Muka Baby Face!

Hari ni, aku pergi kerja seperti biasa. Walaupun jarak tempat kerja hanya 5KM tapi kena bergerak sejam lebih awal disebabkan jalan raya yang agak sesak.

Aku tiba ke klinik lebih awal, so sempatlah menjamu selera dan bersarapan bersama jururawat-jururawat senior yang baru aku kenali. Majoriti mereka telah berkhidmat di klinik kesihatan melebihi 20 tahun. Wow! Memang super senior ni..

Kakak jururawat ni fikir aku baru je bertugas sebagai doktor. Haha

Aku: “Saya dah berlama bertugas kak, sekarang pun dah gred U48.”

Kakak Jururawat: “La.. fikir kakak, doktor ni baru je bertugas, sebab muka Baby Face..”

Hahaha..Muka Baby Face.. Awet muda la jawabnya.. Perasan sungguh aku.. hehehe

Baby syathir berusia 6 bulan..
Baby syathir berusia 6 bulan.. Murah senyuman juga.. 🙂

Sebenarnya, yang paling penting, muka baby face ataupun tidak,kita kena murah senyuman. Disebabkan aku ni rabun jauh, kenal tak kenal, orang lalu dekat aku, aku senyum je.. Kalau tak senyum, orang fikir kita sombong pula kan, sedangkan sebenarnya kita tak nampak jelas.

Tapi, takdalah aku senyum berlarutan, jadi macam orang tak betul plak.. kihkihkih..

9 thoughts on “Muka Baby Face!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge