Hotel Yaho : Hotel Murah di Kota Kinabalu

Hotel Yaho? Mula-mula aku dengar nama hotel ini, aku terus terfikir “adakah hotel ini milik Yahoo.com? ” Malah aku pun ada terfikir,” adakah nama hotel lain, Hotel Google? ” Tapi sebenarnya Hotel Yaho bukannya milik Yahoo.com ye… Hehe.

Gambar kat bawah ni aku jumpa kat Google Image.

hotel-yaho-building-2

Gambar bangunan Hotel Yaho di waktu Siang

 

 

Hotel-Yaho-Kota-Kinabalu-Malaysia

Gambar bangunan Yaho Hotel pada waktu malam

 

Kenapa aku nak tulis tentang Hotel Yaho ini? Sebenarnya meeting di Kota Kinabalu yang lepas, aku stay kat hotel tu. So aku nak bagi sedikit review la pasal hotel tu dan pengalaman. So, sapa-sapa nak cari salah satu hotel yang boleh jimat budget, so boleh pilih Yaho Hotel.

Bagi aku, hotel ni not bad lah juga. Harga pun murah, siap ada harga government rate lagi. Tempatnya pun selesa juga.Lagi satu, Hotel ini terletak di Jalan Sembulan, Kota Kinabalu dan jaraknya lebih  dekat dengan dengan Rumah Persekutuan, iaitu tempat aku meeting, so that’s why juga aku pilih hotel ni. Hotel Yaho ini dekat dengan pusat bandar KK dan juga dekat dengan airport Kota Kinabalu, lebih kurang 5 minit perjalanan kenderaan.

Harga untuk Standard room adalah RM88, tapi aku hanya perlu bayar RM83 sebab aku penjawat kerajaan. hehe. Tapi kita kena bayar deposit money RM150 dulu, bila check out, diorang akan pulangkan baki bayaran.

Korang boleh tengok gambar-gambar bilik yang aku sewa tu, Gambar tak clear sangat sebab guna Iphone je. Takda DSLR lagi.

Room at Hotel Yaho

 

photo-hotel-yahoo-room

 

toilet-hotel-yaho

 

Dalam standard room di Hotel Yaho, disediakan beberapa kemudahan seperti telefon, heater, TV plasma dengan Astro, dan air condition. Harap maklum, untuk standard room ini, makanan tak disediakan.

Nombor Telefon Yaho Hotel : 088-221 669 ‎

Hopefully aku dapat beri sedikit informasi pada rakan-rakan yang nak cari hotel yang boleh jimat budget skit di Kota Kinabalu. Selamat mencuba. :)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • kimmie 27/01/2012 at 8:47 pm

    terima kasih atas info ni, mmg tgh cari hotel budget di KK
    kimmie recently posted..BBQ sempena cuti Tahun Baru CinaMy Profile

    • Aya 01/02/2012 at 8:35 pm

      sama-sama Kimmie.. byk lagi hotel murah di KK tu..

  • azfan 15/08/2011 at 7:54 pm

    kalau nak sewa kereta budget boleh call saya 0148555679

  • joy 08/08/2011 at 8:53 am

    Terimakasih atas. Infonya sepertinya ok juga tempat ϑαή suasananya untuk melepaskan penat

  • Wani 07/08/2011 at 3:15 pm

    Menarik ni. Dalam proses memilih tempat percutian, mungkin leh g ke kk jgk la camni. :-)