Kesusahan Dahulu Telah Menjadi Kenangan Manis Buatku

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. 🙂

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Menarik tak tajuk post aku kali ni? Sebenarnya hari ini, aku nak kongsi sikit pengalaman hidup aku dengan readers BloggerWanita.com. Bukannya niat nak meminta belas kasihan atau pun berunsur riak. Tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman hidup yang telah lama terbuku di hati. Ceewah..macam ayat novel plak. hehe. Harap-harap boleh dijadikan pengajaran dan semangat bagi mereka yang mengalami nasib yang sama seperti aku.

Mungkin yang telah mengikuti cerita-cerita aku sebelum ini telah mengenali serba sedikit tentang diri aku. Dan bagi bagi belum, let me introduce myself ( ceh..kecek orang puteh pula ) . Aku adalah seorang blogger dan aku juga adalah seorang doktor yang telah berkhidmat hampir 2 tahun di salah sebuah hospital di Sabah. Jangan fikir doktor tak boleh ada blog sendiri tau. Sapa-sapa pun boleh ada blog, yang penting ada minat dan pandai cari masa yang sesuai untuk berblogging.

ok..ok.. kembali kepada topik post hari ni, Kesusahan Dahulu Menjadi Kenangan Manis Buatku. Susah betul ke aku dulu?

Takpa-takpa korang boleh nilai sendiri dari cerita hidup aku ni. Ok. Sekarang ni, takdalah senang pun, tapi Alhamdulillah cukup makan. Apa-apa pun, ia telah menjadi kenangan manis buatku.

Dulu, masa zaman kanak-kanak,ayah aku adalah seorang buruh kasar, dan mak aku pula hanya surirumah yang terpaksa membesarkan 5 orang anak. Disebabkan ayah aku adalah seorang pemotong kayu balak, beliau terpaksa tinggal di kawasan pembalakan semasa bekerja, Kami sekeluarga terpaksa ditinggalkan di rumah. Semata-mata untuk mencari rezeki supaya kami adik-beradik dapat makan. Kadang-kadang emak pun terpaksa ikut ke kawasan pembalakan untuk menolong ayah di sana. Kami adik-beradik terpaksa ditinggalkan di rumah. Ketika itu, kakak sulung aku masih berumur 14 tahun, dialah yang terpaksa menjaga kami ketika mak dan ayah takda di rumah. Biasanya mak akan pergi menolong ayah dalam sebulan. kami akan ditinggalkan dengan sekotak telur dan beras untuk kami makan. Itu je yang mampu dibeli.

  • Kenangan yang sampai sekarang aku tak boleh lupa adalah kami terpaksa makan dengan garam je sebabnya bekalan telur yang mak tinggalkan da habis..huhu..sedih je masa tu..nak kontek mak pun tak dapat..handphone takda.. Tapi bila ingat semula..sedap gak makan nasi dengan garam je..hehe..cubalah.
  • Emakku sangat mengutamakan pelajaran, sebab beliau yakin hanya pelajaran yang mampu mengubah kehidupan kami. Masa zaman sekolah rendah, emak selalu janji, kalau dapat tempat pertama dalam kelas akan dibelanja makan roti canai. Itulah hadiah aku kalo dapat keputusan yang bagus. Roti canai..Roti canai.. Kalau dapat makan roti canai tu..terasa itulah hadiah paling istimewa. hehe. Sekarang ni, kalau anak-anak sekarang dapat keputusan yang bagus, dapat hadiah handphone la, laptop la, dan ada yang sampai dapat kereta lah..bestnya kan.. Tapi, apa-apa pun, roti canai telah banyak berjasa dengan aku. Kerana dia lah juga aku belajar bersungguh-sungguh supaya dapat hadiah makan roti canai.hehe
  • Masa kecik dulu, teringin sangat nak basikal sebenarnya, tapi tak mampu nak dibeli. Mungkin rezeki, ayah aku terjumpa basikal buruk yang telah dibuang dekat rumah masa tu, jadi ayah aku ubahsuai sedikit supaya aku boleh pakai dan belajar bawa basikal. Basikal tu memang nampak buruk la, tayar di depan berwarna pink dan saiznya kecil manakala tayar di belakang berwarna hitam dan bersaiz besar. Nampak macam basikal sarkas sikit.hehe. Lebih kurang macam gambar basikal di bawah ni. 🙂

Banyak lagi pengalaman dan kesusahan dahulu yang kini menjadi kenangan manis buatku. Lain kali, aku kongsikan lagi ya. Korang plak macam mana?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

9 thoughts on “Kesusahan Dahulu Telah Menjadi Kenangan Manis Buatku

  1. siapa kata anak orang susah tak boleh berjaya kan sis..yang penting semangat ingin mengubah kehidupan tu harus ditanam dalam jiwa masing2..

  2. I’m impressed! Kesusahan sebenarnya adalah formula utk berjaya kan/. Mesti sejuk perut ibu anda dpt anak spt anda. Dlm sibuk2 jg doktor, Aya boleh buat & update blog lagi!! U must be vy good in your time management. Saya yg x brapa sibuk ni pun susah nak update blog ari2. Congrat!! Keep it up doc.
    .-= stillania´s last blog ..Not working today =-.

    • Thanks Stillania…actually lama saya tak update blog ni….sejak akhir-akhir ni agak busy.maklumla baru pindah tempat kerja…so agak susah skit.. tapi takpa…i try my best to update my blog.. 🙂

  3. best cita
    .-= ika_ar´s last blog ..Blackout kejap!!! =-.

  4. Cerita yang baik….
    kunjungi juga website kami http://www.unand.ac.id

  5. elok la kita berjaya memuhasabah diri kita kan..
    bersyukur dengan apa yang ada
    .-= Syafrizal´s last blog ..PPIM gesa JAKIM tarik balik sijil halal syarikat Zionis =-.

  6. dahsat gak eh nak survive mcm tu. tak pernah rase lagi nasi ng garam. hehehe

    mmg kene patut bersyukur sbb lahir2 semua ade depan mata 😉
    .-= huda´s last blog ..babbling =-.

    • Betul, kalo kita dapat makan nasi dan telur goreng je pun, kena sangat2 bersyukur da.. sampai sekarang favouriteku adalah telur mata sebab selalu sangat makan nasi dengan telur sejak kecil.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge