Orang Terkaya Di Malaysia 2013

Baru tahu hari ini, bila baca kat Kosmo, orang terkaya di Malaysia untuk tahun 2013. Siapa? Masih Raja Gula ka?

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Nampaknya ranking terbaru, orang paling kaya atau bilionair di Malaysia adalah T. Ananda Krishnan dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion. Wow, banyak tu….

ananda krishnan

Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.

Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau, Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.

Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta berjumlah RM29.4 bilion.

Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada tahun ini.

Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu. –Kosmo

Macam manalah kalau aku kaya macam ni, mesti takda masa di depan laptop berblogging..hehehe..  Tapi betullah, kalau nak kaya, memang kena bisnes, kalau makan gaji, hidup takdalah mewah tapi cukup makan dan sederhana. Apa pendapat korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

4 thoughts on “Orang Terkaya Di Malaysia 2013

  1. peh…kaya giler…kalau aku kaya..aku nak tolong anak-anak yatim..boleh x?
    wooots recently posted..Bayaran bulan honda jazz hanya sebanyak RM775 sebulanMy Profile

  2. Sya pernah terbaca or dengar kat radio, “kalau makan gaji, mmg x kaya la
    “. tapi kalau sya pun prefer makan gaji + biz secara sambilan. hehe.. 😀
    Sya Isya recently posted..Ada Blogger Nak Bagi RM 50… Siapa Nak, Angkat Tangan!My Profile

  3. salam aya 🙂

    memang nama2 diaorg tu dah lama dikenali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge