Kejam ! Lelaki Dibakar Hidup-hidup

Kejamnya bila orang dibakar hidup-hidup. Aku rasa itu salah satu cubaan bunuh yang sangat kejam dan orang yang melakukan kekejaman tersebut patut dihukum seberat-beratnya.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

api-bakar

Aku rasa simpati bila aku baca berita tentang seorang lelaki iaitu Muhammad Syahirudin Mohd Shauki, 20 tahun dibakar hidup-hidup di ladang kelapa sawit di Sungai Tengi, Selangor selepas dibawa tiga lelaki menaiki kereta. Dia disimbah petrol seluruh badan dan dibakar. Dikatakan dalam keadaan terbakar, lelaki tersebut terjun ke longkang untuk memadamkan api sebelum membuka pakaian yang hangus dan berjalan 400 meter meminta bantuan.

Dikatakan juga seluruh badan dan muka lelaki tu terbakar, kulit menggelupas dan kehitaman dan rambutnya juga terbakar. Dia terbakar 80 peratus badannya dan kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital SUngai Buloh. Motif kejadian belum diketahui.

Kejamlah! Sedangkan kena minyak masak pun dah sakit, inikan pula terbakar. Kan bagus kalau Malaysia laksanakan hukuman Qisas. So, penjenayah tu juga boleh dihukum bakar hidup-hidup gak. Biar dia rasa apa orang yang dia bakar tu rasa. Betul tak? Apa komen korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

5 thoughts on “Kejam ! Lelaki Dibakar Hidup-hidup

  1. sudah demikian parahnya moral seseorang sehingga mau melakukan hal keji seperti itu, seolah-olah dia adalah penentu nasib orang lain,,,
    nobay recently posted..Enjoy the Best Restaurants in Tokyo, JapanMy Profile

  2. Setuju sangat2 la, Biar yang buat jahat 2 merasai kesakitan sama macam dia buat kat orang 2…

  3. setuju kalau hukum islam dijalankan rasanya ramai tak berani buat jahat 🙂

  4. Lama dah setuju dengan pendapat ini. Cuma Kerajaan Malaysia masih lagi belum setuju melaksanakan undang-undang Qisas (Hudud). Apakah sebabnya? Saya rasa mereka (kerajaan) takut akan terkena ke atas diri masing-masing sebab banyak melanggar hukum ALLAH ni kan? Saya pun takut..Semua orang pun takut…
    jadi atas dasar itulah kita mesti berjaga-jaga & berhati-hati supaya tidak melanggar hukum ALLAH.
    Oleh itu, dunia akan aman dari jenayah.
    kalau berani langgar hukum ALLAH, maka bererti beranilah tanggung hukumannya sebab manusia mempunyai otak yang sihat dan boleh berfikir secara sihat.
    Orang tak sihat seperti gila tidak dikenakan hukuman Qisas.

  5. setuju dengan pendapat anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge