Kagum! Pembantu Rumah Indonesia Berjaya Menerima Diploma

Seorang Amah Indonesia telah berjaya mendapat segulung Diploma dalam jurusan Pengurusan di Konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ke-10 , Kuala Lumpur, semalam.

 

sarmini-muhyadi-gambar

Photo credit to Nst.com.my

Sarmini Muhyadi mendapat tepukan paling gemuruh semasa menaiki pentas.

sarmini-muhyadi-bersama-majikan

Tan Choo Tang, 56, dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, telah membiayai sebahagian besar kos pengajian Sarmini, 28, yang bekerja dengan mereka sejak tujuh tahun lepas, selepas pembantu rumah itu menyatakan hasratnya untuk kembali ke Indonesia bagi melanjutkan pengajiannya pada 2007.

Choo Tang yang bertugas sebagai pensyarah sebuah kolej swasta, bagaimanapun telah memujuk Sarmini untuk terus bekerja dengannya sebagai pembantu rumah sambil melanjutkan pelajarannya di sini dengan bantuan Choo Tang, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga mencarikan institusi pengajian tinggi yang sesuai.

Sarmini dari Kampung Bayunmas, Jawa Tengah walaupun terpaksa menjalani pengajian separuh masa sambil bekerja sebagai pembantu rumah selama empat tahun, telah berjaya memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39- Kosmo-

Bukan sahaja majikan yang bangga dengan kejayaan Sarmini , tapi aku pun bangga juga bagaimana seorang pembantu rumah mempunyai keinginan menambah ilmu walaupun bersusah payah mencari rezeki di negara orang. Ini patut yang patut kita contohi. Kesusahan tidak menghalang kita menuntut ilmu untuk masa depan. Aku pun kagum dengan majikannya sebab baik dan menjaga kebajikan pekerjanya. Inilah yang kita mahukan dari majikan, bukannya mendera atau menindas. Betul tak?

Tahniah buat Sarmini. 🙂 Kalau Sarmini boleh belajar bersungguh-sungguh walaupun sambil bekerja sebagai Amah. Kita pun patut menuntut ilmu dengan lebih lagi bersungguh-sungguhnya.

14 thoughts on “Kagum! Pembantu Rumah Indonesia Berjaya Menerima Diploma

  1. kita semua sama , di mata Tuhan tak ada bedanya … ini pelajaran buat kita bahwa dengan status apapun apabila kita hendak belajar dengan sungguh-sungguh , cita-cita dapat dicapainya ….salut juga untuk Tan Choo Tang, dan isteri, Wee Phooi Khuan ini membuktikan bahwa kita bersaudara , serumpun ….
    joy recently posted..What to be Expected from Online Betting DirectoryMy Profile

  2. Majikan yang sungguh baik, memberi contoh kepada kita semua bahwa semua orang adalah sama, mempunyai hak dan kesempatan yang sama, jangan dibeda-bedakan karena dia siapa,,,mudah2an ini dapat membuka mata dan hati banyak orang bahwa berbuat kebaikan dapat dilakukan tanpa ada batasan dan dinding pemisah,,
    yonobae recently posted..Cheapest, Priciest Car Insurance by LocationMy Profile

  3. KES2 KEJAYAAN SEPERTI INI JARANG2 DITONJOLKAN DI MEDIA2 DI INDONESIA…SEBALIKNYA YANG SELALU DI HEBOH2KAN ADALAH KES2 PENDERAAN PEMBANTU RUMAH MEREKA YG ADA KALANYA MEMBUAT HUBUNGAN KEDUA2 BUAH NEGARA JADI TEGANG.

    1. Kadang-kadang orang lain menghebohkan cerita yang tak sedap didengar macam penderaan ni, hopefully, media Indonesia tunjukkan lah cerita ni sebagai satu langkah bina hubungan yang baik antara 2 negara ni.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge