pharmacy and he worked for about 3 years and then he apply for medical student.. becoz he really want to be a doctor..
kak, nak minta cdgn laman web utk rujukan belajar. nota2 and soalan. 😀
kalau lepas graduate kat malaysia,,,boley tak kalau nk apply terus untuk kerja kat oversea??
assalamualaikum dr.saye x minat biologi but i’m still want the title dr infront of my name.that enough if i’m master in physic and chemist only?saye n jadi dr psikologi or child specialist
*broken english
kak..nak tanya kalau masuk UKM oke tak?
cadangan universiti?
sekarang kalau nak jadi doktor masih oke tak kak? ramai ckp doktor dah ramai.. takut pula dengar.
Mana2 universiti pun okey adik, yang penting usaha kita. Betul tak? UKM pun ok, UM pun ok, USM pun ok, UITM pun ok… Ramai juga kawan akak yang belajar medik di UITM cemerlang. Doktor makin ramai tp masih kurang di Sabah dan Sarawak.. 🙂
Aya Norbayah recently posted..Cintaku Berputik Pada Encik Shaklee
kerana tugas doktor ni agak mencabar & menjaga nyawa manusia, jadi perlulah berkorban masa untuk belajar dengan sebaik mungkin..
syamimi recently posted..Sedapnya. . .
Ya Syamimi,, kena banyak pengorbanan dibuat bila jadi doktor ni..
Aya Norbayah recently posted..Cintaku Berputik Pada Encik Shaklee
saya pula ada dua orang sepupu yang kedua-duanya bekerja sebagai doktor UD41 start dari pertengahan 2012. Memang memenatkan mental dan fizikal.
Oh, macam tu caranya nak jadi doktor, susah juga ya. Apa pun bagus artikel nie untuk pelajar-pelajar yang bercita-cita menjadi doktor…
Rahmat Ariffin recently posted..Beregu Malaysia Juarai Terbuka Macau 2013!
bersusah2 dahulu.. bersenang2 kemudian.. semoga ramai adik2 yg berminat jadi doktor..
Aya Norbayah recently posted..Doktor Di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
gua suka main doktor-doktor masa kecik-kecik dulu. haha..
titan recently posted..Pengalaman Shopping Online di Lazada.com.my
Kalau titan jadi doktor…
Dr.Titan: Gua nak tahu, lu ada masalah apa ya?
Pesakit: Gua sakit demam dan sakit kepala, harap dr.Titan boleh rawat gua..
Perbualan doktor-pesakit: Edisi Titan… hahaha
Aya Norbayah recently posted..3 Berita Gembira 2013
masalah gua..ramai sangat gadis ajak kahwin..sampailah sekarang..
titan recently posted..Contest SEO Eridy – Teknik dan Taktikal.
yes yes.. doktor wanita kena ramai lagih nih
naima recently posted..Mega Sale Lazada
betul2.. wanita lebih selesa jumpa dr.wanita.. 🙂
Aya Norbayah recently posted..3 Berita Gembira 2013
bagus kalau ada lebih ramai doktor wanita… terutama bagi doktor untuk wad bersalin…
Akuro San recently posted..Beli Domain Harga Murah di Awn.my
wah…thanks for sharing tips2 tu ye..bukan la untuk SA, SA dah tua dah kot…tp untuk Dania…kena bagi dia baca ni…sebab dia nak jadi doktor besar nanti…
suriaamanda recently posted..Wedding Zarina @Desa Permai Seremban
Amin.. semoga Dania berjaya menjadi doktor..
Aya Norbayah recently posted..3 Berita Gembira 2013
bagus2…
bidang pengdoktoran memang memerlukan ramai doktor2 muda yang fresh2 tapi sekrang ni nurse janganlah amek sedang melambak pelepasan bidang nurse masih menagnggur.
ya,,agak ramai gak nurse yang menganggur terutamanya yg study kat private college..huhu
Aya Norbayah recently posted..3 Berita Gembira 2013