Ke Hujung Nyawa, Bayi Cirit Birit & Muntah-muntah!

Semalam adalah oncall aku yang busy, langsung tak dapat rehat. Apa taknya, banyak pesakit yang perlu ditahan wad  dan salah seorang adalah bayi berusia 23 hari dimasukkan ke wad sebab cirit-birit dan muntah-muntah selama 3 hari sampai jadi kering gila da, sampai bayi ini tak stabil. Peluang hidup memang 50-50 la. Bayi ini terkena jangkitan pada usus atau kita panggil Acute Gastroenteritis.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

So aku berusaha juga untuk selamatkan bayi ni, siap ganti air ke dalam badan dia melalui salur darahnya, bagi antibiotik yang kuat, bantuan pernafasan dan macam -macam lagi tapi keadaan dia masih tak dapat distabillkan sebab terlalu kurang air dalam badan sampai buah pinggang dia sedikit rosak dan badannya agak berasid disebabkan kekeringan melampau. Jadi, aku pun rujuklah bayi ini ke hospital lain yang ada pakar kanak-kanak. Kes bayi ini diterima. Dalam proses buat persiapan untuk hantar bayi ini ke hospital pakar. Tiba-tiba ayahnya dan keluarga terdekat tidak setuju la pula untuk dipindahkan sebab:

1. Masalah kewangan: risau pembayaran yang mahal kalau dihantar ke hospital pakar.

2. Kepercayaan: Mereka percaya yang bayi ini sakit disebabkan oleh keturunan ayah dia yang sedikit membawa keturunan yang agak tidak baik. Jadi nak cuba rawatan kampung.

Punyalah aku stress bila ibubapanya pula yang macam ambil tak kisah tentang bayi ini. Dahlah comel. Aku pun terangkan semula pada keluarga bayi ni yang bayi mungkin boleh diselamatkan kalau kita dapat bagi antibiotik yang lebih kuat dan rawatan yang rapi di hospital pakar. Aku pun membebel juga skit. hehehe.. yela duit lagi penting dari nyawa anak dia, apa aku tak bengang. huhu. Opps..emosi plak..sori… hehe.. Akhirnya diorang pun setuju. Alhamdulillah.

Apa-apa pun moral of the story, pastikan korang ambil serius kalau budak-budak berak cair atau cirit-birit dan muntah-muntah sebab cenderung dapat dehydration atau kekeringan badan yang melampau. Tambahan lagi, kalau dia tak nak makan atau minum.

Mesti korang nak taukan macam mana nak tau budak ni kering atau tak?

  • Kanak-kanak akan kelihatan susut berat badan.
  • Mereka akan kuat minum tapi bila dah terlalu kering, minum pun dah tak larat.
  • Kanak-kanak tu akan nampak tidak aktif, lemah, suka tidur je.
  • Matanya akan cengkung atau termasuk ke dalam
  • Apabila bayi atau kanak-kanak tu menangis, air matanya kurang atau langsung takda.
  • Kulit, bibir dan lidahnya akan kelihatan kering
  • Air kencing dia kurang dan warna pekat kekuningan
  • Tangan dan kaki dia sejuk bila dah terlampau kering

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar hiasan yang aku jumpa kat Google.

bayi-kulit-kering

Kulit terlampau kering

 

bayi-dehydarationBayi yang terlampau kering meninggal dunia

 

 

Di atas ni, antara tanda-tanda bayi atau kanak-kanak kekurangan air dalam badan.

Nak tahu lebih lanjut, boleh layan symptoms of dehydration

Cegah lebih baik dari mengubati! Apa komen korang?

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

3 thoughts on “Ke Hujung Nyawa, Bayi Cirit Birit & Muntah-muntah!

  1. tanda2 awal ade tak. coz dgr2 ramai sedara mara saye kena nih. dlm lingkungan rumah yg jauh gak.

  2. Ya Allah, sedihnya tgk gambar2 tu…. =(
    ren recently posted..❤ Birthday! ❤My Profile

  3. fuhh..sedih gila..
    titan recently posted..Dendam Chong Wei berbalasMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge