Kepala Budak Perempuan Ditikam Gunting Oleh Ibunya

Bila tengok gambar si kecil ini, aku rasa simpati sangat. Budak perempuan yang berusia 2 tahun  ini sebenarnya telah ditikam oleh ibunya dengan gunting.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Gambar Budak Perempuan Tertusuk Gunting di Kepala

Kenapa budak perempuan ini ditikam gunting oleh ibunya sendiri?

Tragedi ini berlaku di Miri, Sarawak pada 24hb Mei yang lepas, ketika berlaku pertengkaran di antara ibu bapa budak perempuan yang malang ini.

Kejadian berlaku pada pukul 1 pagi ketika ibu dan bapa mangsa berselisih faham dan berperang mulut sebelum si isteri hilang sabar lalu cuba menyerang suaminya dengan sebilah gunting.

Dikatakan, wanita berkenaan meluru ke depan dan cuba menikam suaminya dengan gunting namun lelaki itu mengelak menyebabkan tikaman terkena anak mereka yang berada berhampiran mereka ketika pergaduhan tersebut.

Gunting tersebut telah tertusuk ke kepala budak tersebut sedalam 3 cm dan berjaya dikeluarkan oleh staf hospital dan dilaporkan stabil.

Ibunya sekarang ini telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber

Pengajarannya, sebagai ibu bapa, janganlah kita bertengkar di hadapan anak-anak kita dan paling penting kita kena banyak bersabar dan jangan terlalu mengikut rasa marah sehingga mencederakan orang lain. Nauzubillah. Apa pendapat ibu bapa di luar sana?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

9 thoughts on “Kepala Budak Perempuan Ditikam Gunting Oleh Ibunya

  1. memang xboleh tgk benda gini, takut. sakit
    Shasha recently posted..Kerja sudah siapMy Profile

  2. Ya Allah..syukur nyawa anaknya masih panjang..kalau tak.. erm.. hukuman lebih berat la dikenakan..
    Mimie Najib recently posted..Kenduri Kahwin – Majlis Akad NikahMy Profile

  3. Nauzubillah..kesiannya budak tu..Nasib baik tak dlm sgt. Kalau tak, mmg menyesal seumur hidup la.

  4. Tak pasal-pasal anak jadi mangsa. ibu bapa perlu berfikir dulu sebelum wat pape.
    Wana wazm recently posted..Segmen : Tambah Follower Bertubi-TubiMy Profile

  5. aduh…kenapa sampai mcm tu sekali…kalau tak nak anak jgn buat anak lain kali..

  6. Mak dia nie ada masalah mental nie…
    Izzuddin Fauzi recently posted..Blogger KedekutMy Profile

  7. Kesian kan anak jadi mangsa akibat ketidakwarasan si ibu-bapa! Teringat kes seorang pelajar terjun tingkat 3 bangunan sekolah akibat tidak tahan tekanan apabila ibu bapanya bercerai!
    teratai recently posted..Kerutuk AyamMy Profile

  8. ibu bapa harus jaga tingkah laku ketika emosi..
    semoga adik cepat sembuh..
    HafizAmri recently posted..Tips Menduduki PeperiksaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge