Isu Pencerobohan Lahad Datu, Banyak Khabar Angin

Hari ini, aku bekerja seperti biasa. Sehari sebelum bekerja, aku bertanya pengarah hospitalku untuk mengetahui perkembangan tentang isu pencerobohan di Lahad Datu.

“Bos, hari Isnin kita bekerja seperti biasakan?”,

Pengarahku menjawab “Ya, kita bekerja seperti biasa, keadaan masih terkawal”

Alhamdulillah, bila mendengar jawapan dari bosku, maksudnya tiada lagi polis atau penceroboh yang cedera mendapat rawatan di hospital kami. Nasib baik keadaan masih selamat dan terkawal.

Peta Lahad Datu, Kunak dan Semporna
Isu pencerobohan tentera Sulu melibatkan daerah Lahad Datu, Kunak dan Semporna

Namun, pelik juga hari ini, sunyi sepi bandar dan hospital. Banyak kedai yang tutup. Sekolah pun tutup. Pesakitku di unit pesakit luar pula tidak ramai, tak sampai 20 pesakit. Mereka semua risau dan rasa takut, terutamanya sejak kehadiran lelaki bersenjata dan kes serang hendap di Semporna yang telah menyebabkan 6 orang pegawai polis terkorban.

Kenapa boleh jadi begini sedangkan keadaan masih terkawal?.. Sebabnya terlalu banyak khabar angin disebarkan. Ada yang kata, penceroboh datang ke rumah penduduk di sekitar tempat aku kerja untuk mendapatkan bekalan makanan dari penduduk kampung. Ada yang kata, balai polis Semporna diserbu. Ada juga yang cakap, risau penduduk boleh dijadikan tebusan oleh penceroboh.

Terlalu banyak khabar angin yang tak tepat menyebabkan orang ramai risau dan dalam ketakutan. Sehingga beberapa staf hospital pun turut tak datang bekerja sebab takut.

Ada staff bertanya,” Kenapa kita tak bercuti ya, doktor?”

Aku tersenyum dan menjawab, “Kalau semua kakitangan hospital juga bercuti, Siapa nak tengok pesakit kalau ada kes kecemasan atau disaster nanti?”


Mereka pun tersenyum dengan jawapanku.

Kesimpulannya,apa-apa pun, kita janganlah mendengar khabar angin, kita perlu mendapatkan info yang tepat di saluran yang betul. Sebab khabar angin ini menyusahkan pegawai polis menjalankan tugas dan menyebabkan masyarakat semakin bimbang.

Semoga negara kita Malaysia sentiasa aman damai dan semoga pejuang kita yang terkorban diberkati-Nya. Amin. Al-Fatihah

Jika artikel di atas ini membantu, Harap dapat kongsikan dengan klik butang di bawah ini:

Hasil Carian Popular

INFO: Jika rakan-rakan pembaca berminat untuk belajar langkah demi langkah menjana pendapatan online melalui perniagaan dropship & affiliate dalam bentuk e-commerce untuk pasaran antarabangsa, Tuan Nazrin & Tuan Rashvin ada menyediakan satu panduan lengkap & kursus video tutorial untuk newbie, intermediate dan advanced bagaimana menjana pendapatan sambilan dengan mata wang USD.100% Praktikal.

--> Boleh Klik Sini Untuk Daftar < --

About Aya Norbayah
Pengasas & Penulis BloggerWanita.com adalah Dr Aya Norbayah iaitu seorang Ibu, doktor, blogger, Internet Marketer, affiliater, SEO & Graphic Lover dan usahawan internet wanita. Hubungi bloggerwanita@gmail.com untuk pengiklanan di blog ini yang telah mencecah 2 juta pembaca.

16 thoughts on “Isu Pencerobohan Lahad Datu, Banyak Khabar Angin

  1. sy pun ada dgr banyak berita angin yg tak betull .. :’)

  2. […] balai polis terdekat untuk pengesahan info.Apabila terbaca sms ini, betul gak, sebab terlalu banyak khabar angin tentang isu pencerobohan di Lahad Datu, maka masyarakat mula bimbang dan tak duduk senang. nuffnang_bid = […]

  3. kesian polis negara kita. 🙁
    Hiburan recently posted..Polis Pembelot Negara Membantu PengganasMy Profile

  4. betul tu Aya, memang banyak khabar angin ni. paling banyak kat FB lah. mungkin sebab orang awam mula panik, tu yang mencari perkembangan terkini di merata-rata tempat sebab kat tv susah nak dapat info perkembangan terbaru. tapi tulah, banyak info tak rasmi yg tak sahih lah..
    Sya Isya recently posted..KURSUS PERCUMA UNTUK MENJADI USAHAWAN EMAS YANG BERJAYAMy Profile

  5. semoga mereka2 yg berada disana sentiasa berada dibawah jagaanNya terutamanya anggota2 polis dan askar2 yg bertugas.. Amin..
    amy recently posted..Simple Ways to get backlink to your siteMy Profile

  6. fuh, heboh betul isu lahad datu ni ye..
    titan recently posted..Komisen ke 6 dari Panduanbajukurung.comMy Profile

  7. betul aya…org ramai kena pandai memilih berita yang berwibawa dan tidak mudah percaya pd sebarang gambar atau berita yg x sahih…
    Ayie Abas recently posted..Enam Anggota Polis Terbunuh Di SempornaMy Profile

  8. Setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab. Biarlah pihak berkuasa keselamatan menjalankan tugas mereka kerana mereka telah dilatih. Saya percaya pihak keselamatan profesional dan tidak kompromi mengenai keselamatan orang awam.

  9. bahaya ini khabar angin, salah infonya abes semuanya jadi takut,
    fariq recently posted..Pray For Lahad Datu, Semporna & SabahMy Profile

  10. Semoga semua yang ada di sabah baik-baik. Jangan tutup hospital pulak. Kang ada yang nak terberanak susah la pulak..
    Cikgu Hairul recently posted..Sesak, Jem, Jauh Tak Menghalang Kami Bersantai Di Cameron HighlandsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge