Kekurangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012

Assalamualaikum semua, semalam adalah majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke- 26. Hari ini aku sekadar nak beri pandangan tentang majlis ABPBH semalam yang ditayangkan secara langsung melalui TV3, Secara keseluruhannya, majlis tersebut adalah memuaskan. Aku suka gabungan  pengacara antara Fara Fauzana, Zizan dan Johan, memang menyeronokkan dan kelakar. Pentas pun menarik.

Oh ya, Tahniah juga buat Shaheizy Sam kerana telah berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular 2012. Bagiku, antara Aaron Aziz dan Sam je yang boleh menang. Hee.. Sam memang seorang pelakon yang sangat berbakat. Sam boleh bawa watak baik, jahat, gangster, kelakar dan macam-macam lagi. Dia memang layak untuk menang.

Sam Shaheizy  Anugerah Bintang Paling Popular 2012
Sumber: mStar

Kekurangan yang aku perhatikan adalah keadaan majlis sedikit kelam kabut. Maksudnya, kelihatan setiap pengacara dan penyampai anugerah begitu tergesa-gesa mengumumkan pemenang. Mungkin masa yang disediakan agak singkat. Zizan Razak yang dapat anugerah Artis Komedi Paling Popular pun, terpaksa tergesa-gesa terima hadiah sebab mungkin masa tu  dia kena tukar pakaian sebagai pengacara kot. Baju memang tak teraturlah.Hehe. .

Ceh.. aku jadi pengkritik pula. Hehe.. Tapi ini semua untuk kebaikan gak. Betul tak? Tapi overall, majlis ABPBH 2012 memuaskan. Rasanya, ini pertama kali tengok ABPBH sampai habis sebab tengah bercuti. ^_^ . Apa pula pandangan korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

20 thoughts on “Kekurangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012

  1. tak tengok pun ABPH tahun ni..next year maybe..memang sam layak menerima anugerah tu..
    Sharafie recently posted..25 Ciri-Ciri Perempuan Membuatkan Lelaki MeluatMy Profile

  2. saya pula tak taw mengenai anugerah ni .. tak tengok tv dan tak ada tv .. oh..

  3. bukan tiap-tiap tahun macam tu kerr..biasalah tu..
    titan recently posted..Encik Gula jahat!My Profile

  4. Terhibur sangat bila masa parody Johan tu xD
    Nana AMeer recently posted..APRIL FOOL !! mengapa ia haram untuk disambut?My Profile

  5. ayie tgok sikit jer mula2…lepas tu ayie dah x tahan tgok..cakap byk merapu…rasa malu pulak tgok…
    Ayie Abas recently posted..Suami Hadiah Surah At-Tahrim Untuk IsteriMy Profile

  6. tu lah. tiap kali masa nak umum pemenang, baru cakap sikit, terus umum. macam takde suspen

  7. x sempat nak tengok Anugerah nie.. huhu…
    HafizAmri recently posted..Masalah Kesukaran TidurMy Profile

  8. Apa-apa pun, lawak Johan tetap terbaik. Haha.
    Zulhilmi Zainudin recently posted..(VIDEO) Pengorbanan Seorang Ayah Untuk Anaknya Yang ‘Buta’My Profile

  9. hehe…betul r ar tu..xde suspen..mmg cpt sgt bg taw kptsnnyer..
    ivy recently posted..Giveaway BFF FOREVERMy Profile

  10. baju najwa cantik.. 🙂 sebab tertutup..tp pling x sangka dgn fida.. sebelum ni elok je cara pkai..tp semalam mmng diluar jngkaan..dia pakai sluar..tp ketat sngt kan.. 🙁
    kalau artis lain like rozita, nabila tu sume, dh tahu mcm mna..cuma sedih sebab fida bertudung.. 🙁
    Mimie Najib recently posted..GANJARAN Wang Tunai RM5,000 untuk BloggerMy Profile

  11. haah, nampak macam kelam kabut semacam je tapi okelah. saya nak komen lebih lebih pun takleh sebab tetido time tengok. bhahahaha >.<
    Anis recently posted..Tips Mengawal Nafsu MakanMy Profile

  12. Sesuatu yang tidak dijangka pengacara juga terpilih sebagai pemenang.
    akubiomed recently posted..Peti sejuk Mitsubishi Electric L4Grande direka untuk keluarga besarMy Profile

  13. pada sy, ok je..tapi yng tak berapa sedap mata memandang bila tengok pakaian artis.. nak2 yang ppuan.. mcm kurang kain je.. ptutnya segan la sikit.. mngkin stndby cuaca pnas kut..
    Mimie Najib recently posted..GANJARAN Wang Tunai RM5,000 untuk BloggerMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge