Kerja Sambilan Online – Target Pendapatan RM 1 JUTA

Kerja sambilan online? Alhamdulillah, Rezeki Allah..

Kerja Sambilan Online Pendapatan Ashadee.com

Aku baru aktif semula berblogging tahun 2015 ini, komisen dah dapat dua kali tanpa pergi ke mana-mana. Hanya duduk di rumah, dan buat kerja part time secara online.

[quote]Itulah kelebihan kerja di rumah secara online.[/quote]

Tapi kita perlu memilih kerja sambilan yang benar-benar membuahkan hasil pendapatan kepada kita. Betul tak?

Kerja Sambilan Online

Target Pendapatan RM 1 JUTA

Gambar Meja, Laptop, Telefon, Pen, Kertas

Kenapa Aku Pilih Kerja Sambilan Online? 3 Sebab Utama:

1. Tanpa Kedai

  • Aku kerja sebagai doktor, jadi aku rasa agak susah untuk membuat bisnes kat kedai-kedai sebab sibuk dengan kerja hakiki di klinik. Kalau kerja di rumah , In Sha Allah, boleh dilakukan sebab duduk depan laptop sahaja.

2. Tanpa Modal

  • Banyak kerja sambilan yang aku dah buat di internet yang tidak memerlukan modal. Contohnya, buat duit secara sambilan sebagai penulis blog.
  • Tak tahu nak buat karangan? jangan risau, korang tulis je macam korang buat diari di buku.

3. Tanpa Perlu Jumpa Orang

  • Aku hanya buat kerja sambilan ini melalui blog, Facebook dan Google+ je.. hihi (FB Viralism)
  • Alhamdulillah, rasanya dah beribu income aku dengan buat duit secara online. In Sha Allah, target nak juga capai pendapatan RM 1 Juta dari Kerja Sambilan Online. Mampukah? hihi.. doakan ye..

 

Aku ingat lagi masa mula-mula aku cuba nak buat duit di internet, korang tahu apa yang aku cuba untuk kerja sambilan?

Aku cuba buat duit dengan jawab survey, aku cuba buat duit dengan klik iklan, aku cuba buat duit dengan program reseller. Tapi akhirnya semua tak membuahkan hasil.

Bila aku fikir-fikir semula, kenapa aku tak boleh jana income masa tu, baru aku tahu, aku buat TANPA ILMU & TANPA RUJUKAN YANG BETUL.

Aku main cuba jaya sahaja ketika itu, memang tak banyak rujukan, ebook atau video tutorial dalam bahasa Melayu. Lagipun, perniagaan internet baru je nak berkembang di Malaysia. Jadi, memang banyak SPAM dan penipuan.

Alhamdulillah, sekarang ni, banyak sangat rujukan yang boleh membantu orang-orang baru menjana pendapatan yang lumayan hanya bekerja secara sambilan di Internet.

2 TIPS yang ingin dikongsikan, mengikut pengalamanku sendiri:

  1. JANGAN KEDEKUT mengeluarkan modal untuk mendapatkan ILMU. Aku rasa banyak juga modal yang aku keluarkan untuk beli ebook dan video tutorial semata-mata nak dapatkan ilmu dari orang-orang yang pakar dan berpengalaman. Alhamdulillah, aku tidak pernah pergi seminar atau bengkel perniagaan internet, semuanya aku belajar sendiri melalui sumber-sumber rujukan yang berguna selama ini.
  2. BUAT BLOG. Bagi aku blog sangat penting untuk kita membina kredibiliti di dunia maya. Apabila orang mengenali kita, mereka lebih yakin berurus niaga dengan kita. Yalah, dekat internet ini, banyak sangat penipuan. Betul tak? Bila korang dah popular dan dikenali, korang jual apa pun, In Sha Allah ada pembeli setia.

Pada sesiapa yang nak sangat ada blog tetapi tidak mahir, mungkin boleh cuba belajar melalui Video Pantas – Bina Website/Blog WordPress Anda Dalam Masa 24 Jam. Memang berbaloi. Diajar dari A to Z . Tak perlu datang kursus atau bengkel. Belajar depan laptop je..

Baiklah, harap perkongsian ini, dapat membantu blogger-blogger baru atau sesiapa sahaja yang berminat ini menjana pendapatan melalui kerja part time secara online. Good Luck..

 

27 thoughts on “Kerja Sambilan Online – Target Pendapatan RM 1 JUTA

  1. Wah, masyukkkk….mohon bleh share lagi cara-cara tambah pendapatan secara online sambilan…mesti ramai yang nak tahu……

  2. Sambil release tension, sambil masuk sen-sen.. lama lama jadi bukit..
    Saya on9, buat viral marketing..
    Kena cara yang betul Biz online boleh jadi Income pasif..

    Blog ialah aset.. Platform marketing & promosi berkos minima.

    Ikhlas,

    AminJohar.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge