3 Sebab Blogger Perlu Memiliki Gravatar

Sebelum ini, Aya ada menerangkan apakah itu Gravatar dan bagaimana cara untuk mendaftar di Gravatar.com. Rakan blogger sudah berjaya mencipta gravatar sendiri yang sesuai?

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

Baiklah, Kita teruskan topik kita hari ini.

Kenapa seseorang blogger memerlukan gravatar? Apakah kepentingannya?

Sebenarnya, ada beberapa sebab blogger perlu mempunyai gravatar sendiri. Antaranya adalah:

Kepentingan Gravatar untuk Blogger

1. Penjenamaan Blog dan Kredibiliti Blogger

  • Gravatar mampu mengembangkan jenama sesebuah blog dan kredibiliti seseorang blogger. Bagaimana?
  • Jika seseorang blogger meninggalkan komen dengan gambar gravatar yang sama di mana-mana blog yang dilawatinya, maka secara tidak langsung, blogger tersebut akan lebih dikenali berdasarkan gravatarnya.
  • Bayangkan jika blogger tersebut memberi komen yang membina dan dapat menyelesaikan masalah blogger lain, maka kredibiliti blogger juga tersebar. Blogger lain akan rasa ingin tahu, siapakah sebenar pemilik gravatar tersebut. Maka, mereka akan melawati blognya.

2. Trafik Blog

  • Gravatar mampu menarik trafik ke blog. Bagaimana?
  • Jika blogger meninggalkan komen di blog orang lain dengan gambar gravatar yang unik dan menarik. Sudah tentu orang lain akan klik gravatar dan seterusnya melawat blog tersebut. 1 klik yang terhasil membawa 1 trafik ke blog. Wahai Blogger! gunakan gravatar sebaik mungkin ye.

3. Hubungan Baik Antara Blogger Terjalin

  • Pernahkah korang klik gravatar blogger yang selalu memberi komen di blog korang?
  • Gravatar memainkan peranan penting dalam membina hubungan antara blogger. Pemilik blog akan rasa ingin mengenali pemilik gravatar yang setia sebagai pembaca blognya dan pemilik blog itu juga mungkin akan lebih kerap singgah ke blog pembacanya.

Boleh faham kenapa gravatar penting untuk seseorang blogger? Kita perlu menggunakan kelebihan gravatar dalam usaha menyebarkan jenama blog kita.

Ada sebarang tambahan kenapa blogger perlu ada gravatar? Jom kongsi..

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

22 thoughts on “3 Sebab Blogger Perlu Memiliki Gravatar

  1. Penting rupanya gravatar nie. saya selama nie buat taktahu je. >.<
    Anis recently posted..Happy Birthday To Me ^_^My Profile

  2. Hehe..memang betul kan..kadang kita nak tgok gak muka pemilik blog..hehe
    Hafizul recently posted..Sekeping Nota Untuk AyahMy Profile

  3. saya sangat setuju dengan pendapat ini…dulu orang popular siber forum dengan menggunakan gravatar..lagi unik lagi mudah mendapat perhatian.
    kakiblog recently posted..Pencarian 10 Mentor Blogger Terbaik MalaysiaMy Profile

  4. tak penting sangat bagi gua. Ada ke takde, takde masalah dengan gua. hoho.
    titan recently posted..Buat Duit dengan PostlinksMy Profile

  5. baru je nak gih daftar nih 🙂
    Shasha recently posted..Kerja sudah siapMy Profile

  6. wah bestnyerr. baru tahu pasal avatar nih. hihi
    Shasha recently posted..Kerja sudah siapMy Profile

  7. Rugi tidak menonjolkan wajah kacak dan jelita. 🙂
    akubiomed recently posted..Acer & Intel “PLAYsure Redefined” Party yang ultra awesomeMy Profile

  8. wouwww,,,seperti itu ya rupanya,,aku akan ganti deh dengan gravatar yg menarik
    Leny recently posted..Bedah dan hernia nucleus pulposus (HNP)My Profile

  9. hm , ada btulnya ckap kaq aya tu. tp sy blum lg mmbuat gravatar , insyaAllah , kalau brksempatan sy akn wat. thanks. ats informasinya. =)
    Wana wazm recently posted..Ibu Mertua Ulas Kenyataan Farid KamilMy Profile

  10. Selamat bergravatar Rina.. 🙂
    Aya recently posted..AC Mizal Beli Kapal Terbang Air Asia Jutaan RinggitMy Profile

  11. benar juga ya kalau kita memiliki gravatar akan makin banyak manfaat yang akan kita petik.. mungkin saya perlu memiliki gravatar juga
    terima kasih atas sarannya …
    Rina recently posted..Project : Make A Google Pagerank Prediction ToolMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge