Page Views Blog Melayu 1 Juta Dalam Masa 2 Bulan

Page Views Blog Melayu 1 Juta Dalam Masa 2 Bulan?

Tajuk blog macam gempak je.. hehe..

Alhamdulillah, Hanya dalam masa 2 bulan sahaja pada tahun ini, trafik blog Blogger Wanita dot com telah mencapai 138K unique visitors dan 296K visitors serta lebih 1.1 Juta page views.

Trafik Blog Tinggi Page Views 1 Juta

Permulaan trafik blog yang baik untuk tahun 2015. Statistik blog meningkat dari tahun ke tahun. Tahun ini. In Sha Allah,  panjang umur, 20 Mac 2015, blog BloggerWanita.com genap 5 Tahun berada di alam maya. Terima kasih kepada semua rakan pembaca dan rakan blogger yang selalu jenguk blog Aya ni.

Dari Mana trafik blog ini telah datang?

Kebanyakan trafik blog ini datang secara PERCUMA melalui enjin carian seperti Google dan Yahoo. Lebih 80% trafik dari enjin carian. Sebab itu pentingnya kita perlu menguasai SEO untuk mendapat trafik percuma secara berterusan daripada enjin carian. Walaupun, saya tidak kemas kini blog ini setiap hari, namun ada beberapa artikel yang telah menguasai laman pertama carian Google yang sentiasa membawa trafik ke blog ini.

Trafik Blog Tinggi SEO

Bagi rakan-rakan peniaga yang ingin mengiklan produk atau servis mereka di blog ini, BloggerWanita.com menawarkan Harga Pengiklanan Blog pada harga diskaun 50% sehingga 20 Mac 2015. Harga iklan sangat murah sehingga serendah RM50 sebulan. Tinggal 10 hari sahaja lagi, tawaran harga promosi akan ditutup.

Advertorial Post atau Iklan Review adalah salah satu cara yang selalu digunakan oleh pengiklan untuk menguasai laman pertama Google. Biasanya blog yang stabil dan trafik blog yang tinggi mudah berada di laman pertama Google, tapi ia juga bergantung kepada beberapa faktor lain seperti penggunaan keywords yang betul dan selalu digunakan, backlink dan sebagainya. Ramai rakan-rakan blogger yang telah membantu pengiklan di luar sana mendapat targeted customer melalui advertorial post. Betul tak?

Keep blogging semua… 🙂

Ps: Kalau tak keberatan, nak ajak rakan-rakan pembaca semua LIKE Fan page BloggerWanita.com di sini. Terima kasih semua.. Emmuah! Heee

TRENDING NOW –> Malaysia Best Blog 2015

23 thoughts on “Page Views Blog Melayu 1 Juta Dalam Masa 2 Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge