Kenapa Doktor Tu Sombong Sangat?

Aku suka baca kisah ni, satu pengajaran yang perlu kita ambil iktibar. Aku terbaca kat Facebook.  Bila dah baca, kita boleh tahu sama ada doktor tu sombong atau sebaliknya.

Mungkin ramai yang dah tahu kisah ni, tapi sekadar nak kongsi dengan rakan pembaca yang ingin tahu kisah di sebalik doktor sombong ni.

– Kisah Pengajaran Dari Hospital –

Doktor

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.

Dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan. Dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.

Apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak..

“Kenapa kamu ambil masa yang lama untuk datang..?? Kamu tahu tak anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? Kamu tak ada rasa bertanggungjawab ke..??”

Doktor tersebut tersenyum dan berkata :

“Saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yang mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya..”

“Bertenang kamu kata..?! Kalau anak kamu berada dalam bilik 2 sekarang ni, bolehkah kamu bertenang..?? Kalau anak kamu mati sekarang ni apa yg kamu buat..??” kata si ayah dengan marah..

Si doktor tersenyum lagi & berkata :

”Saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang suci.. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali, doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yang terbaik untuk anak kamu..”

“Memberi nasihat bila kita tak mengalaminya memang senang..!” kata si ayah..

Pembedahan tu mengambil masa beberapa jam..
Tak lama kemudian, si doktor keluar dengan wajah tenang dan senyum.

“Alhamdulillah..anak anda selamat..!”

Dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah.

“Kalau kamu ada sebarang soalan.. Kamu boleh tanya jururawat..”

“Kenapa doktor tu sombong sangat..?”

Tak boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dapat tanya beberapa soalan tentang anak saya..?! Komen si ayah selepas melihat jururawat..

Jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya :

“Anaknya meninggal dunia semalam dalam kemalangan jalan raya. Dia berada dalam upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya untuk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa untuk ada sehingga selesai upacara pengebumiaan anaknya..”

MORAL : “Never judge anyone because you never know how their life is & what they’re going through…”

Apa pandangan korang tentang kisah pengajaran ini? Terasa sedih dan simpati tak?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

14 thoughts on “Kenapa Doktor Tu Sombong Sangat?

  1. Sebenarnya lelaki itu yang sombong, tak tahu hormat orang, dan anggap diri dia sendiri je yang betul.
    Cikgu Hairul recently posted..Creative Picture From The RiverMy Profile

  2. Emm….maybe doc tu tgh serabut kot…along tgh cari dia ke…mane kita tau kan…tp kena respect doc tu..sebab dia profesional…

  3. celah mana sombongnya doktor tu? gua tak nampak pun..
    titan recently posted..Gua bukan Pakar SEO.My Profile

  4. dia sombong munkin dia ada masalah kot, tapi kalau selalu je sombong memang bermasalh,
    Travel-Zoom recently posted..Tips on Buying Cheap TicketsMy Profile

  5. sedih jugak baca kisah ni.. si bapa tu pulak dah tau anaknya memerlukan doktor lagi mau bebel2 lengahkan masa..

    bagus dijadikan iktibar kisah ni.. 😀
    fariq recently posted..Aurora: Fenomena Cahaya Di LangitMy Profile

  6. Doktor juga manusia. Mula-mula lihat beberapa kenalan doktor yang merokok rasa janggal pada mulanya. Persepsi masyarakat doktor seorang insan baik sebab itu ada kajian umum dimana doktor ada tersenarai diatas sebagai orang yang dipercayai.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – Nikmat Walls Magnum AlmondMy Profile

  7. manusia akan pentingkan diri sendiri bila keadaan terdesak dan situasi genting….
    rasa ralat & sedih…
    sukma recently posted..WORDLESS WEDNESDAY # 04My Profile

  8. uhuhuh mulia nye hati doctor tu .. uhuhuh
    fazilzura recently posted..FAB BABY BAZAAR’s NEXT TOP MAMA!!!My Profile

  9. manusia memg pentingkan diri..sbb tu bile keadaan marah apa yg dorg pikir cuma diri mereka tp memikirkan keadaan org lain…
    nurul azieyan recently posted.." Topup Giveaway by SD and Mailey "My Profile

  10. doktor pun hanya manusia biasa kan….?
    Ayie Abas recently posted..WEEEHU! PESERTA GA PGGP & DAKU AMATMy Profile

  11. sebab tu tak boleh menilai orang dari luaran..dan kena jaga tutur kata dan bersabar dalam apa jua keadaan…moga kita kuat berbuat demikian
    kniedaz recently posted..Red Warrior Fanatic FansMy Profile

  12. Ye… dia sombong pada mata kasar tanpa kita sedar apa yg dialaminya
    mama adam recently posted..WW : Tips Bercakap Dengan AnakMy Profile

  13. okey , cukup tersentuh hati dengar cerita nie.
    Wana wazm recently posted..Tambah Pendapatan Anda Dengan JobDiRumah!My Profile

  14. sedihnyaaa ,, kesian doktor tu 🙁
    Nana AMeer recently posted..Dreamsister shoppe =)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge