Lawatan Sambil Belajar

Lawatan Sambil Belajar? Macam zaman sekolah pula kan? Hehe..

But seriously, Aku menyertai rombongan Lawatan Hospital ku ke Hospital-hospital daerah yang lain di Sabah sempena persediaan Akreditasi untuk Hospital kami. Sebab tu, lama tak update blog ni…

Memang letih perjalanan lawatan ini mengambil masa hampir 12 jam, baru kami tiba ke destinasi yang dituju. Antara hospital daerah yang kami lawati adalah Hospital Kudat, Hospital Kota Marudu dan Hospital Pitas. Banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi walaupun memang agak penat.

Paling seronok kami dapat singgah ke Simpang Mengayau di Kudat, iaitu Tip of Borneo. Tujuannya nak tengok matahari terbenam, tapi masalahnya kami agak lambat tiba ke tempat tu iaitu lebih kurang kul 6 pm dan pada masa tu gak cuaca agak mendung skit. So sedikit kecewalah.huhu.. Tapi walaupun tak dapat nampak Sunset but still happy there. Memang seronok, korang mesti pergi sana kalo datang Sabah. Tenang dan Nyaman. Dapat lihat kebesaran-Nya.

Photo dariku takdalah, sori guys, sebab masa tu dah gelap, so aku pinjam photo ni dari google dan Sabahtourism.com

simpang-mengayau-map

Nampak tak peta Sabah di atas , Simpang Mengayau ni terletak di Daerah Kudat. Bayangkan perjalanan kami yang agak jauh dari kawasan Tawau.

 

simpang-mengayau

Gambar di atas pula adalah pandangan dari atas Simpang Mengayau, Kita boleh sampai kat hujung tu.

 

P/s: Pengalaman yang memang seronok.InsyaAllah, kalo panjang umur, aku nak ke sana lagi.Amin. Esok, kena kerja seperti biasa. Masa untuk bekerja keras untuk Hospitalku. 🙂

25 thoughts on “Lawatan Sambil Belajar

  1. Seronoknyaaaa…bila bercerita SABAH, teringat masa kami bercuti di sana. Baru je 2 bulan yang lalu kami ke Sabah. Tapi hanya dekat Kota Kinabalu dan Sandakan je. Insyaalah, kami akan ke sana lagi.

    Salam buat Aya…bye.

    1. Boleh.jemputlah datang Sabah.. :).. Banyak tempat boleh dilawat di Sabah ni.. Aya pun tak habis explore lagi..

    1. Memang seronok..lagi-lagi Aya ni suka travel dan melancong… kalo ada duit lebih ..memang nak explore satu Sabah dulu..

Leave a Reply to Puteri Balqis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge