My Wish: Travel To Paris , France

Aku suka merantau dan aku suka melancong..

Sejak umur 13 Tahun lagi, aku dah mula berjauhan dari keluargaku, aku masuk sekolah asrama penuh di Lahad Datu, iaitu lebih kurang 2 jam lebih dari kampung halamanku. Kemudian aku sambung lagi pelajaranku di Kota Kinabalu selama setahun dan seterusnya merantau ke Kuala Lumpur untuk menambah ilmu lagi selama 5 tahun.

Aku memang suka merantau dan melancong, tetapi disebabkan masalah kewangan menghadkan aku untuk travel jauh-jauh masa zaman menuntut ilmu dulu, maka niat tu terpaksa disimpan dalam hati dahulu. Sekarang dah bekerjaya, tetapi sibuk kerja lah pula. Apa-apa pun, aku akan cuba laksanakan minat aku ini juga.

Niat aku adalah melancong ke Paris. Tapi tak tahu lagi bila dapat berpeluang pergi ke sana. Kena kumpul duit dan kumpul cuti rehat untuk pergi melancong. Sejak kecil lagi, teringin nak pergi Paris sebab pemandangannya yang cantik dan kelihatan tenang. Cuba tengok gambar di bawah ini:

photo dan gambar paris FrancePhoto credit : viajesagosto.net

Photo ParisPhoto credit: CharterLogic.com

Mesti seronok kan dapat jalan-jalan ke Paris. Emmmm… Doakan aku dapat capai wish aku ni ye… 🙂 Amin..

11 thoughts on “My Wish: Travel To Paris , France

    1. Amin.. mana lah tahu kita Blogger-blogger wanita berpeluang melancong bersama.. 🙂 .. Mesti seronok…

    1. Terima kasih Ginkgo…Semoga wishlist Ginkgo tercapai juga…

      P/s: Akak nak lawat blog Ginkgo tapi ada virus malware la… 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge