Kesilapan Ini Jangan Diulang dan Diikuti Jika Anda Sayang Blog Anda….

Terkejut beruk ku dibuatnya apabila blog kesayanganku ini, BloggerWanita.com ini digantikan dengan iklan-iklan Google beberapa hari yang lepas.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Hati terus berdebar-debar ..

” Takkan Domain aku dah expired kot, seingat aku bulan Mei tahun ini”.

Aku terus-menerus refresh dan reload blog BloggerWanita.com, namun masih juga sama.

” Ya Allah, hilanglah semua isi kandungan blog aku ini, huhu” .

Apa yang aku lakukan?…

Aku terus periksa di Billing Client NetKL, Memang betul lah dah expired 2 hari lepas, Nak buat macam ini? sayangnya blog aku. Aku terus renew semula domain tersebut dengan buat pembayaran dan terus bertanya dengan staff  customer service NetKL tentang masalah domain ini. Alhamdulillah, response yang diberikan oleh staff NetKL, begitu cepat dan memberitahu yang domain aku ini akan diaktifkan dalam masa 24-48 jam. Isi kandungan blog ini tidak akan hilang. Alhamdulillah..

Kesimpulan di sini, kita perlu renew domain sebelum tarikh tamatnya. Ini lah kesilapan yang jangan diulang dan diikuti jika sayang blog anda.

Tip Penting: Kita perlu catatkan setiap maklumat domain dan webhosting dalam nota kita tentang tarikh mula dan tarikh tamat setiap domain atau webhosting yang kita beli bagi mengelakkan masalah seperti yang aku alami. Pastikan buat pembayaran pembaharuan domain sebelum tarikh tamat. 🙂

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

16 thoughts on “Kesilapan Ini Jangan Diulang dan Diikuti Jika Anda Sayang Blog Anda….

  1. fuh bila baca ni mcm seram pun ade jugak takut terlupa renew nanti.. hoho
    fariq recently posted..Anak Termakan Kondom Mcdonalds DisamanMy Profile

  2. saya pernah kena juga. domain expired…pening dibuatnya…bukan 2 hari…2 bulan…haha
    ainun recently posted..100 USD Sudah DicapaiMy Profile

  3. masalah domain sendiri kena beringat nnti lupa renew kan
    Blog Sensasi recently posted..(Kisah Benar) : Ular Hitam Menunggu Mayat.My Profile

  4. 1. Buat reminder kat HP tu… mcm nak igt hari jadi kekasih hati…
    2. Rerajin la buat backup blog tu .. paling malas pun sebulan sekali ok la .. sbb tu baru exprd .. kalau kena hack menangis tak berlagu la jawabnyer..
    3. Update la email dalam cpanel tu ke email yg paling kerap kita guna …

    sekian

  5. Untunglah bisa selamat ye..

  6. thanks kak aya tlg igtkan..
    sape tak berdebar kalau blog tak bleh buka..
    blog pun harta jgk..huhu

  7. Salam admin,

    Saya juga menggunakan perkhidmatan netkl.Tidakkah pihak netkl akan menghantar emel peringatan kepada pelanggan untuk tujuan renew akaun mereka?
    PakarBuahPinggang recently posted..Kanser Pundi KencingMy Profile

    • betul tu.tapi saya guna email lain untuk akaun webhosting..jadi lama tak buka..tu yang tak perasan tu..huhuuhh

      • Ooo. kalau begitu kena update email yang selalu guna. Ye la, setahun sekali mesti la lupa. Takut jadi lagi sebab saya pun pernah jadi sebab buat sambil lewa email notification.

  8. nasib bek… hehehehe

    berhati2 tau! sayang woo… kang hilang bloggerwanita… ahaks~
    kaizen recently posted..KaLiMaH AGUNG SeMaSa TSuNaMi- KaRuTMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge