Kenapa Aku Memilih Buat Blog ?

Nak Cari Duit Lebih?

Tidak dinafikan , aku buat blog untuk cari duit lebih di internet. Boleh dikatakan majoriti rakan blogger yang lain pun buat blog untuk cari duit lebih dengan ikut program-program affiliate, adsense, nuffnang atau apa-apa program yang boleh hasilkan duit.  Aku memang minat  perniagaan internet ni. Tapi, aku buat blog juga untuk kongsi cerita, pengalaman, pendapat dan ilmu sedikit yang aku ada dengan blogger yang lain. Harap dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sekurang-kurangnya ada juga pahala dari ilmu yang kita kongsi.

Aku sebenarnya sangat lemah dalam bahasa. Masa zaman sekolah dulu, aku rasa susah sangat nak buat karangan, memang bahasa Melayu dan English orang kata tak “expert” la. Hehe. Aku pun tak suka baca buku, zaman budak-budak dahulu aku hanya akan membaca kalau ada exam sahaja. So, Novel-novel atau majalah aku tak layan sangat. Tapi Alhamdulillah, sejak aku mengenali dunia blog ni, aku mula minat membaca, aku suka blog walking, tengok dan baca blog orang lain dan beri komen, terasa seronok pula.
Masa tu lah aku mula terfikir , apa salahnya kalau aku ada blog sendiri juga, ada followers dan readers sendiri, so harap-harap dapat juga tingkatkan bahasa aku ni..hehe..bahasa pasar pun jadilah.. :lol:

Dengan berblogging juga, orang kata kita boleh dapat ramai kawan .. tak kisahlah rakan online atau rakan blogger pun adalah kawan juga kan.. yang penting, kalau nak cari kawan, kita cuba elak buat post atau artikel yang mengutuk atau memburukkan orang lain..betul tak?

Sapa-sapa sudi jadi rakan online aku, boleh lah join fan BloggerWanita.com. Klik Sini

Photo credit to iNetSeed

Setakat ini post aku kali ini..nanti aku update lagi.. :-D

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Mrs beauty 07/04/2012 at 9:35 pm

    Tujuan berblog yang pertama adalah berkongsi2 ilmu, Info, Pendapat disamping menambah pendapatan…
    Mrs beauty recently posted..How And Why Your Skin AgesMy Profile

  • Hilmi 28/03/2011 at 12:51 am

    Salam sis, dengar cite minat affiliate. :)
    Sis tryla masuk website ni
    http://aleacorp.com/v1/?ref=company

    InshaAllah mmg nak tolong org kite.
    kalau sis x pahm ke ape, bley la call 0174513304.
    Same2 kite bantu.

    • Aya 28/03/2011 at 12:12 pm

      salam hilmi… nampak macam menarik ..tapi sis memang tak faham konsepnya.. :( ..

  • izul 13/08/2010 at 4:52 am

    Sala.. blogwalking from Ohmalaysia kenapa ambik medicine punyer post.. hehe. A newbie for commercial blog. hehe

    Bolgwalking best kenal ramai org :D

    • Aya 05/12/2010 at 8:34 pm

      salam perkenalan izul.. teruskan blogwalking..

  • keyyah 25/04/2010 at 7:45 pm

    ya ya sy setuju..dgn berblogwalking, byk info yg boleh kita dpt.lg best dr bc buku..hehe

    • Aya 26/04/2010 at 12:08 am

      memang betul tu :)

  • kuyam 04/04/2010 at 2:49 pm

    hepi blogging :D

    • Aya 04/04/2010 at 6:48 pm

      Hepi Blogging tu Kuyam :)

  • dinsblog 02/04/2010 at 11:28 pm

    selamat berblog.. :)

  • zikr 02/04/2010 at 2:25 am

    dah jadi rakan bloggerwanita.. walaupun lelaki , boleh join kan kak.. :-)

    • Aya 03/04/2010 at 12:40 am

      Boleh Zikr, Rakan BloggerWanita.com termasuk lelaki gak

  • fatint 02/04/2010 at 1:13 am

    sama..saya pun tak suka membaca buku..
    tapi saya lebih suka baca blog..lebih interaktif..
    salam perkenalan kak aya :) hehe..

    • Aya 03/04/2010 at 12:35 am

      Salam Perkenalan Fatin. :)

  • etomyam 01/04/2010 at 10:20 am

    Salam,
    sangat setujul tu, belajar bahasa dan penulisan perlukan latihan setiap hari, saya pun nak kawan dengan bloggerwanita.com :D

    • Aya 01/04/2010 at 5:19 pm

      mari kita sama-sama belajar bahasa ya..kot-kot boleh jadi pakar bahasa..hehe