Juara Model Tudung Fareeda 2012

Sebelum ini, aku ada post tentang siapakah model tudung Fareeda 2012?
Akhirnya terjawab gak..

Sebenarnya pemenang pertandingan Pencarian Model Tudung Fareeda 2012 adalah seorang peminat tegar tudung Fareeda. Noor Aqilah Nadhirah Mohd Yazif, 20 tahun adalah Juara Pencarian Model Fareeda 2012.

Noor Aqilah Nadhirah Mohd Yazif

Noor Aqilah adalah pelajar tahun pertama dalam bidang Pengurusan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan beliau telah membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM3000.

Dikatakan Noor aqilah ini adalah peminat tudung Fareeda sejak tingkatan 5 lagi..Sekarang ni, sudah mempunyai lebih 50 koleksi tudung jenama fareeda. Wow! banyak gak tu..

Tahniah buat adik Noor Aqilah

– Titan, jangan kecewa, Titan tak dapat menang.Hehehe-

16 thoughts on “Juara Model Tudung Fareeda 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge