Kursus Pra Perkahwinan, Tak Best Ke?

Hari ini, aku telah selesai menghadiri dua hari Kursus Pra Perkahwinan di Tawau, Sabah. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.  Kursus Pra Perkahwinan adalah syarat  yang perlu kita penuhi sebelum mendirikan rumahtangga. Untuk menyertai kursus ini, rakan pembaca perlu berdaftar di Jabatan agama berdekatan tempat masing-masing dan perlu membuat pembayaran sebanyak RM100 sahaja.

Dalam kursus perkahwinan ini,  sebuah buku bertajuk Memasuki Gerbang Perkahwinan akan diberikan, sijil dan makanan akan disediakan.

Buku Memasuki Gerbang Perkahwinan

 

Bosan ke? Tak best ke kursus ni? Sebenarnya bergantung kepada diri masing-masing. Kalau niat datang kursus, semata-mata nak dapat sijil pra perkahwinan, rasanya mesti rasa bosan dalam kursus tu. Tapi kalau niat kita pergi kursus untuk dapatkan ilmu berumahtangga, InsyaAllah, rasa seronok je dalam kursus tu. ^__^.

Dalam kursus pra perkahwinan tersebut, 3 bahagian utama akan didedahkan kepada kita iaitu:

1. Bahagian 1 : Asas Pembinaan Insan

  • Akidah
  • Ibadah
  • Akhlak
  • Perkahwinan dan Prosedur

2. Bahagian 2 : Pengurusan keluarga

  • Hubungan dalam keluarga
  • Pengurusan Kewangan dan masa
  • Pengurusan kesihatan
  • Komunikasi suami isteri

3. Bahagian 3 : Pengurusan masa dalam keluarga

  • Pengurusan Tekanan (Stress) dan Konflik Dalam Kehidupan
  • Pembubaran Perkahwinan

Majoriti peserta begitu excited mendengar ceramah dan pengalaman dari penceramah terutamanya berkaitan dengan hubungan intim dan mesra suami isteri. Asyik-asyik, kami gelak jak. Hehe..  aku rasa memang seronok juga menghadiri kursus ni sebab ilmu yang sangat berguna yang kita perolehi. Korang dah join ke kursus ni? Apa pendapat korang ? :)

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

17 thoughts on “Kursus Pra Perkahwinan, Tak Best Ke?

  1. Sangat bermanfaat untuk menambah bekal ketika menjalani kehidupan rumah tangga ya,,,
    fira recently posted..About Mitsubishi Outlander Sport 2013My Profile

  2. di mana mahu daftar kursus kawen ni?????

  3. dah join kursus kawin masa Oktober 2011, hilang mengantuk mendengar ceramah yang serba serbinya lucu.
    iAwani recently posted..iPad Mini Dijual Pada $299My Profile

  4. dkt Kemaman Terengganu murah je..RM50 je

  5. bosan ke tak bergantung atas penceramah tue…lagipun dah kita nak kahwin dan nak cari ilmu…sabar ajelah…dekat kemaman murah RM50 je sorang buat kursus kawin ni

  6. saya baru je pegi awal bulan satu hari tu hehe.. eh sama la buku hoho.. kursus saya pi memang dok gelak je memanjang.. ustaz asyik dok buat lawak tak berenti
    aimannajmy recently posted..Mari melukis dengan Samsung Galaxy S2 part 2My Profile

  7. yea…seperti kata bro zulkbo…
    kalau kita cinta kan ilmu tentu lah best..
    lebih2 lg ilmu agama kita :)

  8. Aida kat sandakan… :)

    Aya
    Ya aidanatasya, Aya orang Sabah.. Aida sabah di mana?

  9. Salam.. cik aya org sabah rupanya.. sama dgn saya :)
    wahhh da ambil kursus kawen, nampaknya dekat2 la ya nak makan nasi minyak :)
    aidanatasya recently posted..GAMBAR TERBARU ANAK MAWI & EKIN “CAHAYA MALAIKA”My Profile

  10. salam..
    menambah ilmu..sudah tentu BEST
    ada yang mungkin kita tak tahu jadi tahu..
    pada saya jika berpeluang nak kursus
    lagi sekali lah :)
    zulkbo recently posted..Maher Zain – Masha Allah With LyricsMy Profile

  11. Bergantung kepada penceramah. Kalau penceramah tu cuma pandai cakap dengan dinding sure tertidur..

  12. berbanding dengan kursus pra perkahwinan yang ada kat semenanjung ni kebanyakannya bayaran hanya RM80..

    bila salah satu syarat untuk bernikah memerlukan sijil kursus pra perkahwinan, ramai yang menghadirinya sekadar untuk mendapatkan sijil semata mata sebab bila diadakan sesi soal jawab, agak ramai jugak yang ‘kantoi’..
    pipoq recently posted..Review jenama – Set selepas bersalin Nona RoguyMy Profile

  13. Ramai yang tidak hubungan intim suami isteri salah satu faktor kebahagian rumahtangga. Kegagalan suami atau isteri gagal main peranan masing-masing menjadi kerukunan rumahtangga hambar dan bosan.
    akubiomed recently posted..Ray Ban Wayfarer cermin mata tidak lapuk dek zamanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge