5 hari yang lepas, aku berjumpa dengan seorang pesakit iaitu remaja lelaki yang berusia 21 tahun,yang tiba di unit kecemasan kerana mengadu kabur penglihatan dan sakit mata selepas terkena sambaran api dapur gas lebih kurang 2 jam sebelum tiba.
Bagaimana boleh terkena sambaran api dapur gas terus ke matanya? Sebabnya, pesakit tersebut cuba menyalakan api batang rokoknya yang diletakkan di bibir dan dihalakan terus ke dapur gas tanpa menggunakan jarinya. Mungkin ketika menghidupkan dapur gas tersebut, api yang terlalu besar menyala sehingga terkena dan terbakar bulu matanya, kulit serta matanya.
Disebabkan kejadian itu, matanya menjadi merah dan selaput putih terbentuk di bahagian anak mata kirinya. Pemeriksaan dilakukan dan pesakit itu bernasib kerana tidak mengalami kecederaan pada kornea. Kalau tidak, boleh menyebabkan buta. Tidak ka sia-sia hidup jika buta kerana rokok. Selaput putih pada matanya dapat dibersihkan.
Bila ditanya? Lepas ni, nak merokok lagi ke? Remaja tersebut senyum tersipu malu.. Tak tahu lah apa maksud senyumannya tu. Hehe..
P/s: Kesimpulan, Jangan letakkan batang rokok di bibir dan dinyalakan terus ke api dapur gas bagi mengelakkan mata anda terbakar. Dan paling penting, Say No To Ciggaratte. 🙂 . OK?
kalau perokok tegar, memang susah nak berhenti..senyum tu dalam maknanya..hehe
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #63 – Cer Teka Siapa Saya
perokok amatur lagi kot tue..yg pro jarang2 berlaku..:)
myreno2u recently posted..Electrical wiring & Plaster ceiling – Serdang- Selangor
harap-harap budak tu insaf la pas ni.
zaman skang memang dah teruk benor masalah rokok ni. budak sekolah ngan pompuan skang selamber je merokok kat tempat awam.
decader recently posted..Lawak Saman Trafik
Memang pun..tapi Aya still rasa pelik kalo pompuan yang merokok..hehe
ohh..baru tau..aya perawat ataukah dokter? you have a nice blog
Thanks ika..Aya doktor sebenarnya.:)
akan lebih baik dan savety jika ingin merokok menggunakan korek,tetapi akan sangat lebih baik lagi jika benar-benar bisa berhenti merokok, walaupun memang hal ini sangat susah dilakukan. Selain akan baik untuk kesehatan juga akan baik untuk keuangan
summersheree recently posted..Choose The Lifepath Unlimited Alternative Online!
setuju.. lebih baik berhenti daripada sikit-sikit je merokok ..hehe..
AYA…KENAPA LAMA TAK BUAT ENTRY BARU…? AYA SIBUK KE…? ATAU AYA KURANG SIHAT SEKARANG…? +_+
AYA…SELAMAT MALAM….
Ayie Abas recently posted..Di Pondok Kecil – AEMAN
Terima kasih Ayie, sudi bertanya khabar.. Aya memang tak sihat, kena selsema dan agak sibuk kerja sebab kekurangan doktor di hospital Aya..huhu.. Nanti aya update lagi blog ye.. 🙂
Satu pengajaran & pedoaman. Merokok bukan saja membahayakan kesihatan, tapi mengancam keselamatan diri pula. AWAS…..
JUTAWANSAWIT recently posted..Wednesday Trading Tips- Bearish May Continue Testing 3250
setuju..:)… Ramai yang dah tahu..tapi mungkin buat-buat tak tahu..:)
tak semudah tu lelaki nak berenti merokok.. 😀
adele recently posted..Pengotornya Perempuan Berkuku Panjang!
Kena semangat dan azam yang kuat…
atau pun bila dah kena penyakit, baru nak berhenti..hehehe…
Selalu jumpa pesakit dan akak tanya,” pakcik merokok?”,
Pakcik tu menjawab, ” Dah lama berhenti, doktor”
Akak pun tanya: ” Berapa lama dah berhenti?”
Pakcik tu jawab lagi: ” Sebulan dah pakcik berhenti sejak sakit dada ni”
Akak tanya lagi: ” Dah berapa lama pakcik merokok ? ”
Pakcik tu jawab dan tersenyum,: ” Dah lebih 20 tahun pakcik merokok, doktor ”
Akak hanya tersenyum dengan jawapan pakcik tu.. 🙂
AYA…AYIE BUKAN SEORANG PEROKOK & TAK SUKA ROKOK
PADA AYIE MEROKOK BUKAN SAJA TAK ELOK UNTUK KESIHATAN
TAPI IA JUGA TAK ELOK UNTUK BAJET…PEROKOK BUKAN SAJA BAKAR
ROKOK UNTUK DI HISAP ASAPNYA TAPI DALAM MASA YG SAMA MEREKA
SEOLAH-OLAH ‘MEMBAKAR’ DUIT…UNTUK SESUATU YG TAK BERFAEDAH.
AYA,…SELAMAT MALAM…^_^
Ayie Abas recently posted..Ditikam Sampai Mati Hanya Kerana Enggan Terima Lamaran
Totally agree… lagi-lagi harga rokok sekarang makin mahal…so mesti makin banyak keluar duit kan..huhu