Mencari Produk untuk Dijual Sempena Hari Raya 2013

Sebenarnya sekarang ini, aku tengah mencari-cari barang atau produk yang boleh dijual di internet sebelum hari raya.  Produk-produk yang paling senang dijual di internet adalah produk dropship. Tup..tup.. rezeki.. terjumpa pula Projek Raya RM10000 yang ditawarkan oleh saudara Haszoor Muaidi untuk tahun 2013.

Apa maksud Projek Raya RM10K ini?

Kejap lagi aku terangkan. Sebelum itu, kita kena tahu apa itu dropship? Bagaimana perniagaan dropship berfungsi?

Apa itu dropship?

Perniagaan dropship bermaksud penjualan sesuatu produk atau barang yang dilakukan oleh kita tanpa perlu produk sendiri. Kita terima bayaran untuk produk tertentu dari pelanggan dan kemudian kita bayar kepada pembekal. Pembekal sendiri yang akan membungkus dan menghantar produk tersebut kepada pelanggan kita.

Kita hanya mempromosi,mengambil pesanan dan terima bayaran produk sahaja. Kita seperti orang tengah dan yang bagusnya kita tidak perlu menyimpan stok barang. Jadi yang paling penting, kita ada pembekal untuk produk yang ingin dijual

Okey, boleh fahamkan? Bercerita semula tentang Projek Raya RM10000 ye. RM10000? Banyak tu.. Kalau dapat sebelum raya, memang mewah aku. Hehe..

Projek Raya RM10K ini adalah perniagaan dropship di Malaysia yang disediakan oleh syarikat saudara Haszoor. Perniagaan dropshipping dengan 10 produk yang paling laris di internet dan yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Memang menarik projek raya yang beliau tawarkan sebab barang-barang yang hendak dijual semuanya yang hot-hot belaka. Memang boleh laris dijual sebelum raya ini. InsyaAllah.

Antara produk hot ialah, Pen Al-Quran Digital, Minyak Kasturi Syifa, Produk Kuruskan Badan, Produk Cantikkan Kulit dan banyak lagi. Semua produk ni memang confirm hot bila tiba bulan ramadhan dan musim raya.

Keuntungan setiap produk dropship yang ditawarkan juga cukup tinggi. Ada untung RM50, ada untung RM30, RM40. Semua produk yang kita akan jual bawah harga RM300 dipasaran. So mudah untuk dapat pembeli. InsyaAllah, boleh buat duit raya.

Projek Raya RM10000

Apa yang seronoknya buat duit dengan dropshipping ini adalah kita kena promosi je. Boleh promote kat kawan-kawan atau keluarga.

Semua bab-bab bungkus dan pos diuruskan oleh saudara Haszoor dan kakitangannya. So takdalah menyemak stok barang kat rumah kita. Kalau kita yang jual sendiri, stok semuanya kita yang kena simpan. Urusan pembungkusan dan penghantaran, semuanya kita yang buat. Kalau kita tak sibuk atau surirumah sepenuh masa, okey lah juga. Tapi kalau ada kerja lain yang kita kena buat, Agak susah sikit, Betul tak?

So jawapan yang terbaik, buat duit dengan dropshipping sebelum Hari Raya tiba.

Yuran untuk daftar cukup murah. Jika diluar sana kita mungkin kena habiskan RM2000 – RM5000 untuk dapatkan 10 produk tersebut. Tapi kita hanya perlu melabur Rm250 kepada  Projek Raya 2013. Wang RM250 ini adalah sebagai yuran pendaftaran sebagai agen dropship.

Kenapa kena bayar RM250? Pada pendapat aku, mudah je. Kita akan buat sesuatu kerja dengan lebih bersungguh-sungguh jika kita melabur sejumlah wang berbanding percuma. Mana-mana perniagaan pun, perlukan modal sama ada kecil atau besar.

So, tambah tolak, kalau dapat RM10,000 sebelum raya, untung bersih kita RM9750 ( RM10000- RM250), Kalau jualan lebih banyak terhasil, maka untung lebih RM10000 lah jawabnya.. Wah.. seronoknya..

Berminat? Aku memang minat ni kalau bab-bab buat duit di internet. Hee

Jadi,sesiapa nak join dropshipping untuk Projek Raya 2013 ini, kena cepat. Sebab tarikh tutup pada 15 Julai 2013 dan terhad kepada 300 orang je bagi mengurangkan persaingan. So, apa lagi, sama-samalah kita berusaha mencari rezeki sebelum hari raya ini.

Klik Sini untuk daftar

Good luck semua..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

12 thoughts on “Mencari Produk untuk Dijual Sempena Hari Raya 2013

  1. Emm semoga mendapat sambutan yang menggalakkan..aminnn
    Hafizul recently posted..Teknik SEO Yang Menjadi SebutanMy Profile

  2. […] if (tg) {tg.appendChild(s);} })(); Sebelum ini, Aya ada terangkan tentang apa itu perniagaan dropship iaitu salah satu perniagaan internet tanpa perlu mempunyai produk sendiri. Mudah sahaja.Apa yang […]

  3. ingat lagi dulu msa buat dropship kat Ebay..untung USD200 satu barang..best je rasa..skang malas dah..:D
    reezluv recently posted..Promosi Pakej Fotografi Perkahwinan FotocintaMy Profile

  4. goodluck kak aya..oo..paham2 dgn cara ni..macam cousin saya jgk la.. tapi dia xde la join projek ni..cuma cara dia bisnes lebih kurang macam ni la..
    Mimie Najib recently posted..Pengaruh Novel??My Profile

  5. Perniagaan dropship, kita tidak perlu bimbang stok dan penghantaran. Hanya perlu ditumpukan untuk pemasaran dan jualan.
    akubiomed recently posted..Hasil air Soya dan Taufufa sendiri untuk juadah berbuka puasa.My Profile

  6. Dah lame aku tak buat dropship nie, Busy sangat.
    Joe recently posted..Komisyen Awal BulanMy Profile

  7. peluang memang ada, tapi saya masi student lah, xdapat den nak bayar modal tuh. hehe
    shasha yacob recently posted..Thank You (Doodle)My Profile

  8. assalamualaikum..aya 🙂

    satu lagi peluang jana pendapatan secara online… 🙂
    Ayie Abas recently posted..Bukan Angry Bird Tapi Angry Guitar PlayerMy Profile

  9. hoho..ramai gak orang promosi benda ni ye…
    titan recently posted..Kejohanan Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia tewas 1-2 kepada England. Grr..My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge