Kesan Antibiotik Terhadap Jangkitan Kulat Di Kemaluan Wanita

Semalam, aku kerja sambilan kat klinik swasta berdekatan rumahku. Seorang pesakit wanita datang ke klinik tersebut dengan aduan alergik (allergy) pada antibiotik.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Allergy atau dalam bahasa Melayu sebagai alahan.

Biasanya, orang yang terkena alahan pada ubat akan datang berjumpa doktor dengan badan yang gatal dan kemerahan, atau muka dan mata yang bengkak. Namun kali ini, pesakit wanita ini datang dengan aduan gatal pada kemaluan selepas 2 hari mengambil antibiotik.

Adakah pesakit ini benar-benar mengalami alahan terhadap antibiotik Augmentin? Atau mungkin dia mengalami penyakit yang lain?

Maklumat yang lebih lengkap aku perolehi dari pesakit tersebut. Wanita ini biasa mengalami cecair keputihan pada kemaluannya, namun ia hanya gatal dan keputihan menjadi lebih teruk dan bertukar seperti susu tepung yang basi selepas mengambil antibiotik yang sama.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan banyak cecair keputihan pada kemaluan (vagina) yang disebabkan oleh jangkitan kulat, candida.

Cecair Keputihan Disebabkan Jangkitan Kulat

Sebenarnya pesakit ini tidak mengalami allergy, tetapi beliau mengalami jangkitan kulat yang bertambah teruk selepas pengambilan antibiotik.

Terdapat beberapa kajian menunjukkan pengambilan antibiotik mempunyai kaitan dengan peningkatan jangkitan kulat pada kemaluan.

Kenapa boleh jadi begini?

Antibiotik sebenarnya boleh mengurangkan bakteria yang baik pada kemaluan wanita serta mengubah pH vagina dan seterusnya menyebabkan pembiakan dan pertumbuhan kulat yang teruk pada kemaluan atau dipanggil sebagai Vulvovaginal Candidiasis

Oleh itu, kita perlu elak mengambil antibiotik sewenang-wenangnya. Pada masa sekarang ini, ubat sangat mudah diperolehi dan dibeli kat Farmasi. Demam, selsema atau batuk 1 atau 2 hari, terus kita nak makan antibiotik. Kita kena ingat, antibiotik hanya boleh membunuh bakteria, tapi tidak dapat membunuh kulat atau virus.

Harap perkongsian yang ringkas ini memberi info yang berguna buat rakan pembaca. Sila berjumpa dengan doktor masing-masing bagi mendapat rawatan yang sewajarnya. 🙂

Apa pandangan korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

8 thoughts on “Kesan Antibiotik Terhadap Jangkitan Kulat Di Kemaluan Wanita

  1. alamak..takutnya kalau sampai jadi camtu.. nasib buat masa sekarang ni saya xde allergik dgn ubat..
    syamimi recently posted..Sedapnya. . .My Profile

  2. menakutkan. senang sangat sekarang nih dapat poenyakit. huhu nak kena hati hati nih
    shasha yacob recently posted..Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas PutihMy Profile

  3. Kalau mkn antibiotik terus gatal2/lecur satu bdn kira alergik kan? jika alergik nak buat cemana ye?

  4. Kesan antibiotik ni kena cuba dulu gak kan? Kalau tak terkena kita tak tau antibiotik tu tak sesuai untuk kita.. saya pernah terkena gak.

  5. jap. hang doktor dalam bidang apa ek?
    titan recently posted..Tak berapa waras dahh..My Profile

  6. Saya sendiri seorang wanita tapi kurang tahu banyak soal seperti ini. Kasihan si pesakit tersebut, semoga bisa lekas sembuh
    Terima kasih sudah berbagi info mbak
    Rina recently posted..Create A Fullscreen Image Background Slideshow Using jQuery And HTML For WebsiteMy Profile

  7. erk seram jugak tengok..
    Ain recently posted..Review Sponsor – Ur DreamWardrobe Collections (UDC)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge