Janganlah Bercerai Saida, Kakak Siti Nurhaliza

Aku baru dapat tahu bahawa Kakak kepada Siti Nurhaliza iaitu, Saida atau nama sebenarnya Siti Nursaida Taruddin, telah menfailkan permohonan untuk bercerai secara baik ke atas suaminya, Mohd Ghazali atas alasan mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan telah mengalami masalah yang tidak dapat didamaikan.

rahsia-buat-duit-video-youtuberahsia-buat-duit-video-youtube

saida-nursaida-taruddin-cerai

Info dari MStar:

Mohd Ghazali Yahya Zikri seterusnya mendakwa, dia pernah berjumpa Saida dengan lelaki tersebut yang bernama Hafiz Che Mat berada di dalam sebuah kereta di Balakong, dekat sini.

“Saya telah tanya pada lelaki itu jika dia tahu Saida adalah isteri saya? Waktu itu, Saida menjawab lelaki itu mahu memulangkan telefon bimbit miliknya.

“Saya rampas telefon bimbit tersebut dan jumpa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi perkataan seperti sayang, rindu dan sebagainya,” katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu.

Lelaki tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia mempunyai bukti iaitu bil telefon menunjukkan Saida yang juga kakak kepada penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza menghabiskan masa berjam-jam untuk berbual dengan lelaki itu.

“Bila saya siasat dia tidak mahu mengaku. Tapi bila saya sudah jumpa gambar-gambar dan SMS ada sayang, itu bukan rakan biasa.

“Saya sangat sedih, kecewa dengan isteri saya. Dahulu, dia seorang yang sangat lemah-lembut dan sekarang lupa tanggung jawab.

“Saya harap hakim boleh beri nasihat. Apa salah saya sehingga dia buat begini? Saya kasihankan anak-anak. Mereka sampai tidak pergi ke sekolah. Dulu dia tidak begini,” tambahnya.

Selain itu, Mohd Ghazali juga memberitahu, dia tidak melihat masalah besar dalam perkahwinan mereka yang boleh membawa kepada perceraian, sebaliknya hanya masalah-masalah kecil.

Saida pula memberitahu, dia telah meminta cerai sejak tahun 2008 kerana tidak boleh menerima suaminya ekoran tiada persefahaman.

gambar mohd ghazaliPhoto credit to mStar

 

Aku pun tidak tahu siapa yang benar atau tidak. Tapi harap Saida fikirkanlah tentang perkahwinan yang telah dibina selama 15 tahun dan 4 orang anaknya yang akan memberikan impak yang tidak baik kepada mereka jika perceraian ini berlaku.

Bagiku, Mungkin tindakan suami yang mengongkong kegiatannya adalah tindakan sebenar seorang suami, iaitu cuba menghalang isterinya buat benda-benda yang tak elok.  Aku rasa Saida pun tahu, dalam dunia hiburan ini, orang sangat cenderung membuat kesilapan yang mungkin sengaja ataupun tidak.  Janganlah kerana dah popular dan dah ada kebebasan , terus lupa tanggungjawab terhadap suami dan anak. Nobody is perfect. Learn from mistakes dan improve ourself. Jangan lari dari masalah tapi cuba selesaikan. Ok

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Langgan Percuma
Dapatkan TIPS blogging, perniagaan & pemasaran internet dari Dr Aya Norbayah, Founder BloggerWanita.com & Laporan Percuma TOP 10 Jutawan Internet & Teknologi Di Dunia.
We respect your privacy.
About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

15 thoughts on “Janganlah Bercerai Saida, Kakak Siti Nurhaliza

  1. tak tahu yang mana benar. Tapi kalau betul apa yang suami dia kata tu..ceraikan ajela..pempuan macam tu. siap saida yang minta cerai..nampak sangatla dia tak suka suami dia dahh..
    titan recently posted..Komisen kedua dari BidtrafficMy Profile

  2. Di dalam islam perceraian adalah salah satu hal yang paling tidak disukai oleh Allah SWT. Semoga diberikan jalan yang terbaik untuk rumah tangga mereka, dan masalah yang ada juga dapat cepat selesai tanpa harus ada perceraian. Karena dalam perceraian anak-anak lah yang akan menjadi korban nya, jadi semoga bisa dipikirkan kembalio keputusan nya, kesampingkan egois perasaan sebagai orang dewasa, bersikaplah sebagai orang tua yang selalu mementingkan anak diatas segalanya.
    summersheree recently posted..Wela Business Opportunity Review – Scam or Legitimate Home BusinessMy Profile

    • Setuju tu..kesian kat anak-anak tu..masih kecil lagi.. tidak adil biarkan anak-anak macam tu disebabkan sikap ego kita..

  3. Kalau betullah apa yang diceritakan oleh suami saida ni, bertaubatlah dengan segera. Ingatlah syurga isteri di bawah tapak kaki suami.

    Redha Allah pada seorang isteri terletak pada redha suaminya.
    PakarBuahPinggang recently posted..Kenali Diabetis Insipidus Bah 1My Profile

    • Mungkin dia nak bercerai sebab tak nak meneruskan kesilapannya terhadap suaminya.. atau mungkin dia malu..tak pastilah juga..harap yang terbaik untuk mereka…

  4. uhh.. x tau sape yang betul dan sapa yang salah..
    laici recently posted..Making Money Is a MindsetMy Profile

  5. sedihnya kalo mendengar kabar tak sedap. semoga cepat ada solusinya

  6. huuish~ sedih jgk tgk rumah tangga org jd mcm ni..lg2 ble ada anak2 yg terkena effect nye nnt..nk ckp byk pun x boleh.. jdkan pengalaman je la..
    aesh came recently posted..Macaroni &amp Triple Cheese – Just like the old timeswith a little bit moreMy Profile

  7. Gara-gara dunia hiburan yang penuh ranjau….beginilah jadinya….. 🙁
    JUTAWANSAWIT recently posted..Thursday Trading Tip- Expected Bearish Tone if Fail to break 3270My Profile

  8. AYA…AYIE ADA BACA BERITA nie DI AKHBAR…SUSAH NAK CAKAP…SI ISTERI DAH TAK SUKA SAMPAI MINTA CERAI…MANAKALA SI SUAMI MASIH CINTA & SAYANG TAK MAHU “MENCERAIKAN”…YG JADI MANGSA ANAK-ANAK…KASIHAN MEREKA.
    APAPUN JIKA SI ISTERI MINTA CERAI TANPA ALASAN YG DIBENARKAN SYARAK MEMANG SATU KESALAHAN & BERDOSA APATAH LAGI JIKA SI ISTERI MAIN KAYU 3 DI BELAKANG SUAMI…
    AYIE MEMANG DARI DULU LAGI TAK SUKA SAIDA nie JADI ARTIS KERANA MERASAKAN DIA TAK CUKUP KUAT HADAPI GODAAN DUNIA GLAMOUR ARTIS…+_+
    AYA…SLMT PETANG….^_^
    Ayie Abas recently posted..Terbaeeekkkkk Dari RawangMy Profile

    • apa-apa pun harap yang terbaik untuk mereka berdua..ini salah satu dugaan yang tuhan bagi kepada hambaNya.. Menguji kita sama ada kita boleh hadapi dengan cara yang betul atau pun tidak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge