Kebakaran Di Hospital

Semalam, terlalu penat sampai takda masa nak update blog. Latihan kebakaran atau Fire Drill dibuat di Hospital tempat aku kerja. Latihan ni penting sebagai langkah keselamatan kalau ada kebakaran betul-betul berlaku di Hospital.

Penat juga sebab semua pesakit kena dibawa keluar dari wad. Kasihan kat ibu-ibu yang sarat mengandung berlari keluar dari wad. Semua pesakit fikir, kebakaran benar-benar terjadi. Siap aku terdengar, si Suami, salah seorang pesakitku berkata kat isteri dia, “Lari keluar jak, biar lah barang tu, selamatkan nyawa dulu”. Seorang lagi si Suami berkata kat isterinya, “Tak nampak pun asap”. Aku tersenyum melihat si Suami tersebut.

Ibu yang baru jak habis bersalin pun turut bergegas keluar bersama bayi mereka, keluar dari wad. Tambahan lagi, kami terpaksa berkumpul di padang, di bawah panas terik matahari.

latihan kebakaran di hospital

Photo Credit : Do2Learn.com

Apa-apa pun, walaupun penat, tapi pengalaman yang menarik berlaku pada hari tu. 🙂

13 thoughts on “Kebakaran Di Hospital

    1. Akak pun beberapa bulan yang lepas, ada gak training buat latihan bencana atau disaster drill kat kilang minyak sawit.. akaklah pelakon utama, doktor yang mula-mula datang di tempat kejadian..hehe.. panas gila.. kononnya, kilang tu meletup, jadi apa yang perlu paramedik , bomba dan polis kena buat.. seronok gak..walaupun sunburn..huhuhu

    1. Wah, kalo Aya.mungkin terus terjun ke laut masa firedrill sebab terkejut..hehehe.. But , itu pengalaman yang best kan..

  1. salam kak..
    akak nie dctr ek? sy ade gakla bce2 komen2 akak kat blog ohmalaysia.com psl course medic..sy lepasan matrikulasi.. n tgh2 cnsider nk apply medic.. kalau sy nk tnye ape2 kat akak boleh x? 🙂

      1. hehe.. hebatla akak nie.. wlupun bz dgn kerja sbgi dctr tp smpat lg nk on9 utk blogging.. 🙂
        btw kak.. ssh x mse study kat U dlu?

        1. Secara jujur, memang susah.. stress, penat dan macam2 lagi..bila mula kerja, lagi stress..huhu..tapi bila dah lama kerja skit, Alhamdulillah ada ok skit…mungkin dah biasa…

          🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge