Hadiah Anniversary Buat Suami?

Sebenarnya, hari ini, 4hb Julai 2013 adalah Hari Ulang Tahun Perkahwinanku yang pertama. Ya, Aku dah menjadi seorang isteri selama setahun. Hari ini adalah Hari Anniversary kami. Tapi tak celebrate pun sebab terpisah jauh lebih 500km atas urusan kerja. Wish melalui telefon je.

Majlis Akad Nikah

Semalam juga, genap umur anak sulungku 2 bulan. Kat bawah ni gambar babyku. Baru 2 bulan, dah pelbagai aksi tidurnya.Heee. Ini kes tak nak kena bekung dengan kain.

Gambar aksi bayi tidur pelik

Nama yang diberikan oleh ayahnya adalah Muhammad Syathir Darwish. Tak silap aku, maksudnya Muhammad yang bijak dan warak.

Sayang anak ibu. Semoga dipanjangkan usia, murah rezeki dan menjadi anak yang soleh. Amin

Sayang ayahnya juga.Heee. Semoga perkahwinan kami berkekalan bahagia hingga ke alam barzakh. Amin

Sebenarnya, tak tahu nak beri hadiah apa kat suamiku sempena anniversary pertama ni. Ada idea tak?

8 thoughts on “Hadiah Anniversary Buat Suami?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge