Ketulan di Payudara Kanan

Hari ini, aku bertemu dengan seorang pesakit perempuan, berusia 44 tahun dan hanya mempunyai 3 orang anak. Wanita ini datang ke klinik dengan aduan terdapat ketulan besar di payudara kanannya selama 3 bulan. Pesakit ini merasa sakit yang berdenyut-denyut di bahagian ketulan tersebut.

Maklumat lanjut menunjukkan bahawa pesakit ini tidak memiliki sejarah keluarga kanser payudara. Dia juga tidak pernah mengambil pil perancang sepanjang hidupnya.

Pemeriksaan lanjut pada payudaranya menunjukkan ketulan tersebut bersifat keras, tidak sakit bila ditekan, dan agak melekat pada kulit di payudaranya. Puting susunya juga mula termasuk sedikit ke dalam payudaranya. Anggaran saiz benjolan tersebut adalah 6cm X 4 cm, ketulan yang agak besar.

Apa yang bermain di fikiranku ketika itu adalah kanser payudara.

Gambar Kanser Payudara
Lebih kurang macam ini ketulan pada payudara wanita tersebut

Wanita ini, aku rujuk kepada doktor pakar bedah (surgery) untuk pengesahan dan rawatan lanjut.

Untuk pengetahuan semua, bukan semua ketulan pada payudara adalah kanser yang bahaya. Semuanya bergantung kepada maklumat dari pesakit dan pemeriksaan lanjut dari doktor.

Usia lanjut, berketurunan kanser, ciri-ciri ketulan atau bengkak pada payudara mempengaruhi diagnosis doktor.

Untuk pengetahuan juga, ada beberapa ujian yang perlu dijalankan bagi mengetahui jenis ketulan yang terdapat pada payudara, contohnya, ultrasound of breast atau mammogram dan seterusnya prosedur seperti FNAC dan biopsi ketulan. Semua ujian ini akan mengambil masa untuk tahu keputusannya.

Apa yang boleh aku nasihatkan di sini adalah pastikan kita kerap membuat pemeriksaan payudara sendiri. Kita boleh lakukan pemeriksaan ini mungkin ketika mandi, Mungkin juga boleh minta tolong suami periksa, biasanya si suami lebih peka terhadap sebarang perubahan pada si isteri. Betul tak? Jika terdapat sebarang bengkak atau ketulan, segera membuat pemeriksaan lanjut di klinik yang berdekatan. Jangan malu untuk berjumpa dengan doktor ye.

Orang selalu salah anggap bahawa kanser payudara pesakit mesti mengadu sakit pada ketulan tersebut. Sebenarnya kebanyakan pesakit yang datang dengan tanda awal kanser payudara adalah ketulan yang tidak sakit pada payudara. Ia selalunya akan mula sakit apabila kanser tersebut semakin teruk.

Oleh itu, jangan sesekali fikir ” Oh ketulan di payudaraku ni tak sakit pun, nantilah jumpa doktor” . Anda mungkin akan menyesal ( Macam ayat iklan plak. hehe)

Tapi apa-apa pun, pastikan kita mendapat rawatan lebih awal ye. Sayangilah payudara kita untuk anak-anak dan suami ^_^

Ada sebarang pertanyaan?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

28 thoughts on “Ketulan di Payudara Kanan

  1. terima kasih diatas perkongsian.
    Ain recently posted..4Life Transfer Factor VistaMy Profile

  2. hazratie
    Twitter:
    says:

    ada sesiapa ada pengalaman periksa breasts dgn doc lelaki?

  3. Asalamualaikum, saya baru sebulan menjalani pembedahan membuang payudara kanan akibat kanser payudara tahap 2. Alhamdulillah sel kenser tidak menyerang ke bahagian lain-lain anggota. Setiap tahun saya membuat memogram dan ultrasound tetapi tidak dapat mengesan kanser tersebut, doctor hanya menyatakan sel tersebut adalah sel mati akibat pembedahan yang terdahulu. Saya bertekad utk buang ketulan tersebut, hasil laporan menunjukkan ketulan tersebut adalan sel kenser yang merebak. 3 minggu berikutnya saya mengambil keputusan utk membuang keseluruhan payudara kanan saya.. Sekarang ni sudah sebulan saya menjalani pembedahan tersebut dan Alhamdulillah saya tidak di radioterapi dan tidak dikimoterapi . Tidak ada serangan kanser kepada bahagian anggota lain mahupun disekitar payudara tersebut hanya pada ketulan itu sahaja. Alhamdulillah……dipermudahkan. Apa yang saya nak bagitahu disini adalah semangat seseorang yang pesakit tersebut haruslah sentiasa positif , ingat Allah, dia yang memberi dia yang mengambil kembali. Apa2 pun bukan milik kita selamanya hanya dipinjamkan sahaja. Sokongan keluarga terutama suami dan anak-anak amat penting. Saya tidak mengambil apa2 supliment sepanjang dalam rawatan tersebut . Saya hanya bergantung 100% pada air zam-zam sahaja, suami sentiasa memastikan bekalan air zam-zam sentiasa ada untuk saya minum sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah berkat doa dan kasih sayang semua , sekarang saya telah sihat, luka telah bercantum sepenuhnya dan sebulan lagi saya diarahkan oleh doctor untuk mula berkerja. Anda telah sihat katanya. Saya hanya diberi cuti sakit selama 3 bulan sahaja . Tentu ramai tak percaya,, saya kanser payudara tahap 2 hanya diberi cuti 3 bulan sahaja. Itulah hakikatnya, Berusaha dan bertawakal , percaya pada Allah….Doa dan mohon padanya. Semua yang diberi ada hikmahnya yang kita akan faham kelak. Kepada sesiapa yang ingin bersembang , menyatakan pandangan atau pengalaman bolehlah hubungi saya , Jun 0165952267. Kita boleh berkongsi pengalaman dan info.

  4. lelaki boleh kena bengkak sebab ketulan juga ke doktor…..mungkin kurang risiko kot,,,
    Denaihati recently posted..Madrasah Tahfiz An Nuur perkenalan dari sebuah entri blogMy Profile

  5. sekarang ni penyakit makin bahaya.. jika rasa sesuatu yg pelik perlulah terus berjumpa dgn doktor
    djdanchef recently posted..Jawatan Kosong Kerajaan: SPA Perak April 2013My Profile

  6. Smlm baru jumpa doc. Doc check.
    mama adam recently posted..WW : Tips Bercakap Dengan AnakMy Profile

  7. risau jgk ni..nak kena check jugak la..
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted..Seronok Tengok Hoki Di StadiumMy Profile

  8. faham doktor… lepas nie saya akan lebih rajin membuat pemeriksaan payudara sendiri dan berjumpa terus dengan doktor yang bertauliah. Tapi nak buat mammogram dekat sini memang payahlah Aya. Sebab menurut doktor, hospital di sini tidak mempunyai kemudahan ini…
    Mama Murai recently posted..Abang-abang burger tahu ke, hukum memakan telur yang tak dibasuh adalah haram!My Profile

  9. wahh..memang risau gak gua nih..
    titan recently posted..8 Teknik AJAIB untuk buat Sales.My Profile

  10. Bahaya kanser ni…kena selalu jaga2..lagi2 kalau byk makan fast food…huhu…

  11. baru juga kehilangan seorang makcik akibat dari kanser payudara.. harap yg ade tanda awal tu cepat2 la dptkan rawatan sebelum terlambat.. 🙂
    fariq recently posted..Belajar WordPress Secara OfflineMy Profile

  12. sy selalu sakit dibawah ketiak..tapi bila scan tak ade aper..tapi still sakit sampai sekarang..setiap masa plak tue sakitnya…:(

    now asyik kena rawatan susulan tapi takde result..letih
    CheNamNam recently posted..Kebenaran disebalik Rumah Amal Buah Hatiku.My Profile

  13. harap-harap kesihatan saya akan okey. =)
    Wana wazm recently posted..MALAYSIA’S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak DaraMy Profile

  14. tkt jgk ek…kene alert sendiri la kn..sendiri jgk yg tau.. ade ketulan ke tk..ermm
    nurul azieyan recently posted..Typo Friday : Semakin Lama Semakin MemahamiMy Profile

  15. Mohon dijauhkan. takut rasanya
    Anis recently posted..Blog berwajah baru.My Profile

  16. bahaya ni,. mohon dijauhkan
    zuriey recently posted..Ketagih novelMy Profile

  17. Melakukan pemeriksaan payu dara bleh dilakukan. Kalau ada bonjolan elok berjumpa dengan doktor untuk diagnose lebih lanjut. Kesedaran diperingkat awal adalah lebih penting.

  18. info yg mnrik..
    kanser payudara adlh kanser pling bhye menyerang para wanita..
    takut sangat..
    Katak Comel recently posted..Skateboard Versi Orang MumbaiMy Profile

  19. Takuttnyaaaa kalau kene kanser ke 🙁
    #harap dijauhkan 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge