Maut Selepas Rawatan Bomoh Wanita

Sedih pula bila aku terbaca berita tentang kematian seorang pemuda, 26 tahun telah meninggal dunia selepas dipaksa minum sejumlah air yang banyak bagi tujuan rawatan makhluk halus yang dipercayai dihidapinya hampir 4 tahun oleh seorang Bomoh Wanita.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Petikan Berita dari myMetro di bawah:

MARANG: Impian seorang bapa melihat anaknya sembuh selepas menderita hampir empat tahun akibat penyakit misteri tidak kesampaian apabila anaknya menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan daripada bomoh wanita dari Thailand, semalam.

Faizul Harun, 26, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Merchang di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam selepas menjalani rawatan lebih empat jam bermula jam 7.45 malam kelmarin dengan bomoh yang dikenali sebagai Kak Yah, 43, di rumah wanita berkenaan di Kampung Pulau Rusa, Merchang di sini.
Kejadian malang itu berlaku apabila mangsa tidak sedarkan diri selepas dipaksa minum air dalam jumlah banyak oleh bomoh berkenaan yang mendakwa bertujuan mengeluarkan makhluk halus daripada badan mangsa.

Selain dipaksa minum air dari sebuah tong yang mampu mengisi 10 liter cecair, Kak Yah turut memasukkan air ke dalam mulut mangsa menerusi getah paip kononnya untuk mengeluarkan makhluk halus yang enggan meninggalkan tubuh mangsa.

Bapa mangsa, Harun Senek, 56, dari Kampung Gong Beris di sini, berkata, mereka mendapatkan khidmat Kak Yah selepas dimaklumkan ahli keluarga lain wanita itu mampu mengubati penyakit buatan orang.

rumah-kak-yahPhoto credit to Kosmo

Kenapa aku sedih? Sebab aku dapat bayangkan bagaimana pemuda tersebut lemas disebabkan oleh air yang banyak dimasukkan ke dalam mulutnya melalui hos getah dengan tujuan menghalau makhlus halus dari tubuhnya.

Bukannya aku tidak percaya rawatan traditional, memang ada penyakit tertentu yang memerlukan rawatan tradisional tapi tidaklah sampai mengisi 10 L air ke dalam mulut orang. Mungkin cukup dengan ayat-ayat Al-Quran, InsyaAllah, boleh merawat penyakit-penyakit misteri begini. Lagipun, cuba rawatan di Hospital dahulu, kalau tak berjaya dan tidak jumpa punca penyakit tersebut, barulah dapatkan rawatan tradisional.  Apa pendapat korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

7 thoughts on “Maut Selepas Rawatan Bomoh Wanita

  1. jangan percaya terhadap orang yang tidak dipercayai.. berubat secara islam ialah langkah yang terbaik.. lagipun da banyak da tempat2 yang menawarkan perubatan islam..

  2. jgn sesekali percaya bomoh la….kemon la…zmn dah brubah kn!

  3. Pengajaran:jangan pergi kepada sebarang bomoh.

  4. Salam kak aya,

    Tentang bomoh ni pun dah ditegah dalam agama kita. Tapi masih hairan dengan mereka yang masih percayakan bomoh ni. Kalau perubatan yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan datang dari perbuatan Nabi tak mengapalah.

    • Kesian juga kan, macam mana diorang boleh percaya isi air dengan hos getah boleh merawat..itu yang sedih tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge