Krisdayanti Hamil 4 Bulan?

Sebenarnya agak terkejut juga apabila aku dapat tahu Krisdayanti, penyanyi Diva Indonesia telah pun hamil 4 bulan walaupun baru lepas bernikah dengan Raul Lemos, lebih kurang sebulan dua. Sedihlah, artis macam ni. Dia buat selamba je. Macam perkara tu biasa sahaja.

krisdayanti-hamil-raul-lemos

Jom baca sumber dari Murai.

JAKARTA, 19 APRIL 2011: Selepas beberapa minggu melangsungkan perkahwinan dengan usahawan kaya raya daripada Timor Leste bernama Raul Lemos, tiba-tiba timbul khabar angin yang mengatakan bahawa penyanyi diva Indonesia, Krisdayanti telah pun hamil 2 bulan.

Khabar angin tersebut didengari daripada kalangan mereka yang rapat dengan Krisdayanti. Biarpun, pada awalnya, Krisdayanti lebih senang untuk berdiam diri, namun akhirnya bekas isteri kepada Anang Hermansyah ini membuat pengakuan yang lebih mengejutkan.

Bahawa dia sebenarnya sudah pun hamil 4 bulan. Pengakuan yang mengejutkan itu telah dibuat menerusi Tabloid Nova. Adik kepada Yunis Shara yang lahir pada 24 Mac 1975 ini juga turut bersyukur dengan rezeki yang Tuhan kurniakan padanya itu.

Kata Krisdayanti, dia kini sudah pun hamil 17 minggu,

“Ertinya, sudah 4 bulan. Ya, saya tahu (mungkin berita ini agak memeranjat). Tapi, kami berdua sudah sama-sama dewasa. Kami pun dah lama merancang untuk mengadakan perkahwinan ini,” katanya.

Mengenai tanggapan sering yang bakal dilemparkan masyarakat terhadap kehamilannya itu, Krisdayanti berkata, dia tidak mahu ambil pusing tentang hal tersebut. Malah, ibu yang bakal memiliki cahayamata ketiga ini mengakui lebih baik perkara itu diketahui ramai daripada kemudian hari.

“Benda ni dah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pulak cerita yang tidak betul. Kononnya, saya melakukan abortion (buang anak),” katanya.

Krisdayanti dan Raul Lemos menikah pada tanggal 20 Mac 2011 lalu. Mereka kemudian mengadakan resepsi perkahwinan di Hotel Mulia, Jakarta Selatan pada 25 Mac 2011.

P/s: Nasib baik juga, dia tak gugurkan anaknya. Masih juga dia ingat Tuhan. Mesti dah ramai orang kurang senang dengan Krisdayanti ini kan?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

14 thoughts on “Krisdayanti Hamil 4 Bulan?

  1. KD oh KD diirimu sungguh sensasional…btw nice post, kunjungi kami juga yah, salam hangat dari Bali

  2. sejak tahu KD (Kris Dayanti) berselingkuh, hal ini sudah bisa diprediksi.
    yola recently posted..Online Blackjack Sites for BeginnerMy Profile

  3. cepat-cepatlah diorang ni bertaubat..
    sayacomel recently posted..Comel Sangat – Anugerah Saya Paling Comel dalam kelasMy Profile

  4. Kite bakor aje!!!

  5. kehidupan di indonesia mmg agk berbeza dgn di mesia ni..dri segi agama, kehidupan sosial.. cuma ape yg ditakutkan ialah artis2 kat malaysia ni akan terikut2..subahanallah…
    syam recently posted..KONGSIMOVIE TERHEBAT UNTUK DITONTON TAHUN INIMy Profile

    • Betul Syam.. Setahu Aya, di Indonesia juga, kalo tak silap, mereka boleh kahwin walaupun berlainan agama..
      Artis malaysia pun makin seksi ooo..:)

  6. Ya Allah…ape nak jadi dgn umat islam.??

    Berzina…..semoga die bertaubat n mintak keampunan dari Allah.

    “jangan lupa Solat,itu lah tembok penghadang dari maksiat”

  7. Aya berasa TERKEJUT dgn berita itu, tapi saya LANGSUNG TAK TERKEJUT MALAH DAH AGAK dah.
    Ayie Abas recently posted..Syair Si Pari-Pari – Zamani SlamMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge