Masuk Tandas Kena Had Masa 2 Minit. Biar Betul?

Baru je terbaca kat Kosmo, pekerja-pekerja kat Syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di China naik berang dan membuat protes apabila syarikat tersebut membuat peraturan menghadkan masa mereka ke tandas hanya selama 2 minit. Biar betul?

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube
Logo Tandas
Gambar Hiasan

Sekitar 1,000 pekerja kilang di China yang berang berhubung masa ke tandas yang singkat bertindak menjadikan pengurus tempatan dan Jepun sebagai tebusan selama sehari sebelum polis menyuraikan protes tersebut.

Kumpulan pekerja syarikat Shanghai Shinmei Electric Company di sini menahan 10 warga Jepun dan lapan pengurus Cina di dalam kilang itu di sini bermula pagi Jumaat lalu hingga pukul 11.50 pagi keesokan harinya.

Satu kenyataan syarikat induk Shinmei Electric Co. kelmarin menyatakan, semua pengurus berkenaan tidak dicederakan dengan mereka dibebaskan selepas 300 anggota polis tiba di premis itu.

“Pekerja-pekerja itu menuntut peraturan tidak munasabah yang menyatakan mereka cuma diberikan masa dua minit untuk ke tandas dimansuhkan,” kata pengawal keselamatan kilang tersebut yang dikenali sebagai Feng.

“Mereka turut menuntut agar pihak pengurusan membatalkan peraturan mendenda pekerja yang lewat ke tempat kerja untuk kali pertama sebanyak 50 yuan (RM24) dan memecat pekerja yang lewat sebanyak dua kali j,” tambahnya.

Menurut pengawal keselamatan berkenaan, semua pengurus itu kemudian bersetuju untuk menimbang semula dua peraturan yang menimbulkan kemarahan pekerja kilang itu.

Kilang tersebut mengeluarkan gegelung elektromagnetik dan beberapa produk elektronik lain.

Macam mana lah kalau pekerja tu kena cirit birit ke, sakit perut ke? Hehehe.. Mungkin niat syarikat tu buat peraturan supaya pekerjanya tak curi tulang kot. Tapi janganlah hadkan masa panggilan alam tu, nanti tak sempat nak bersihkan plak..hehehe. Apa pendapat korang? Setuju kena had masa masuk tandas ni?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
Tagged with 
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

3 thoughts on “Masuk Tandas Kena Had Masa 2 Minit. Biar Betul?

  1. dua minit? uinah kejap jugak! rasanya dua minit tu ndak cukup.. terutama kalau yang terdesak.

  2. 2 minit rasanya disaster kalau tak mengeluarkan barang dari perut. 🙂

  3. 2 minit je? mcm tak sempat nak buat pape je..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge