Ibu Mengandung yang Terlebih 9 Hari

Seperti biasa, pergi kerja sebelum pukul 8.00 am, dan merawat ibu-ibu yang mengandung di wad bersalin.

Hari ini, aku merawat seorang pesakit iaitu puan Siti ( Bukan Nama Sebenar ) , seorang ibu mengandung yang sudah terlebih 9 hari dari tarikh yang dijangka bersalin, ini merupakan kandungannya yang pertama dan sepanjang mengandung, si ibu tidak mengalami sebarang masalah pada kandungannya.

Ibu Ibu MengandungPhoto credit to Ubiquitous Mom

Aku bercakap dengan si ibu yang kelihatan agak risau kerana takut kena bedah. Aku tersenyum dan menerangkan kepada beliau.

Biasanya ibu yang mengandung dan dah terlebih 9 hari akan kami rujuk kepada hospital yang ada doktor pakar. Doktor pakar akan memeriksa si ibu terlebih dahulu, dan jika keadaaan ibu stabil dan jantung bayi juga stabil, maka akan dicadangkan untuk memasukkan ubat yang kita panggil sebagai Prostin ke dalam salur vagina atau kemaluan si ibu setelah hari yang ke-10 masih tidak bersalin.

Tujuan ubat ini adalah untuk merangsang kontraksi uterus dan pembukaan pangkal rahim supaya si ibu boleh bersalin secara normal. Jika percubaan 2 atau 3 kali ubat dimasukkan dan si ibu belum bersalin lagi, maka keputusan untuk pembedahan akan dibuat dan persetujuan dari si ibu dan suami perlu diperolehi.

Si ibu mula kelihatan sedikit tenang setelah diterangkan.  Aku hanya tersenyum.

Setiap orang pasti akan risau bila bercakap tentang pembedahan dan setiap doktor juga akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pesakitnya dari pembedahan kecuali benar-benar perlu demi menyelamatkan nyawa si ibu dan bayi dalam kandungannya.

Kesimpulannya, nasihat kepada ibu-ibu yang mengandung:

  • Pastikan sentiasa menjalani pemeriksaan di klinik-klinik kesihatan
  • Janganlah disengajakan lewat datang ke hospital setelah terlebih 9 hari dari tarikh yang dijangka bersalin. Ini kerana boleh membahayakan jantung bayi yang mungkin sudah mengeluarkan najis ( meconium ) dalam kandungan tersebut.
  • Jika anda mengalami demam, cecair keputihan keluar dari faraj ( vagina ), jangkitan kuman pada salur kencing dan sebarang masalah kesihatan, segeralah memberitahu doktor anda.
  • Pastikan si ibu sentiasa mengira pergerakan bayi dalam kandungan, jika semakin berkurangan, kurang dari 10 kali dalam 12 jam, maka segeralah berjumpa dengan doktor masing-masing.

Aku harap perkongsian sedikit ini kepada pembaca BloggerWanita.com boleh memberi sedikit pengajaran. Ini hanyalah sekadar nasihat dan sila berjumpa dengan doktor masing-masing jika ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut. Cewah, macam iklan pula.hehe..

Nasihat untuk anak-anak yang telah dikandungkan:

  • Satu je, hargailah dan sayangilah ibu kita sebaik mungkin sementara mereka masih hidup dan sentiasa doakan dan sedekahkan Al-Fatihah bagi  ibu yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah…

Sekadar perkongsian, Bagaimana jika suami  mengalahkan isteri yang mengandung ? :)

lelaki mengandungPhoto credit to Marhaen Kacak

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

6 thoughts on “Ibu Mengandung yang Terlebih 9 Hari

  1. tima kasih kak atas info ni…
    syamimi recently posted..Sedapnya. . .My Profile (dofollow)

  2. sy skrg dah 6hari lebih dari due…apa saya perlu buat???teramat risau

  3. Info yang ringkas tapi padat, Harap dapat membantu kepada bakal2 ibu…
    Mrs beauty recently posted..Things You Should Know About Hair Removal HistoryMy Profile

  4. Nice info sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge