Lesen Memandu Kereta Automatik Dikeluarkan

Nampaknya, semakin mudahlah untuk lulus memandu ni sebab kementerian pengangkutan telah meluluskan dan akan mengeluarkan lesen memandu kenderaan automatik pada bulan Mei 2012. Siapa rasa dirinya tak boleh nak pandu kereta secara manual, bolehlah ambil lesen jenis ni je. InsyaAllah, boleh lulus.

lesen-memandu-automatik

Cuma kekurangannya pula, kalau kita ambil lesen memandu kenderaan transmisi automatik ini, kita hanya boleh pandu kereta auto je, tak boleh yang manual ye. Kalau tak, tindakan undang-undang akan dikenakan.

Bagi sapa-sapa yang ambil lesen memandu kenderaan manual pula, kita boleh bawa dua-dua jenis kenderaan.

So,pilihan masing-masing. Korang setuju tak dengan opsyen ni?

7 thoughts on “Lesen Memandu Kereta Automatik Dikeluarkan

  1. Saya amat tak setuju lesen gear automatik dikeluarkan. Pemandu wajib belajar memandu dengan gear manual kecuali OKU.

    Walaupun saya akui penjualan kereta manual di Malaysia merosot (pernah kerja Perodua) tetapi gear manual masih penting kerana ianya gear paling basic untuk kereta serta mudah untuk dipandu.

    Di UK dan Eropah, kereta gear manual paling laku berbanding gear auto kerana mahu jimat minyak, tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan lebih rendah kemalangan berlaku.

    1. cuma kalo lesen automatik… kereta yang boleh dipandu pun terhad.. mungkin at the end, memang takkan dapat ba wa kereta manual.. tapi mungkin gak selain OKU, lesen automatik ni sesuai untuk orang-orang tua atau learning disability yang agak susah nak belajar.

  2. sy setuju. mmg rugi kalo amik lesen auto ni tp sy xksah janji ada lesen yg sah n blh bwk kete. senang nk ulang alik g keje. tq.

  3. Actually, saya x berapa setuju dgn opsyen ni..sbb senang la mereka nak dpt lesen kereta..kereta auto sgt senang nk bawak..bila dh bwk kereta auto je, kereta jenis manual mmg x reti la nk bawak kan..in case of emergency ke ape ke kan, kereta xde or rosak, tgk2 plak kwn2/family semua guna kereta manual, jenuh la..

    so, the best is amik lesen yg boleh memandu kedua2 jenis kenderaan..sgt berbaloi..at least dpt tambah pengetahuan dan boleh dipraktikkan..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge