Hati-hati Dengan Pelaburan Dana Haji Jasman bin Mat Salleh..

Tadi jenguk kat MyMetro dan terbaca artikel tentang Janji Untung 1000 Ganda.

Pelaburan Dana Haji Jasman

Menurutnya, dalam ‘ceramah’ berkenaan kumpulan terbabit mendakwa dana itu milik kerajaan dan dikhaskan kepada Muslim serta perlu dirahsiakan daripada penganut agama lain.

“Setiap pelaburan RM1 dijanjikan pulangan RM1,000 dalam tempoh tertentu selain tidak dibenarkan untuk berbelanja di jalan yang salah termasuk membeli rokok.

“Kebijaksanaan kumpulan ini memanipulasi agama untuk meyakinkan mangsa terutama golongan Muslim daripada setiap peringkat menyebabkan ramai individu menyertai pelaburan berkenaan. Malah, mangsa bukan saja penduduk kampung berusia 50-an yang dipanggil ‘pak cik’ sebaliknya terdapat juga kakitangan kerajaan dan golongan profesional yang menjadi mangsa.

“Malah, maklumat yang kami peroleh mengatakan ada seorang individu melabur wang simpanan miliknya RM100,000 sebelum kumpulan terbabit menghilangkan diri,” katanya.

Katanya, dia menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum melakukan pelaburan dalam mana-mana skim kerana kebanyakannya menipu.

Sekarang ini, kita kena berhati-hati dengan pelaburan yang tak diiktirafkan. Mungkin pelaburan Dana Haji Jasman ni mudah menipu orang Melayu sebabnya mereka menggunakan agama sebagai satu cara kuat menarik orang join pelaburan ni.

Sebenarnya, aku pun tak pernah dengar pasal pelaburan ini, Aku hanya melabur di Public Mutual je. heeee. Tapi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengesahkan Dana Haji Jasman ini sebagai sindiket penipuan.

Jadi kita semua kena hati-hati ok…

Siasat dulu latar belakang pelaburan sebelum join ye…. kalo di internet banyak program SCAM, ini kita boleh gelarlah pelaburan SCAM pula..

Info Tambahan: Rahsia Berkesan Memaksimumkan Keuntungan Pelaburan Unit Trust

Jika suka post ini, klik mana-mana butang di bawah ni:

Incoming search terms:

About Aya Norbayah
Founder & Author : Aya Norbayah I'm Aya. I am a blogger since 2010. I'm really interested in blogging, internet business and marketing, SEO and also social media marketing. Currently, I'm also a Shaklee Independent Distributor [ID: 1100312].

33 thoughts on “Hati-hati Dengan Pelaburan Dana Haji Jasman bin Mat Salleh..

  1. FG FIRMAN says:

    AKU SALAH SORANG PESERTA DAN AKU YAKIN AKAN PROGRAM INI…

    #SMILE…SILENT..AND WAIT….#

  2. tak salah kalau sekadar nak mencuba. rezeki Allah yg menentukan dan tak ade siapa yg tahu sehinggalah ianya menjadi realiti. kalau melabur RM10 dapat RM10 ribu. kalau rugi, hilang RM10 pada hari itu, kalau dapat, RM10,000 lepas jugak bayar downpayment kete. tepuk dada tanya selera

  3. Ramai kawan kawan saya terpedaya dg Dana ni tapi apa nak buat Bagi tau pun dia org tak caya (nak kaya Cepat la katakan)

  4. nak kaya punya pasal…. lain kali check sekuriti malaysia ok

  5. Nyai Blerang says:

    Alahai…bukan main senang bagi orang duit..main serah gitu aje…tanpa resit tanpa tandatangan, kad pengenalan ..bukti terima duit kita…alahai sayang-sayang oiii…kenapa buta sangat???….

    Dah kaya sangat ke?…bukan bagi 5 ringgit, 10 ringgit…ribu-ribu.. geram Nyai tengok …pastu salahkan kerajaan…bukan kah salah sendiri… saja sombong bodoh..tak nak ngaku… kata orang-orang tua “sadar-sadar lah sikit” …duit tu bukan jatuh dari langit… penat sayang oiii cari duit.. tunggulah….tengok nanti

  6. aku terpedaya says:

    salam…hanya kepada yg nak buat jek utk kes dana hj jazman nie…aku salah seorang yg terkena…apa yg aku buat, aku lantik peguam dan saman terus….aku dah puas tgu lama2 ,dijanjikan pulangan ntah bila bleh dapat..aku lantik peguam yg biasa buat kes2 penipuan pelaburan mcm ni…charge rm500 dan 5% drpd jumlah duit yg akan dpt nanti…aku rasa berbaloi utk aku yg tak mampu byr lawyer mahal2..info selanjutnya boleh contact secretary lawyer di 010 43827997

  7. Assalamu;alaikum……
    dalam forum ni asik kutuh Haji Jasman sudah shih ke Haji Jasman Menipu, bendeni kita sama-sama tak tahu sama ada betul atau salah.
    kalau dia menipu kenapa dia dan konco2nya tak di tangkap macam pelaburan2 yang lain
    Renungkanlah.

  8. Bersabo aje la

  9. Mr Stone Tempe Pilot says:

    Ntah-ntah hj jasman apa????

  10. pernah dgr cerita pasal dana hj jasman. yg paling menyedihkan group ni dh mempengaruhi peneroka-peneroka felda di johor. kalau x silap beberapa bulan lalu group ada jmpt peserta ke n9. tak tahu la utk apa, tp yg sy dgr yg dtg tu 2 bas. kesian org melayu….

  11. Ade yg wt pelaburan haji jasman 2..org yg ajak join 2 selalu mberi keyakinan kpd plabur2 yg mereka akn mndapat pulangn.tp tg2 smpi skrg xde pn.bila ditnya,katanya postpone.

  12. PULANGAN PELABURAN SEHINGGA 26.76% DI AMBANK GROUP

    Salam sejahtera tuan / puan / encik / cik;

    Saya Mohd Salleh Mokhtar, selaku Financial Executive di Amlife Berhad (a member of the Ambank Group) berbesar hati mempelawa tuan / puan / encik / cik untuk menyertai pelaburan kami melalui skim AmCapital. Kami menawarkan 8 kaunter (3 daripadanya adalah patuh syariah) yg memberikan dividen tahunan 9% – 26.76%!

    Berminat untuk melabur atau inginkan keterangan lanjut, sila hubungi saya untuk janjitemu (013-6728420).

    Terima kasih.

  13. kita tunggu dan lihat..hehe

  14. dia seorang yg bijak krn boleh tipu org2 yg nk duit dan kaya dgn cara mudah. kita pun pikir logik la…. sape dlm dunia ni yg senang2 nk bg duit kat org lain… yang bodoh sgt pi bayar kat dia tu kenapa?

  15. biasa lah pak aji sekarang. sesape nak tau berita terkini jom lawat web saya.

  16. tamak pny psl..
    agama d gunakn..

  17. Terok la haji jasman tu. dia gunakan islam untuk tipu sesama islam pulak kn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge