Lawatan Sambil Belajar

Lawatan Sambil Belajar? Macam zaman sekolah pula kan? Hehe..

But seriously, Aku menyertai rombongan Lawatan Hospital ku ke Hospital-hospital daerah yang lain di Sabah sempena persediaan Akreditasi untuk Hospital kami. Sebab tu, lama tak update blog ni…

Memang letih perjalanan lawatan ini mengambil masa hampir 12 jam, baru kami tiba ke destinasi yang dituju. Antara hospital daerah yang kami lawati adalah Hospital Kudat, Hospital Kota Marudu dan Hospital Pitas. Banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi walaupun memang agak penat.

Paling seronok kami dapat singgah ke Simpang Mengayau di Kudat, iaitu Tip of Borneo. Tujuannya nak tengok matahari terbenam, tapi masalahnya kami agak lambat tiba ke tempat tu iaitu lebih kurang kul 6 pm dan pada masa tu gak cuaca agak mendung skit. So sedikit kecewalah.huhu.. Tapi walaupun tak dapat nampak Sunset but still happy there. Memang seronok, korang mesti pergi sana kalo datang Sabah. Tenang dan Nyaman. Dapat lihat kebesaran-Nya.

Photo dariku takdalah, sori guys, sebab masa tu dah gelap, so aku pinjam photo ni dari google dan Sabahtourism.com

simpang-mengayau-map

Nampak tak peta Sabah di atas , Simpang Mengayau ni terletak di Daerah Kudat. Bayangkan perjalanan kami yang agak jauh dari kawasan Tawau.

 

simpang-mengayau

Gambar di atas pula adalah pandangan dari atas Simpang Mengayau, Kita boleh sampai kat hujung tu.

 

P/s: Pengalaman yang memang seronok.InsyaAllah, kalo panjang umur, aku nak ke sana lagi.Amin. Esok, kena kerja seperti biasa. Masa untuk bekerja keras untuk Hospitalku. 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

25 thoughts on “Lawatan Sambil Belajar

  1. best sangat,apalagi kalau buat lawatan tempat yang belum kita jejak..memang teruja..

  2. tengok gambar pulau tu pun dah rasa nyaman, klo dapat pergi lagi best..

  3. Seronoknyaaaa…bila bercerita SABAH, teringat masa kami bercuti di sana. Baru je 2 bulan yang lalu kami ke Sabah. Tapi hanya dekat Kota Kinabalu dan Sandakan je. Insyaalah, kami akan ke sana lagi.

    Salam buat Aya…bye.

  4. Sukses buat Aya. Salam sahabat

  5. besnya.mesti ombak kuat kat situ..

  6. Teringat masa zaman sekolah dulu2…:), walaupun penat tapi mmg seronok.

  7. Salam aya,

    Seronok ye dapat buat lawatan ke sana.Ilmu dapat, pengetahuan tentang tempat-tempat di Malaysia pun bertambah.
    PakarBuahPinggang recently posted..Biopsi Buah PinggangMy Profile

  8. Aku juga nak cuti , kalau ada wang…

  9. CANTIKNYA PEMANDANGAN DI SABAH…BILA laa AGAKNYA AYA NAK JEMPUT AYIE KE SABAH.
    Ayie Abas recently posted..Lelaki Sejati Apa Ciri-Cirinya My Profile

    • Boleh.jemputlah datang Sabah.. :).. Banyak tempat boleh dilawat di Sabah ni.. Aya pun tak habis explore lagi..

  10. wah..hospital kudat.. dlu sy tggl kat kudat… lahir pun kat sana.. hee 🙂

  11. Bak kata pepatah Melayu, Jauh perjalanan luas pemandangan…..:)

    Tentu seronok walaupun keletihan. Saya juga baru habis bercuti….
    JUTAWANSAWIT recently posted..Monday Trading Tip- Bearish Expected- But May pullback for correctionMy Profile

    • Memang seronok..lagi-lagi Aya ni suka travel dan melancong… kalo ada duit lebih ..memang nak explore satu Sabah dulu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge