Sebenarnya, aku memang tak pandai masak, pandai makan je..hehehe..
Sejak kecil, mak dah bahagi-bahagikan tugas yang lain-lain untuk kami adik beradik. Contohnya kakak sulungku, kena memasak di dapur untuk adik-adiknya, kakak kedua kena basuh pakaian, yang ketiga kena bantu mengemas rumah dan aku pula kena tolong angkat air dari perigi. Zaman dulu-dulu, mandi air perigi je.
Lepas tu, bila dah masuk tingkatan satu sampai lah ke universiti, aku duduk dekat asrama yang lengkap dengan dewan makan. Memang setiap hari, makanan telah disediakan. Jadi, memang tak berpeluang berdikari untuk memasak. Berdikari untuk makan je. hehehe. Dan tambahan lagi, mungkin sebab sibuk kerja dan penat, tambahlah pemalas nak belajar memasak.
Namun, bila dah jadi isteri, orang kata, tinggi kerjaya macam mana pun, si suami mesti nak rasa juga masakan si isteri kan?. Sedap tak sedap tu, belakang cerita, yang penting ada usaha untuk melakukan yang terbaik. Cewah!!
Haa.. sebab dah jadi isteri orang, inilah masakan sayuran pertama yang aku buat untuk suamiku. Inipun dengan bantuan dan tips dari suamiku. Hehe. Alhamdulillah akhirnya berjaya. Sayur kubis dicampurkan dengan sayur kacang dan udang kering. Bolehlah tahan rasanya.. Haha, angkat bakul sendiri ni tapi bakul tu tak bergerak-gerak.
Suamiku kata sedap je. Alaa,mesti nak jaga hati tu. Apa-apa pun, aku bersyukur sebab masakan ini menjadi sayur juga dan bukannya bubur. hahaha
So, si isteri di luar sana, teruskan usaha untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami. Chayo! Chayo!



Twitter: afievy
says:
so sweet..dengan tip berguna sekali ada…
sweet..siap bg tips…tp tkkn aritu mkn sayur je lauk nye ?
nurul azieyan recently posted..Wordless Wednesday : Satu Masa Dahulu
wah samala saya tak pandai masak tapi nak kawen. time tunang pun pak sedara saya da mention yang saya tak reti masak..haha malu..tapi da kawen ni Alhamdulillah bole la masak lauk tapi belum cukup 10 jenis kot..learning proses lagi kan. haha.ada la 2 kali husband puji sedap..tu pun da naik semangat sikit.tak banyak..ekekeke
linalilo recently posted..kenapa??
salam aya
kasih syg suami kpd suami mengatasi segala kekurangan yg ada dlm masakan pertama aya tu..
tapi bila masak kali kedua dan seterusnya tentu akan bertambah sedap…
Ayie Abas recently posted..Kenangan Zaman Persekolahan Daku
maap aya…silap taip (ISTERI)

Ayie Abas recently posted..Kenangan Zaman Persekolahan Daku
saya juga selepas bernikah 4 Syawal 1433 Hijriah yang lalu masakan pertama isteri cuma nasi goreng sewaktu kami bersarapan. Tapi, saya ucap terima kasih padanya kerana memasak untuk saya. Walau tawar, saya menghargainya. Personally bagi saya walaupun isteri memasak Megi sekalipun saya tetap makan punya dan tak banyak komplen.
pandai jugak aya masak. macam ni la jadi isteri yang terbaik
Cikgu Syahir recently posted..10 GAJAH MATI DIRACUN
Selamat belajar memasak. Air tangan isteri terbaik untuk suami tercinta.
Twitter: titaniumhijau
says:
habislah bakal-bakal bini gua nanti. Gua ni susah sikit. tak sedap, memang gua kata tak sedap. haha..
titan recently posted..Teh O Ais Laici.
okeylah tu, at least dah terniat untuk belajar memasak. Tak lama lagi confirm lebih expert. Kalau nak belajar memasak, kena selalu praktiskan, baru jadi

Mama Murai recently posted..helo awak… ye, awaklah. Apa kata klik entri ini? Saya nak bagi RM300 pada awak.
kak aya,sayur je ke? lauknya mana?haha
adele recently posted..Wanita, Kenapa Mahu Jual Diri?
Encik suami msti wajib kena makan sampai habis tu kan? hehe..
xpa belajar masak, sebab isteri yg pandai masak tp tak nak masak pun xleh pakai.. hehe.. keep it up ^^
Aretikz recently posted..Kekuatan Muslimah Supermarket
salam..

sukalah si Hubby dapat makan
sayur masakan isteri..mesti dingati
sampai bila-bila
Bro Zulkbo recently posted..10 Pengabaian Kecil Boleh Menjadi Penyebab Kerosakan Lebih Besar Pada Kereta Anda
tahniah untuk cik suami dapat rasa air tangan isteri masak sayur
Denaihati recently posted..Sepetang Bersama Blogger 2013 Terima Kasih Semua #SBB2013